Quantcast
Channel: Yaya Natsumi Official Blog
Viewing all 390 articles
Browse latest View live

Keunggulan Empayar Nike Malaysia

$
0
0
Assalamualaikum semua 


Bagi mereka yang aktif bersukan, Yaya percaya mesti kalian ada salah satu dari koleksi barangan sukan Nike kan? Hee 


Tiada siapa dapat nafikan kedudukan Nike sebagai jenama sukan terkemuka dalam dunia sukan. Malah selepas bertahun-tahun lamanya mereka masih berjaya mengekalkan prestasi menjadi antara jenama  sukan yang  paling disukai ramai dalam kalangan peminat sukan bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia juga! Pengalaman yang mereka kumpulkan selama ini menjadi antara resipi kejayaan Nike. Malah pembuatan produk mereka yang semakin moden dengan penggunaan teknologi yang canggih telah menjadi titik tolak dalam penguasaan Nike dalam industri ini.


Nike bukan sahaja menjadi pilihan orang biasa, malah produk sukan Nike menjadi kegemaran ramai selebriti terkenal di seluruh dunia. Jenama ini menyediakan koleksi produk sukan yang bergaya untuk lelaki dan wanita yang gemar bersukan. Nike adalah sebuah jenama sukan yang sangat popular dan barangkali ianya adalah label yang terbaik kita ada dalam pasaran sekarang ini. Koleksi produk sukan Nike Malaysia telah diakui sebagai antara yang terbaik kerana kualitinya yang sangat tinggi. Ini tidak menghairankan kerana Nike sangat mengutamakan ketelitian dalam pembuatan dan penghasilan produk mereka. Selain itu semua bahan yang digunakan juga terdiri daripada material yang terbaik sahaja.



Antara produk Nike yang paling popular sudah tentu rangkaian kasut sukan Nike terkini yang dipasarkan di banyak negara di seluruh dunia. Kasut Nike sangat tahan lama dan memberikan peluang buat sesiapa yang memakainya bersukan atau melakukan aktiviti senaman dengan rasa selesa.  


Rangkaian produk Nike adalah sangat meluas buat lelaki dan wanita. Ternyata ianya adalah jenama terbaik untuk mereka yang suka bersukan dan membuat aktiviti lasak ataupun bersenam. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan apatah lagi jika dibeli secara online. Apa tunggu lagi? Pergi dapatkan produk Nike hari ini juga agar prestasi anda dapat ditingkatkan ketika bersenam! Sambil bersukan, sambil bergaya dengan koleksi barangan Nike! Weewit! ^_^



Terima kasih sudi baca 



Luna Kurung by Minimalace | Code Promo Special

$
0
0
Assalamualaikum semua 

Buat penggemar pakaian muslimah dari butik MINIMALACE , Yaya ada berita baik untuk korang tapi kena scroll entri sampai bawah tau tapi please please please janganlah skip gambar kita posing dengan shawl dan LUNA KURUNG yang cantik dari MINIMALACE ni penat tau kita posing muahaha! :p


Siapa yang pernah baca entri Yaya sebelum ni, Yaya ada berkongsi tentang MINIMALACE semasa edisi raya. Boleh KLIK SINI untuk lihat pemandangan Butik MINIMALACE di Shah Alam



Pilihan Yaya kali ini ialah LUNA KURUNG DUSTY PURPLE. Selain boleh dibasuh menggunakan mesin basuh, ianya juga mesra untuk kita mengambil wuduk. Ada zip di bahagian lengan okay. Cantik sangat! Yaya pakai saiz S dan ngam ngam fit dengan saiz Yaya tau. Suka suka! ^.^

Yang bestnya, kain Velvet Satin yang digunakan sangat selesa dan mudah digosok which is jimat la masa nak iron 5 minit dan siap. Kalau untuk seorang Yaya yang lasak ni, baju tu akan berkedut sikit bila time nak duduk kita buat style budak sekolah angkat baju kurung sebelum duduk. Habit dah maklumlah dari darjah 1 sampai tingkatan 5 berbaju kurung kan. Tapi kalau uols duduk elok-elok takdelah kedut pun. Hihi



Alahai suka sangat gambar ni. Thank feeqsays.com untuk gambar malatop ini. 

Jom tengok gambar Yaya bergaya syok sendiri dengan LUNA KURUNG DUSTY PURPLE dari MINILACE. ^^v






Shawl chiffon berkualiti tinggi dan cantik dari MINIMALACE ni memang super duper selesa dan super duper cantik! Kain sejuk, tak mudah kedut dan senang nak bentuk mengikut kesesuaian bentuk muka. Suka suka! ^.^




Ok sambung posing. >.<






Punyalah suka dengan LUNA KURUNG ni sampai ada berpuluh gambar dalam galeri tatau nak pilih yang mana masuk blog. ^^'


Terdapat banyak lagi pilihan warna yang menarik untuk korang pilih. Hee semua cantik sangat aduhai.



LUNA KURUNG ini juga sangat sesuai untuk dijadikan pakaian sedondon untuk bridesmaids di hari bahagia rakan tersayang! Beli untuk bridesmaid anda atau para bridesmaid boleh support pengantin dengan pakat dengan rakan-rakan pakai di hari persandingan sahabat anda! Fuhh cantik sungguh bila tengok dalam gambar macam ni kan.


Okay dah bersedia untuk berita baik?

Dapatkan LUNA KURUNG yang best selling di MINIMALACE ini dengan harga PROMO apabila anda menggunakan code :


CODE : LUNABLOG

Sebut je code diatas apabila membuat pembelian samada secara online atau di butik dan secara mejiknya harga asal RM179 menjadi semurah RM155 sahaja! Rugi okay kalau tak dapatkan LUNA KURUNG dengan potongan harga melalui code LUNABLOG. Dapat jimat banyak tu! 


So apa tunggu lagi? Jemput cekidaut mereka di :





Alamat Butik Minimalace:
B-9-1, Jalan Serai Wangi G,
16/G Alam Avenue Section 16,
40200 Shah Alam, Malaysia

Waktu Berurusan:
Tue- Sun 
11am-7pm

Email:
info@minimalace.com

Tel:
03-5523 4408




Terima kasih sudi baca 

Rysya Skincare - Rahsia Kulit Cantik Rozita Che Wan

$
0
0
Assalamualaikum semua 


Tempoh hari Yaya bersama rakan blogger berkesempatan untuk menghadiri sesi perkongsian mengenai produk Rysya Skincare. Teruja juga sebenarnya masa nak pergi almaklumlah duta produk Rysya Skincare ni bukan calang-calang orangnya iaitu Rozita Che Wan. Cuma masa hari tu Che Ta takde pulok. Hihi. 


Hai Che Ta! 


Sesi perkongsian bersama pengasas produk Rysya Skincare, Puan Noorazlina. Cantik orangnya. Baik dan lemah lembut omey angat. 


Untuk pengetahuan korang, produk Rysya Skincare terdiri daripada bahan-bahan semulajadi dan tidak membahayakan kulit. Tambahan pula, produk Rysya Skincare bebas daripada bahan SLS atau paraben yang mana merupakan bahan wajib dalam kebanyakan produk pemutihan kulit yang agak membahayakan kesihatan kulit untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, produk Rysya Skincare diformulasikan untuk membantu mereka yang mempunyai kulit muka yang bermasalah dan membuatkan pengguna lebih cerah berseri.



Bahan Utama Produk Rysya Skincare

LY FACIAL CLEANSER | RM 45

1. Vitamin C
- Menghilangkan dan menyembuhkan bekas jerawat
- Dapat menghasilkan kolagen dalam jumlah yang banyak
- Kolagen inilah yang akan berfungsi sebagai agen penyembuh luka
- Mencerahkan kulit
- Antioksidan dalam Vitamin C berfungsi untuk meneutralkan serangan radikal bebas pada kulit.
- Bertindak sebagai agen anti-penuaan

  2. Licorice
- Ektraks Licorice diperoleh dari akar tanaman Gycyrrhiza Glabra atau yang lebih dikenali sebagai akar manis
- Ada banyak komponen yang terkandung dalam ekstrak Licorice, antar yang lain glabridin, glikosida, flavonoid dan tannin.
- Komponen pada Ekstrak Licorice dapat membantu mencegah pigmentasi kulit wajah
- Ia juga bertindak sebagai agen antioksidan dan anti inflamasi

Segar terus lepas gunakan cleanser ni. Buihkan sedikit ditapak tangan dan urut muka dengan perlahan sehingga bersih. Jauhkan dari kawasan mata dan bilas dengan air sehingga hilang kesan sabun.
 LY FACIAL TONER | RM 45

1.    Phyto Placenta Extract
- Kandungan dan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang ada di dalam toner dapat menenangkan kulit.

2.    Vitamin B3
- Kandungan Vitamin B3 di dalam toner dapat menyerap ke dalam kulit untuk memutihkan dan meningkatkan ‘Vitality’ kulit.
- Ia juga dapat membantu mengawal ketidakkeseimbangan yang terjadi di dalam kulit.
- Memberi kelembapan dan membuat kulit menjadi lebih bersih dan cerah.

Gunakan toner selepas mencuci muka. Toner memang satu kemestian bagi Yaya sebab kita tak tahu betul ke dah cuci muka sebersihnya kan. Yaya juga suka letak toner di kapas muka dan sapu perlahan di muka sehingga rata. Tapi kalau yakin tangan korang bersih, letakkan di tapak tangan dan 'dap dap' je dekat muka. Tepuk tepuk sikit muka tu bagi toner menyerap dengan lebih efektif. Hihi
RYSYA 24K GOLD SERUM | RM 140

1. Pullulan
- Ia merupakan sejenis gula semula jadi ( Glucan ) yang terbentuk dari fungus A yang mengandungi Vitamin C & B12.
- Bertindak sebagai antioksidan
- Mampu menegangkan kulit dalam jangka pendek dan panjang

2.Glycine Soja ( Soya Bean )
- Antioksidan yang hebat kerana ia kaya dengan Vitamin C
- Mempunyai anti-penuaan yang bertindak sebagai pelindung kulit
- Melindungi kulit daripada radikal bebas
- Ejen anti-radang

3. Red Algae
- Sumber yang paling kaya dengan mineral, vitamin dan asid amino
- Membersih dan menyuburkan kulit

4. 24K Gold
- Meminimumkan kekurangan kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit
- Merawat kulit dengan meningkat dan merangsangkan peredaran di dalam kulit

Tahu tak serum merupakan satu kemestian bagi kaum wanita? Kulit kita ni selalu sangat menggunakan solekan tak banyak sikit pun mesti pakai compact powder kan? Maka dengan itu wajib ye menggunakan serum supaya penjagaan kulit muka kita lebih produktif dan melambatkan penuaan. Yaya suka pakai serum ni bila sapu rasa muka jadi lebih anjal gitu. 
RYSYA 24K GOLD MIRACLE CREAM | RM 140

1.    Red Algae
- Sumber yan gkaya dengan polisakarida semula jadi
- Meningkatkan fungsi daya tahan kulit
- Mengekalkan kelembapan semulajadi kulit
- Meningkatkan keupayaan kelembapan

2.    Soy Placenta Extract
- Mengurangkan kedutan
- Menggalakkan kulit supaya lebih cerah
- Kaya dengan biostimulans yang meningkatkan pernafasan sel kulit dan pengoksigenan

3.    Virgin Coconut Oil
- Menghidratkan kulit
- Menyerap, melembap dan melembutkan kulit
- Berkesan untuk membetulkan segala isu-isu gangguan kulit seperti eczema dan lain-lain
- Memberi perlindungan dari sinaran UV yang membahayakan Kulit

I likeee! Bau dia wangi macam syampu. Bila pakai rasa macam sapu losyen lembut je. Tapi krim ni bukan sebarang krim okay! 24K Gold Miracle Cream ini memberi keajaiban dengan merawat kulit muka dari dalam tau. Best pakai krim ni. Yaya rasa jerawat Yaya yang nak tumbuh tak jadi tumbuh. Hihi ^^v
       

Bagi peminat Che Ta yang kagum dengan kecantikan Che Ta, sila dapatkan produk Rysya secepat yang boleh mana tahu nanti dapat kulit awet muda macam Che Ta kan! Yang penting kena konsisten okay! :)


I love 24K Gold Miracle Cream! ^_^


Bersama pengasas produk Rysya Skincare, Puan Noorazlina.



Bersama rakan bloggers yang cun melecun.


  

Tak pakai make up pun takpe asalkan penjagaan asas perlu ada okay! Cleanser, Toner, Serum dan juga 24K Gold Miracle Cream! Hihi ;)


Untuk maklumat lanjut mengenai Rysya Skincare : 

Thames Skincare Sdn Bhd
Webpage: www.rysya.com
Instagram: @rysyaskincare / #rysyaskincare
Whatsapp: 019-7388866 / Office: 03-78318669

Alamat:
Themes Skincare Sdn.Bhd , D10-9-1 Blok D10, Pusat Perdagangan Dana 1,
Jalan PJU 1A/46
47301 Petaling Jaya
Selangor.


Terima kasih sudi baca 

Kontiki Restaurant, Federal Hotel Kuala Lumpur

$
0
0
Assalamualaikum semua 


Haritu kan Yaya berpeluang menjamu hidangan mewah di Restoran Kontiki, Federal Hotel Kuala Lumpur bersama rakan blogger dan juga geng dari Projek Travel. Dekat je dengan Times Square dan bersebelahan dengan Plaza Low Yat Bukit Bintang, Semua makanan kat sini sedap-sedap sungguh lahai lepas tu Yaya dok pulun Lamb Chop dia ja. Tak sempat rasa udang fresh yang gemuk-gemuk tu sob sob punya layan la western food dia. Lepas tu makan buah honeydew diorang sungguh-sungguh. Mana tak nya, manis sungguh la honeydew depa macam kunyah madu perisa honeydew. Yaya pulak hantu buah-buahan memang la makan tu je. Memang terbaik okay! Sebelum tu jom cuci mata dulu dengan pemandangan kat sana. Credit picture : feeqsays.com . Geram tengok gambar dia lawa-lawa sangat! 





Menariknya, terdapat kepelbagaian makanan yang disajikan, Dari makanan timur hingga ke barat, semua ada. Kuih muih tradisional pun ada tau! Sesuai sangat untuk pelancong asing yang ingin mencuba makanan tradisi di Malaysia.

Buka setiap hari dan mengikut masa seperti yang ditetapkan :
 A la carte selection : 24 hours
Buffet Breakfast from 6.30am - 10.30am
Buffet Lunch from 12 noon - 2.30pm
Buffet Dinner from 6.30pm - 10pm 
Hi-Tea on weekends from 12.30pm to 4pm.



Tiki Buffet Lunch
Mondays - Fridays (excl. Public holidays) 12pm - 2.30pm
RM88++ (Adult) RM48++ (Child/Senior citizen)

Tiki Buffet Dinner
Mondays - Thursdays & Sundays 6.30pm - 10pm
RM98++ (Adult) RM58++ (Child/Senior citizen)

Tiki BBQ Buffet Dinner
Fridays & Saturdays 6.30pm - 10pm
RM118++ (Adult) RM68++ (Child/Senior citizen)
(Ini Buffet yang kami makan haritu. For me, memang puas hati dengan harga yang ditawarkan. Makanan semua sedap sangat! )

Gastronomic Hi-Tea A Plenty
Saturdays & Sundays 12.30pm - 4pm
RM68++ (Adult) RM38++ (Child/Senior citizen)








Nyum nyum sedapnya! Lapar balik tengok :')





Alaa gambar ni pecah sikit. Ambil dari Facebook. Huhu. Tapi suka gambar ni. Cantik kan. Huhu. Thanks feeq! ^_^
Antara rakan blogger yang turut hadir. Memang sporting dan happening sangat masa ni. Hee. Jumpa lagi korang! ^_^



Kontiki, Federal Hotels International
c/o The Federal Kuala Lumpur,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
Tel : +603-21489166



Terima kasih sudi baca 

Indah Water Selfie & Wefie Photo Contest 2015

$
0
0
Assalamualaikum semua 


Sumber air merupakan salah satu keperluan hidup. Yaya percaya kebanyakan dari kita (terutamanya ibu Yaya) berpendapat biar tak ada eletrik tapi jangan tak ada air! Tanpa air, tergendalalah semua kerja rumah seperti memasak, membasuh dan sebagainya. Teringat pula kenangan masa air dicatu dahulu. Gigih dengan jiran tetangga tunggu lori air datang. Masa tu kemain penjimat air semua orang. Mandi segayung pun cukup! Fuhh. Tapi bila ada air, kebanyakan kita ni bazirkan pula air tu sampai melimpah-limpah dan mandi pun berejam. Ish Ish. *pesanan untuk diri sendiri ke apa ni ^^'

IWK - Looking After Public Health in a responsible manner

Untuk pengetahuan korang, Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) adalah sebuah syarikat pembetungan nasional di Malaysia. IWK adalah keseluruhannya syarikat milik kerajaan yang telah diamanahkan dengan tugas untuk membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan yang moden dan efisyen untuk semua rakyat Malaysia. Maka dengan itu, ayuh ucapkan terima kasih kepada mereka kerana membekalkan air bersih kepada setiap satu rumah di setiap pelosok negara wahh gitu. 



Berita baik buat mereka yang suka join contest dan juga suka bergambar! Jom korang join " Indah Water Selfie & Wefie Photo Contest 2015" yang bertemakan kan IWK & I yang mana korang berpeluang untuk memenangi Hadiah mingguan berupa RM300 Aeon Voucher dan juga Nikon Waterproof Compact Camera bagi anugerah People Choice Award


Pemenang minggu pertama pertandingan 'Selfie & Wefie' IWK 2015! Tahniah awak! Seronoknya dia!

Nak tahu caption dia disebalik gambar yang menarik ni?

"Terima kasih Indah Water Konsortium kerana menyelenggara sisa kumbahan di kawasan perumahan saya."

Haa kat atas ni contoh untuk korang okay! Yaya percaya korang boleh buat lebih power lagi dari dia! Apa lagi? Join lah! Kacang sangat pun haa! Yaya pun rasa nak join ni. Haha!



Pertandingan ini khas buat seluruh rakyat Malaysia kecuali kakitangan Indah Water. Dengan bertemakan ‘IWK & I’ peserta dikehendaki ‘selfie’ atau ‘wefie’ di mana-mana bangunan IWK atau bersama kakitangan IWK yang bertugas. 
Pertandingan akan bermula pada 1 Disember sehingga 28 Disember ini. Pemenang mingguan akan dipilih dan seorang pemenang bertuah daripada empat pemenang mingguan akan dinobatkan sebagai pemenang ‘People Choice Award’. 


Penyertaan hendaklah dihantar melalui email dan sertakan bersama Nama, Nombor Telefon, Alamat, Lokasi gambar, Email dan 'Caption' yang bersesuaian dengan gambar yang diambil. Gambar penyertaan haruslah menggambarkan imej dan mesej yang positif sesuai dengan IWK. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hantar ke iwkcontest@gmail.com


Tempoh Contest :
1 Disember sehingga 28 Disember 2015

Week 1 : 1 – 7 Disember 2015
Week 2 : 8 – 14 Disember 2015
Week 3 : 15 – 21 Disember 2015
Week 4 : 22 – 28 Disember 2015

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan :
Laman Web : Indah Water Konsortium 
Facebook Fanpage : Indah Water Konsortium 
Twitter : @iwkcomms


Jom korang sertai "Indah Water Selfie & Wefie Photo Contest 2015" ini sebagai tanda sokongan kita kepada Indah Water Konsortium yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk merawat air  bersih demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat Malaysia!

 Jangan lupa hashtag #iwkselfie2015 #iwkcleantheunseen tau! ^_^



Terima kasih sudi baca 

Tampil Menawan Dengan Salina'z Beauty | Salina'z Herbs

$
0
0
Assalamualaikum semua 

Pernah dengar mengenai produk Salina'z Beauty? Kalau nak tahu, terdapat banyak produk dan servis di bawah satu bumbung Salina'z Beauty iaitu Salina'z Herbs, Salina'z Cosmetic dan juga Salina'z Salon. Menariknya, kesemua produk dan servis ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Ala ala berkonsepkan All in One gitu. 


Produk yang dihasilkan di bawah jenama Salina'z Beauty

Pada majlis beramah mesra bersama blogger ini, kami diperkenalkan dengan produk yang mendapat sambutan paling hangat dari Salina'z Beauty iaitu Jus Kembali Dara dan juga Perfect White Slym iatu minuman tambahan yang berasaskan kolagen. Kalau nak tahu, testimoni terawal yang hebat juga diperoleh dari pengguna yang merupakan anak pengasas Salina'z Beauty sendiri. Memang diyakini sungguh. Sempat kami berjumpa dengan anak-anak beliau. Memang flawless gitu. Berbeza dari keadaan asal sebelum menggunakan produk keluaran ibu mereka sendiri. Hihi. Nak tengok gambar mereka? Haa kalau jumpa bunting atau banner produk Salina'z Beauty, yang tulah anak Puan Nor Salina. ^_^


Yaya bersama produk Salina'z Beauty yang berlatar belakangkan bunting Salina'z Beauty. Tak cukup tangan nak pegang semua produk. :p


Jus Kembali Dara dan Perfect White Slym yang merupakan produk yang paling mendapat sambutan. Jom korang beli! Ada promosi tau sehingga akhir Disember 2015 ni! :D


Pengasas Salina'z Beauty, Puan Nor Salina yang sangat comel dan ramah melayan kami. Fuhh salute dengan usahawan berjaya ni. 

Jom berkenalan dengan produk yang dihasilkan oleh Salina'z Beauty!



Jus Kembali Dara
WM RM42.90 / EM RM46.90

  • Merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur
  • Menaikan tulang punggung & payudara wanita agar lebih montok dan anjal
  • Menyuburkan rahim & peranakkan wanita (baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat)
  • Menegang & mencerahkan kulit
  • Melambatkan proses menopaus
  • Memberikan tenaga dalaman wanita
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Mengurangkan senggugut
  • Menambahkan keinginan seksual wanita & mengeratkan hubungan suami isteri
  • Sesuai untuk semua wanita sebelum atau selepas rumahtangga
  • Membantu mengatasi masalah keputihan
  • Mengetat dan mengecutkan rahim (bagi wanita lepas bersalin)
  • Menguatkan otot faraj dan mengetatkan faraj
  • Menambah kolagen dalam badan
  • Mencantikan kulit dan nenaikan seri wajah
  • Membantu menghilangkan bau badan
  • Menyeimbangkan dan mengawal kelembapan vagina
  • Membantu wanita dari dijangkiti penyakit kelamin yang disebabkan oleh jangkitan fungus dan bakteria


WM RM39.90 / EM RM43.90
Slimax White Cafe
  • Membantu melangsingkan badan
  • Membantu merendahkan kolesterol
  • Membantu mencerahkan kulit
  • Membantu merawat penyakit
  • Membantu masalah rambut
  • Membantu masalah insomnia
  • Membantu mengurangkan sakit sendi dan otot
  • Membantu menambah tenaga
WM RM22.90 / EM RM27.90
Feminine Wash
  • Mengembalikan kewanitaan
  • Merapatkan otot vagina yang longgar selepas bersalin
  • Membantu mengatasi masalah keputihan
  • Membantu mengatasi masalah kegatalan
  • Membantu mengatasi masalah berbau akibat daripada bakteria
  • Memelihara keseimbangan pH
  • Memberi kesegaran & keselesaan sepanjang hari
WM RM39.90 / EM RM43.90
Minyak Kelapa Dara
  • Mengatasi masalah migraine
  • Mengatasi masalah resdung
  • Mengatasi masalah sembelit
  • Mengatasi masalah ruam lampin
  • Mengatasi masalah psoriasis
  • Mengatasi masalah alahan makan & ezima
  • Mengekalkan berat badan ideal
  • Melembutkan rambut 
  • Membantu mencairkan kahak & melegakan pernafasan

WM RM39.90 / EM RM43.90
Putri Drink
  • Meningkatkan keinginan seksual
  • Meningkatkan kesuburan wanita
  • Mengimbangi hormon
  • Membantu mencerahkan kulit
  • Menghilangkan kedutan pada kulit
  • Membantu menegangkan kulit
  • Membantu mencantikan & menggebukan kulit
  • Membantu menambah tenaga


WM RM179.90 / EM RM189.90
Perfect White Slym

  • Gabungan 11x stem sel dan Lutein berfungsi untuk merawat & mencerahkan kulit
  • Menurunkan berat badan dalam masa yang singkat
  • Melambatkan penuaan dan mengembalikan keremajaan kulit
  • Menghilangkan bekas parut dan jerawat
  • Menghapuskan toksin dalam badan
  • Menguatkan dan mencantikkan kuku dan rambut
  • Mencerahkan lingkaran bawah mata dan penglihatan
  • Merawat penyakit sembelit dan buasir
  • Memelihara kulit dari rekahan
  • Sesuai untuk pelbagai golongan dan peringkat umur

Yang pastinya, kesemua produk Salina'z telah disahkan Halal dan juga telah mendapat kelulusan KKM sejak beroperasi dari 8 tahun yang lepas. Makanan tambahan yang berasaskan herba, makanan sunnah dan juga kandungan semulajadi menjadikan produk Salina'z Beauty telah pun mempunyai peminat yang tersendiri dan pengguna setia sejak dari dulu.

Bergambar kenangan bersama rakan blogger :)

Untuk  maklumat lanjut :
Puan Nor Salina Abd Sani
019-2796949
Email : salinazherb@ymail.com

Cawangan Salina'z Beauty :
Shah Alam :
No. 10, Tingkat 1, Alam Budiman
Seksyen U10, Shah Alam

Putrajaya :
No. 26A, Tingkat 1, Jalan Diplomatik, Presint 15
65025 Putrajaya
atau
K08, Lower Ground, South Area
Alamanda Shopping Centre,
Jalan Alamanda, Presint 1, Putrajaya


Terima kasih sudi baca 

Yaya Natsumi di Majalah Dara

$
0
0
Assalamualaikum semua 

Saja saja throwback edisi Oktober lepas. Ni kalau peram telur ayam pun ayam tu dah bertelur anak yang baru semula. Kikiki. Yang penting update ye dak? :p Supaya kendian hari Yaya masih ingat, oh Yaya Natsumi pernah masuk Majalah Dara. Bukan cover girl tapi cuma terselit di salah satu muka surat di dalamnya. Hahaha. Jadilah tu. Syukur Alhamdulillah diberi peluang untuk mengisi salah satu page di dalam Segmen "Bila Blogger Masuk Ke Dapur" . Yaya, Uzu, Yanty dan juga Tya Salmid merupakan batch pertama blogger yang join untuk segmen ini. Task kami masa ni ialah menyediakan masakan yang mudah dan cepat. 



Ya seperti yang korang nampak, Yaya menyediakan Roti Bakar Nutella. Nak resepi? Mohon zoom in gambar di atas ye. Senang sangat lahai nak buat dia. Boleh buat minum petang dan kenakan dengan teh o nipis. Memang pedepow!



Sekian entri paling pendek pernah Yaya Natsumi karang. Selamat mencuba! ^_^


Terima kasih sudi baca 

Darayu | Siri Khas Untuk Wanita

$
0
0
Assalamualaikum semua 

Rasanya ramai dah tahu yang blogger bersaiz petite, Yuyu Zulaikha yang comel tu telah mengeluarkanproduk kecantikan khas untuk wanita di bawah jenama beliau iaitu Yulaeka Wellness. Tahniah Yuyu! Semoga menjadi usahawan dan blogger yang serba boleh! Sungguh berinspirasi. ^_^


Berkesan seawal 3 hari, Darayu sememangnya berkhasiat dan bermanfaat untuk sistem dalaman wanita lebih-lebih lagi untuk mereka yang sudah berkahwin. Yang belum berkahwin pula lagilah boleh sangat nak jaga awal-awal dalaman kita tu supaya bila nak kahwin nanti dah ada penjagaan rapi dari peringkat awal dan itu yang Yaya tengah mula buat sekarang ni. Hihi :p



Alahai comelnya si Yuyu ni. Ada beberapa kali juga pergi event dengan dia. Sungguh memang dia comel genit orangnya. Bayangkan segenit Yuyu ni pun masih mampu menjaga seorang Habib yang comel dan sedang lasak membesar. Memang mencabar. Mana Yuyu dapat tenaga supermom begitu? Mestilah Darayu kan. Maklumlah, pengambilan Darayu secara konsisten memberi tenaga yang berterusan terutama buat kaum wanita yang sentiasa aktif dalam kehidupan seharian.


Darayu merupakan rumusan khas diperbuat dari himpunan pemakanan sunnah, kolagen ikan kod, epal, lemon, akar serapat dan manjakani, bagi memastikan kewanitaan anda terserlah serta menjaga kesihatan tubuh



Pengambilan Darayu secara konsisten dapat memberikan khasiat dan kebaikan seperti :

✔ Mengetatkan, menegangkan dan merapatkan otot faraj
✔ Membentuk 'aset' dan pinggul
✔ Mengempiskan perut buncit
✔ Membuang angin berlebihan dalam badan
✔ Mengatasi masalah keputihan
✔ Membantu untuk sistem peranakan
✔ Menguatkan tunjang rambut
✔ Memberi lebih tenaga
✔ Perbanyakkan susu bagi ibu yang menyusu
✔ Kulit semakin sihat dan berseri
✔ Anti penuaan



Senang sangat nak makan Darayu ni. Tak perlu bancuh. Cuma koyakkan sachet dan minum terus sahaja. Senang!

Kesan positif pada waktu pagi Yaya mengambil Darayu, sistem penghadaman Yaya sangat lancar okay! Senang je nak pupu tau. Selalunya makan banyak pun susah nak pupu kadang-kadang sampai 2-3 hari baru buang air besar hm tak elok kan macam tu. Tapi lepas ambil Darayu boleh dikatakan sistem penghadaman Yaya lancar. Hihi

InsyaAllah, dengan pengambilan Darayu secara konsisten, kita dapat 'top-up' semula kolagen yang diperlukan. Yuyu pesan, sebelum ambil Darayu, check betul-betul muka, kulit, pinggul dan payudara, lepas tu, bezakan dengan selepas konsisten dengan Darayu. :p

RAHSIA isteri untuk menjaga kebahagiaan rumahtangga selepas mengamalkan pengambilan  Darayu  :

✔ Miss V makin ketat & tegang
✔ Menghilangkan keputihan
✔ Mengempiskan perut buncit
✔ Kulit semakin lembab & lembut
✔ 'Aset' dan pinggul semakin terbentuk dan banyak lagi!

Kesannya pula dapat dirasai seawal 3 HARI pengambilan. Suami pasti akan terus melekat di rumah. Weewit!


Ermm sedap rasa buah berry :)

Kalau pagi-pagi Yaya pekena nasi lemak sebelum pergi kerja, alahai layunya nak tunggu waktu lunch tu. Tapi bila mengambil Darayu sebelum pergi kerja dan breakfast seperti biasa, rilek je tunggu tengah hari. Yang penting, kena banyakkan minum air mineral tau! 


Darayu tidak digalakkan untuk wanita mengandung ataupun ketika sedang datang haid. Sebetulnya kita memang tak digalakkan mengambil suplemen berat supaya tidak menggangu kelancaran sistem wanita kita berkerja. Biar dah habis period betul, baru ambil Darayu semula okay! Selain itu, Darayu juga digalakkan diambil selepas bersalin untuk merawat dalaman dan juga merupakan salah satu milk booster untuk baby. Wow!


Jom kita lihat testimoni dari pengguna! Seronok Yaya baca testimoni pengguna Darayu ni semua happy belaka! :D

Bagi ibu menyusu dan ibu yang sedang berpantang, kesan yang mereka akan dapat dari amalan Darayu ialah :

✔️Memperbanyak & memekatkan susu
✔️Melembabkan kulit ibu & baby
✔️Mempercepatkan proses mengecutkan rahim selepas pantang
✔️Mengempiskan perut
✔️Memberi tenaga untuk para ibu



Kepada bakal pengantin, para ibu yang menyusu badan, wanita yang merancang kehamilan, dan semua kaum wanita yang ingin menjaga kecantikan luaran dan kesihatan dalaman, cepat dapatkan Darayu tau. Jom kita mula jaga kecantikan dari sekarang. ^_^

Darayu by Yuyu Zulaikha
1 kotak 20sachet

Harga
Semenanjung Malaysia RM95.90 
Sabah & Sarawak RM99.90 
(harga tidak termasuk pos)
COD : Puchong, Putrajaya & Cyberjaya

Untuk maklumat lanjut mengenai Yulaeka Wellness :
Facebook : Yulaeka Official
Instagram : @yulaekaofficial
Email : yulaekawellness@gmail.com
Website : www.yulaeka.com
Tel : +603 8051 8044
Hp : Whatsapp +60189727527


Terima kasih sudi baca 

Bayar Zakat Secara Online | Hikmah Kebaikan Kepada Pembayar Zakat

$
0
0
Assalamualaikum semua 

Sebelum Yaya teruskan, kebanyakan isi entri ini lebih berlandaskan kepada pengetahuan Islam, oleh itu haruslah Yaya menggali beberapa artikel di internet supaya ianya sahih untuk dikongsikan. Lebih banyak membaca, lebih banyak pula pengetahuan baru yang Yaya dapat serap mengenai zakat. Alhamdulillah. Dengan itu, Yaya share semula bagi kalian mudah hadam tentang hikmah kebaikan membayar zakat sekaligus memberi info tentang bagaimana cara untuk membayar zakat secara online. Fuhh mudahnya sekarang. Semua di hujung jari. Tinggal nak atau taknak je. Yang pastinya, hukum membayar zakat ni wajib tau! Barulah sempurna salah satu rukun Islam kita in sya Allah.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta."

Huraian Hadith:

1. Harta juga adalah merupakan suatu unsur yang memerlukan pembersihan dan penyucian kerana dalam proses mendapatkan dan mengembangkan harta ia sering terdedah oleh perkara-perkara yang syubhah.

2. Zakat merupakan alat untuk menyucikan harta demi menghindari keburukan dan kejahatan yang terkandung di dalamnya.

3. Tujuan zakat dalam syariat adalah untuk memenuhi keperluan golongan fakir miskin, orang yang dibebani hutang dan para musafir dan juga sebagai tnjang kepada kemaslahatan kaum Muslimin seperti untuk berjihad di jalan Allah, sebagai sumbangan kepada muallaf yang baru memeluk Islam dan pertolongan kepada kaum keluarganya serta perkara-perkara yang boleh mengukuhkan agama dan kedaulatan negara Islam.

4. Islam berprinsip bahawa seluruh harta pada hakikatnya hanyalah milik Allah SWT. Manusia adalah ditugaskan untuk memegang harta tersebut dan zakat yang diwajibkan itu berfungsi sebagai satu jaminan sosial dalam Islam. (islam.gov)


Adapun hikmah mengeluarkan zakat di antaranya adalah seperti berikut:

1. Menolong orang yang susah dan lemah dalam hal ekonomi, agar ia dapat menunaikan kewajibannya kepada Allah dan terhadap makhluk-Nya.

2. Membersihkan diri yang mengeluarkan zakat dari sifat kikir dan akhlak yang tercela, serta mendidik agar bersifat mulia dan pemurah dengan membiasakan diri membayarkan amanat kepada orang yang berhak menerimanya.

3. Sebagai ungkapan syukur dan terima kasih atas nikmat kekayaan yang telah diberikan oleh Allah kepada orang yang mengeluarkan zakat.

4. Untuk mencegah timbulnya kejahatan-kejahatan yang mungkin timbul akibat kelemahan ekonomi yang dialami oleh mereka yang menerima zakat.

5. Untuk mendekatkan hubungan dan menghindari kesenjangan sosial antara yang miskin dan yang kaya. (catatan islami) 

Untuk pengetahuan bagi mereka yang belum tahu, terdapat 8 jenis golongan Asnaf yang layak menerima zakat iaitu :

1. Asnaf Fakir
Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.

2. Asnaf Miskin
Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.

3. Asnaf Amil
Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIP) untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.

4. Asnaf Muallaf
Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.

5. Asnaf Riqab
Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.

6. Asnaf Gharimin
Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.

Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:

  • Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
  • Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
  • Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.

7. Asnaf Fisabilillah
Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.

8. Asnaf Ibnu Sabil
Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:
Putus bekalan dalam perjalanannya.

  • Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
  • Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
  • Ditinggalkan dalam perjalanan.


PPZ-MAIWP pula berperanan sebagai agensi yang mengutip zakat dari orang awam. Wang zakat tersebut kemudiannya akan disalurkan kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk diuruskan dan diagihkan kepada golongan Asnaf yang layak dan memerlukan. Jumlah 2.5% pula merupakan peratusan jumlah dari sebahagian harta yang wajib kita zakatkan.


In sya Allah tersembunyi keberkatan yang besar bagi mereka yang mengeluarkan zakat. :')


Berikut ialah cara bagi membuat pengeluaran zakat berdasarkan kaedah semasa :


1. Layari portal www.zakat.com.my 


2. Muat turun aplikasi i-zakat di Google Play dan Apps Store


3. Di kaunter PPZ-MAIWP seperti yang berikut :

  • Wisma PPZ, Tmn Shamelin
  • Bangunan Daruzzakah, Lrg Hj Hussien 2 Kg Bharu 
  • Masjid Negara, Jalan Perdana KL 
  • Wangsa Maju, Wangsa Delima 6 
  • Presint 9, Putrajaya 
  • Presint Diplomatik, Putrajaya 
  • Masjid At Taqwa, TTDI 
  • Masjid Abd Raman B Auf, Jalan Puchong 
  • Masjid Imam Al Ghazali, Kepong 
  • UTC Pudu Sentral 
  • Labuan Times Square
  • Waktu Operasi Kaunter 

Waktu Operasi :

  • Isnin - Khamis (8.15 am. - 4.45 pm) 
  • Jumaat (8.15 am- 12.30 pm) (2.30 pm- 4.45 pm) 
  • Ditutup pada Sabtu minggu pertama dan ketiga 
  • UTC Sentral Pudu – 8.15 pagi – 10.00 malam 
  • Dibuka 7 hari seminggu pada Ramadhan & Disember


4. Perbankan Internet melalui 13 buah bank iaitu :

1. www.maybank2u.com.my
2. www.rhb.com.my
3. www.bankislam.biz
4. www.cimbclick.com.my
5. www.ambg.com.my
6. www.hsbc.com.my
7. www.publicbank.com.my
8. www.standardchartered.com.my
9. www.irakyat.com.my
10. www.ocbc.com.my
11. www.affinonline.com.my
12. www.hlisb.com.my
13. www.kfh.com.my

5. Skim Thohir
Pemotongan zakat secara bulanan yang diselaraskan melalui Potongan Cukai Berjadual (PCB) dan akan disertakan maklumat pemotongan di dalam slip gaji.


6. Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP 


Terdapat 2 buah van bergerak di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memudahkan orang awam membuat bayaran dan juga semakan zakat. Untuk pengetahuan, mereka bertanggungjawab untuk bergerak di kawasan Wilayah Persekutuan sahaja. Pihak PPZ MAIWP dan juga Baitumal MAIWP bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan hasil pungutan zakat diagihkan kepada golongan yang benar-benar layak dan memerlukan. Syaratnya penerima zakat itu mestilah :

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan dan berpendapatan rendah


Semoga kita semua terus istiqamah dalam membayar zakat seperti yang diwajibkan ke atas kita. Sungguh kata, bila kita selami setiap hikmah yang pembayar zakat dapat apabila meng-infak-kan sebahagian harta mereka, memberi kita rasa keyakinan terhadap sesuatu. Ibaratnya macam kita mencuci harta kita. Mungkin ada di sebahagian harta yang bukan milik kita. Maka dengan itu, apabila menunaikan zakat, harta yang kita punya lebih terjamin keberkatannya. :')


Untuk pengetahuan korang, sekarang ni masih berlangsung Kempen 'Zakat Online' yang akan berakhir pada 31 Disember 2015 pada pukul 9 malam. Sambil berzakat, mana tahu ada rezeki memenangi hadiah atau cenderahati yang disediakan. Cepat join tau sebelum tarikh tutup penyertaan! ^_^



Untuk maklumat lanjut mengenai Zakat Online :

Website Pusat Pungutan Zakat: www.zakat.com.my
Website MAIWP (Agihan Zakat) : www.maiwp.gov.my

Facebook PPZ MAIWP: www.facebook.com/myzakat
Facebook Baitumal MAIWP: www.facebook.com/baitulmal.wp

Pusat Panggilan PPZ MAIWP: 1-300-88-5757
Pusat Panggilan Baitulmal MAIWP: 1-800-88-5222



Terima kasih sudi baca 

Hilang Selamanya by Nine

$
0
0
Assalamualaikum semua 



Kenal tak? Hee Yaya minat gila Nine ni dulu dari dia dengan kumpulan Phyne Ballerz. Paling suka masa tu lagu Vida yang mereka gubah semula. Memang mendayu masa tu. Siapa geng 90's mesti ada yang pernah tunggu tepi radio semata-mata nak rekod lagu favorite kat radio kan tapi suara DJ kacau kat awal dan akhir lagu ciss. Haha! How time flies :'D


Sekarang Nine dah pun bergerak secara solo dan merupakan artis di bawah naugan Angsana Music Group. Nine kini mula mengorak langkah serta meneruskan minat beliau dalam bidang seni suara. *ececeh kemain Yaya macam wartawan hiburan kahkah! 
Kalau korang nak jemput Nine untuk hiburkan hadirin di event yang korang anjurkan, boleh rujuk contact number yang Yaya sediakan di akhir entri ini ya. 


Jujurnya, suara Nine masih power okay! Still sedap macam dulu! Melentok Yaya dengar masa dengar single terbaru beliau kat ofis hihi. Semoga Nine terus maju dalam karier yang beliau cintai. Korang dah dengar belum single terbaru dari Nine? Untuk peminat tegar Nine yang rindu akan kemunculan beliau semula, ayuh sokong kerjaya Nine dengan membeli single terbaru beliau okay! :D


Jom layan lagu  dan lirik lagu Hilang Selamanya by Nine :)



Seringkali wajahmu
Hadirnya di hati
Mengganggu ketenangan
Yang ku cari

Setelah kau pergi
Tiada pernah ku temui
Jejakmu ada di setiap
Detik hidupku

Di manakah cinta
Atau mimpi semata
Biarlah hilang
Selamanya

Begitu mudah janji ini dimungkiri
Hidupku bak tiada nilai di sisi
Kegelapan mula menakluk di sebalik sanubari
Hancur jua kerna terlalu menyayangi

Di manakah janji
Yang pernah berdiri
Hilangnya di saat saat
Ku ingin kau dampingi

Di manakah cinta
Atau mimpi semata
Biarlah hilang
Selamanya

Ku tetapkan di hati
Walau badai menanti
Menempuh dugaan ini
Ku genggam janji ini
Tak mungkin ku mungkir
Biar pun pedih

Di manakah janji
Yang pernah berdiri
Hilangnya di saat saat
Ku ingin kau dampingi

Di manakah cinta
Atau mimpi semata
Biarlah hilang
Selamanya
Biarlah hilang
Selamanya


Nak buat caller ringtone lagu ni pun boleh. Just ikut arahan dibawah untuk salah satu telco yang korang guna, tekan pin lepas tu tekan SEND/CALL 

(Pengguna Maxis)
*131*491180# chorus 
*131*491181# verse

(Penguna DiGi)
*233*0478959# chorus
*233*1261695# verse

(Pengguna Celcom)
*888*252588# chorus
*888*252589# verse




Untuk maklumat lanjut :

Tel : 03-8959 7980




Terima kasih sudi baca 

Bitternsweet.co | Air Mejik

$
0
0
Assalamualaikum semua 

Tahu dah curious lah tu kenapa Yaya cakap "Air Mejik" (magis/magic) . Untuk pengetahuan korang, Air ini memang sungguh mejik bagi Yaya. Bayangkan Yaya yang bukan penggemar kopi original hitam macam tu pun boleh jatuh cinta dengan kopi sekarang. Yaya cuma tahu biji kopi segar tu dari ladang dan kebun Feeq je. So memang lah sedap kan. Lepas tu yang lain tak tahulah apa rahsia adunan air tangan fatinbella.com dengan feeqsays.com ni tapi memang terbaik. Amboi sempat promote. Nak best lagi boleh terus ke blog gabungan mereka di ceritaff.com. Hikhik


Fuhh lawa pulak iols snap gambar ni. Kebetulan je ni cahaya, padanan hijau dan daun kering semua cukup. :p

Selain dari Original Coffee tadi, satu lagi air ialah Original Chocolate. Mak aih sedap gila baq ang. Nasib baiklah masa dapat tu Yaya sempat minum seteguk. Malam tu bila nak minum lagi habis dah taktau siapa orang dalam rumah ni yang minum. Rasa nak sebak pun ada tapi takpalah nanti boleh beli lagi. Confirm sedap lah tu sebab sekejap je habis. Haha



Harga sebotol Original Coffee dan Original Chocolate : RM 6 

Suka botol dia, tembam gebu gumuk geram je nak minum. Hihi. Siapa duduk area Cheras, boleh dapatkan di Studio CVS Production di Bandar Tun Hussein Onn. Dekat dengan Aeon Cheras Selatan je. Siapa dekat dengan Kg. Baru, Serdang, Seri Kembangan, Balakong pun boleh buat COD juga, Selain tu boleh juga sewa studio dan peralatan studio kat sana. Tip top terbaik weh. Harga pun murah dan berbaloi. Lepas tu kan sekarang ada promo boleh shoot tudung percuma fuhh murah rezeki diorang ni selalu bantu orang. Semoga korang murah rezeki selalu. Aamiin :')

Untuk maklumat lanjut :





Terima kasih sudi baca 

Bayar Bil Indah Water Anda dan Menangi Hadiah Istimewa sehingga 31 Jan 2016

$
0
0
Assalamualaikum semua 

Ingat lagi tak dalam entri sebelum ni Yaya ada highlight mengenai Indah Water Konsortium (IWK) ?
Haa sekarang IWK ni mereka masih bermurah hati untuk memberi hadiah kepada pelanggan tersayang! Nak tahu caranya? Scroll jangan tak scroll :p



Tapi sebelum tu, Yaya percaya kebanyakan dari kita ni masih suka lagi membazir air. Hmm geram betullah. Ada sekali tu Yaya pergi KFC, lepas basuh tangan orang tu tak tutup betul-betul paip air tu. And I was like, ko dah kenapa ha takde kesedaran sivik ke haishh tutup air betul-betul pun tak boleh. Tak dapat bayangkan macam mana muka Yaya mengomel geram masa tu. Huduh barangkali. Tapi apa-apa pun, sebab sekarang ni musim panas atau El Nino melanda, ianya sedikit sebanyak memberi kesan kepada negara kita juga tau. Berjimat sikit air tu ye korang. Office mate Yaya ada dah kena angkut air dari lori tau. Hampir tumbuh muscle dah dia kata. Hm. 


IWK - Looking After Public Health in a responsible manner
Suka sangat gambar ni ^_^

Back to the topic, korang tahu tak bil yang korang bayar lebih kurang RM8 sebulan tu merupakan upah keseluruhan proses dalam sebulan untuk pihak IWK merawat sisa kumbahan dari loji kumbahan dan seterusnya mengalirkan air bersih untuk kegunaan harian kita semula. Ingat mudah ke nak merawat kumbahan tu sehingga menepati piawaian? Bayangkan tu pun ada juga liat nak bayar bil? Nak kena piat? Amboi banyaknya soalan. 


 Ok jom tengok proses bagaimana pihak IWK merawat sisa kumbahan kita. :p



Dah jelas kan? Mujur ada pihak IWK yang bertanggungjawab merawat air sisa kumbahan ni. Terima kasih Indah Water Konsortium! :D

Terdapat banyak cara nak bayar bil IWK ni antaranya :

1. Kaunter Pembayaran Tunai
Pejabat Pos
Bank Simpanan Malaysia
Ambank

2. Kaunter Pembayaran Cek & Tunai
Public Bank
Maybank
Bank Islam
Eon Bank
Pejabat Unit Indah Water

3. Mesin Juruwang Automatik (ATM)
Public Bank
Ambank
RHB Bank

4. Perbankan Telefon
Maybank Kawanku (1-300-88-6688)
Public Bank (03-2163 9000)
MBF Call n' Pay (03-2167 7600)

5. Ibu Pejabat Indah Water Konsortium
Aras 1-4, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur

 6. Sampul Surat Setem Pra Bayar Indah Water Konsortium
Menggunakan Sampul Surat Setem Pra-Bayar IWK bagi pembayaran berbentuk Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos. Sila pastikan anda menulis NOMBOR AKAUN PEMBETUNGAN anda di muka belakang Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos.


Haa selain tu, boleh bayar secara online juga tau! Jom Join Kempen Membayar Bil IWK Menerusi Dalam Talian. Mana tahu boleh menang hadiah! ^_^

Bermula 11 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016, istimewa untuk 300 pelanggan terawal setiap minggu yang membuat pembayaran bil Indah Water secara online, berpeluang memenangi kad esklusif Touch n' go tau fuhh best gila! Dan 45 pelanggan pertama yang membuat bayaran bil IWK untuk setahun pula, mereka berpeluang mendapat beg komputer esklusif IWK yang bernilai RM150. Best kan? ;)

Yaya tahu ramai dikalangan pembaca Yaya semuanya bijak teknologi. Sekarang ni pun kebanyakannya orang bayar bil secara online je kan. Apa kata, lepas ni korang bayar je bil Indah Water korang melalui online. Cepat, Senang dan Jimat masa okay! 

Bayar secara Online di :


Tunggu apa lagi? Bayar bil Indah Water anda sekarang secara online lepas tu ikut arahan yang diberikan untuk memenangi hadiah okay! Semoga bertuah! ^_^

Untuk maklumat lanjut :

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan :
Laman Web : Indah Water Konsortium 
Facebook Fanpage : Indah Water Konsortium 
Twitter : @iwkcomms
Alamat: Aras 1-4, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Pertanyaan Bil: 03- 2083 2828




Terima kasih sudi baca 

ALIFNUR | Instant Foundation

$
0
0
Assalamualaikum semua 



Malas make up tapi nak muka nampak siap dan sentiasa elok serta kemas? Sesuai sangat untuk mereka yang suka bersiap cepat, Instant Foundation dari ALIFNUR (KKM: NOT160103710K) akan membantu kulit muka korang untuk sentiasa kelihatan flawless dan glowing. Fuhh memang idaman semua wanita part yang nampak flawless dan glowing tu kan? Ini kerana, ALIFNUR foundation diperkaya dengan khasiat Bee Wax, Ascorbic Acid serta Vitamin E yang tinggi untuk menghasilkan kulit muka flawless, glowing serta putih secara sihat. 



Kelebihan Foundation Instant ALIFNUR
  • Full Coverage!
  • Menjadikan kulit muka flawless sekelip mata!
  • Menjadikan kulit muka ‘glowing’ tanpa dipinta
  • ”Jalan mudah”untuk makeup dengan cepat!
  • Tidak berminyak
  • Tahan selama 12 jam !
  • Tidak bercapuk
  • Tidak merekah
  • Senang di pakai
  • SPF 30 melindungi kulit dari cahaya matahari.
  • Menutup parut jerawat,jeragat serta tanda lahir
  • Memutihkan kulit muka dengan kandungan Vitamin C
  • Menutup lingkaran hitam bawah mata
  • Merawat jerawat,jeragat dan lingkaran gelap bawah mata
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Mudah dicuci
  • Boleh dibawa solat
  • Melembapkan kulit wajah
  • Merawat kulit kusam
  • Senang di pakai
  • Kualiti Antarabangsa pada harga mampu milik !
  • Satu botol tahan 2 bulan bergantung kekerapan penggunaan.

Based foundation ini ialah 'Pink Base' sesuai untuk warna kulit sawo matang ke atas (kulit melayu).




Fakta mengenai ALIFNUR Foundation
  • Foundation Instant pertama berasaskan 100% bahan semulajadi dan selamat yang bertujuan memberikan kesan makeup flawless dan glowing sekelip mata!
  • Produk penambahbaikan dan rawatan kulit.
  • Tinggi kandungan Vitamin E dan C
  • Foundation anti-kulit kusam
Nota: Tidak disarankan memakai foundation lebih daripada 12 jam bagi mengelakkan penyumbatan pada liang pori muka. Kandungan produk adalah dari bahan semulajadi yang selamat pada kulit.

Peringatan: Sila rujuk pakar kulit/doctor sebelum menggunakan produk ini sekiranya anda mempunyai masalah kulit muka yang serius.


Jom tengok testimoni pengguna! :D






Cara Penggunaan (Jari):
Sapuan dengan jari yang sangat mudah. Sapu rata ke seluruh muka dengan menggunakan jari yang bersih

Cara Penggunaan (Span):
Guna span kering dan ratakan keseluruh muka dengan satu arah sapuan sahaja.

Cara Penggunaan (Berus Foundation):
'Dap' kan foundation dengan gaya rata keseluruh muka.


Harga:
RM60/66 (Free postage)

Harga promosi sehingga Febuari 2016:
RM50 sahaja! (Free postage)

Cara Order:
WHATSAPP ‘AN BLOG’ KE 
019 3007112




Untuk Maklumat lanjut :

INSTAGRAM: @alifnurcosmetic
WEB: www.alifnur.com (dalam proses)


#ALIFNUR #flawlesskau #AN #ANquote #ANnoona #ANfeedback #ALIFNURfacts #ANbeautytips #ANsharing
Terima kasih sudi baca 

Shoes For Women

$
0
0
Assalamualaikum semua 



NWCARNATION Heels

Adakah kalian tahu bahawa kebanyakan kasut wanita yang ada dalam pasaran di luar sana dikatakan tidak cukup selesa ataupun baik untuk kesihatan tapak kaki? Mengikut organisasi yang terlibat terdapat lebih 50 peratus wanita yang mengalami pelbagai masalah pada bahagian kaki mereka kerana memilih kasut yang salah. Percayalah, walau kuat mana pun keinginan anda untuk bergaya, anda tidak perlu derita dek kerana fesyen semata-mata. Namun kini banyak pembuat kasut dan jenama fesyen kasut yang mendapatkan stylist untuk terus mengeluarkan the best shoes for women collection yang hadir dengan rekaan terkini namun menawarkan kualiti yang baik demi keselesaan pemakai.

Slingback Platform Wedges
Fletchera Wedges
Ada beberapa panduan tentang how to pick best shoes for women seperti kasut tumit tinggi, kasut leper ataupun flats dan juga kasut sandal. Apabila memilih kasut jangan terlalu taksub untuk memilih kasut dengan tumit yang terlalu tinggi kerana semakin tinggi tumit kasut itu semakin banyak tekanan yang anda letakkan pada bahagian hadapan tapak kaki anda. Kasut yang benar-benar selesa kebiasaannya mempunyai tumit yang lebih rendah.

Dazzling Flats


Jangan sesekali abaikan untuk mendapatkan kasut yang diperbuat daripada bahan yang bermutu tinggi. Penggunaan material yang bagus dapat memberikan keselesaan dengan menawarkan cushioning and shock absorption. Elakkan juga untuk memilih kasut dengan toe box yang terlalu kecil agar mempunyai ruang untuk jari kaki daripada ‘terhimpit’ antara satu sama lain dan mengakibatkan kesakitan.

Brilla Sling-Back Wedges

Pilih jenama kasut wanita yang benar-benar dipercayai kerana jenama yang baik lebih dikenali dan menghasilkan koleksi kasut yang mempunyai kualiti yang baik. Apa pun pilihan anda kasut yang sempurna sewajarnya memberikan keselesaan walau kemana sahaja kalian pergi dan dapat digayakan dengan baik sepanjang hari!

So uols suka kasut yang macam mana? Pilihan Yaya mestilah kasut wedges! Memang favorite! Hihi



Terima kasih sudi baca 

Yaya Natsumi di Majalah Wanita

$
0
0

Beberapa bulan lepas Yaya mendapat jemputan dari Kak Lizarissaadam_mw  yang merupakan editor Majalah Wanita untuk menghiasi satu slot untuk halaman make over. First time pergi Karangkraf, Shah Alam ni sebenarnya. Memang cantik dan kreatif betul hisasan dalaman di pejabat Karangkraf ni. 



Sampai-sampai terus pergi make up dulu. Make up Yaya dari MUA terkenal Vee Muhamad. Banyak dah artis tersohor yang mendapat sentuhan beliau termasuklah Yuna. Masa dia make up tu fuhh terkesima kejap. Memang pro sungguh lahai. Pengalaman beliau dalam industri ni lebih kurang 14 tahun dah tau. Kalau nak booking dia untuk majlis korang, pergi usha Instagram dia okay! ^_^


Bersama Uzu ku sayang yang selalu mengada tapi baik hati hihi



Dua muka surat penuh okay! :p
Dalam ni ada tunjuk step-step untuk make up make over dan idea untuk menyerlahkan penampilan korang. Baju yang disediakan adalah surprise gitu daripada sponsor. Hakak pun sarung jelah. Haha



Posing skek. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Smooth je walaupun iols belasah posing memacam. Muahaha



Terima kasih pihak Karangkraf, Majalah Wanita dan Kak Lizarissaadam_mw  yang sudi menjemput kami untuk menjadi sebahagian muka surat di dalam Majalah wanita. Ada rezeki jumpa lagi. Love you. Hihi



Penulis dan Penyelaras : @lizarissaadam_mw 

MUA : @veemuhamad  +60123430229


Terima kasih sudi baca 

Sediakan Payung Sebelum Rumah | Setiap Isnin di Astro Oasis & Maya HD

$
0
0
Hai semua! Hmm mana nak mula ye. Okay macam ni. Nak bagitahu dan mengajak kalian semua untuk menonton program Sediakan Payung Sebelum Rumah yang akan mula bersiaran pada 7 Mac 2016 setiap hari Isnin pada pukul 7.30 petang di Astro Oasis ch106 dan Maya HD ch135. Drama bersiri 13 episod ini berkisarkan tentang perkongsian ilmu mengenai hartanah, belanjawan, cara mengukuhkan kewangan dan macam-macam lagi! Menariknya, melalui program ini juga kita boleh menerapkan segala macam ilmu asas mengenai cara pengurusan kewangan secara efektif dan inovatif.

Tuan Bri Pakar Hartanah.

Sediakan Payung Sebelum Rumah ini juga akan di hoskan oleh Pakar Hartanah yang terkenal iaitu Tuan Bri. Haa masa inilah kalian kena korek rahsia dan ilmu beliau sebab kalau nak pergi kelas hartanah beliau, kena bayar tau! So ambil peluang secara percuma ni dengan menonton program Sediakan Payung Sebelum Rumah okay! ;)


Selain itu juga, kalian boleh mengikuti dan mendalami dilema yang dihadapi oleh anak muda yang sedang berusaha meningkatkan nilai kualiti hidup iaitu Hariz (Ungku Hariz) , Sakhee (Sakhee Shamsuddin), Intan (Intan Liyana) dan juga Yaya (Hidayah Iqmal a.k.a Yaya Natsumi :p) dalam menjalani liku-liku kehidupan di bandar.


Sedikit gambaran mengenai watak Hariz yang selalu mementingkan kemewahan dan berbelanja tanpa meminta pendapat orang sekeliling menimbulkan banyak permasalahan kepada beliau.

Mahupun begitu, Sakhee yang merupakan sahabat baik Hariz sentiasa memberikan nasihat kepada Hariz melalui pengalaman dan pembacaan beliau mengenai isu semasa.


Intan pula yang merupakan "kaki shopping" , suka cakap lepas tetapi baik hati dan selalu membantu sahabatnya Yaya, mempunyai sifat suka berbelanja mewah dan akhirnya berdepan dengan kesukaran untuk mempunyai wang simpanan akibat dari sifat boros beliau.

Meskipun begitu, Yaya yang blur, kurang emosi dan pendengar setia kepada sahabat baiknya Intan, merupakan seorang yang pakar dalam bidang audit dan akaun. Beliau sentiasa menasihati dan membantu Intan dalam permasalahan beliau.

Dalam masa yang sama, keempat-empat watak diatas sedang sedaya upaya untuk membeli sebuah rumah sebagai aset untuk simpanan mereka pada masa akan datang. Berjayakah mereka? Jangan lupa tengok! ^_^


Sediakan Payung Sebelum Rumah akan bersiaran pada setiap hari Isnin pada pukul 7.30 petang mulai 7 Mac selama 13 episod di Astro Oasis dan Maya HD.


----------------------------------------------------

Giveaway #SediakanPayungSebelumRumah by Yaya Natsumi 

Caranya mudah sahaja :

1. Tonton Drama Sediakan Payung Sebelum Rumah pada hari Isnin 7.30petang di Astro Oasis ch106 dan Maya HD ch135

2. Snap salah satu scene dalam drama Sediakan Payung Sebelum Rumah

3. Upload di IG/FB dengan hashtag #SediakanPayungSebelumRumah dan #GiveawaySPSR

4. Like Facebook Page Sediakan Payung Sebelum Rumah

5. Pemenang akan diumumkan setiap minggu selama 13 episod program ini berlangsung. Yayy! ^_^

Jangan lupa follow instagram Yaya Natsumi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Giveaway ini okay!


Oleh kerana itu, korang wajib menonton Sediakan Payung Sebelum Rumah selama 13 episod ini tau! Setkan mode rekod siap-siap dan tekan butang R di remote Astro kalian untuk merekod program ini selama 13 episod. Lepas ni kalau lupa mengenai ilmu yang disampaikan, boleh ulang tengok semula. Best kan ^_^


Jangan lupa tengok kami tau! 



Terima kasih sudi baca 

Corvina Chong dari Malaysia Pemenang Mary Kay Dream Beautiful Contest

$
0
0
Corvina Chong, Malaysia, winner of 3rd Annual Asia Pacific Grand Finale, Mary Kay, Dream Beautiful Contest

Tahniah kepada Corvina Chong dari Malaysia yang telah memenangi 3rd Anual Asia Pacific Grand Finale : Mary Kay Dream Beautiful Contest yang diadakan di Hong Kong baru-baru ini.

Tertarik dengan jawapan beliau apabila ditanya apakah maksud "Dream Beautiful " dari perspektif beliau,

"Dream Beautiful means I can be comfortable with my own skin and still feel beautiful and confident regardless of what the media dictates. Dream Beautiful Contest gives  me the opportunity to learn the necessary make up skills to enhance my natural  beauty, as well asto allow my inner beauty to shine through. It boosts my confidence level and I believe that itispossible for meto achieve all my dreams, with style and beauty."

Yaya rasa ramai yang sudah mengenali jenama Mary Kay yang hebat ini. Even, Yaya sendiri pun merupakan pengguna produk Mary Kay tau. Untuk pengetahuan semua, Mary Kay Dream Beautiful telah membuat satu pertandingan yang mana ia menggabungkan pakar kecantikan Mary Kay bersama model mereka untuk pencarian “Face of Mary Kay Asia Pacific” dan juga “Beauty Artist of Mary Kay Asia Pacific”.


Lebih daripada 500 Pakar Kecantikan Mary Kay , media dan orang kenamaan yang hadir bagi menyaksikan 22 pasangan akhir dari seluruh Asia Pasifik yang berentap sesama sendiri dalam pertunjukan ini. Panel hakim termasuk supermodel antarabangsa Karolina Kurkova, jurusolek selebriti Sunjin Kim dari Korea, jurusolek terkenal Mary Kay Luis Casco dan jurugambar fesyen dan kecantikan Jason Capobianco.

Zhang Ying dari China, Crystal Fung dari Hong Kong, dan Corvina Chong dari Malaysia telah diumumkan sebagai 3 Pemenang Grand Final untuk solekan mereka yang cemerlang. Prestasi mereka yang bagus dan meyerlah pula dikira berdasarkan tiga ciri yang dikehendaki iaitu, "Confidence, Passion, and Elegance". Mary Kay Beauty Consultant dari Hong Kong, Vicky Lai telah dinobatkan sebagai "Beauty Artist of Mary Kay Asia Pasifik" untuk kemahiran dan kreativiti beliau dalam solekan yang memukau juri.


Pemenang akan menghadiri sesi bergambar/photoshoot  Mary Kay di New York. Pakar kecantikan Mary Kay yang mewakili peserta yang menang juga akan diiktiraf sebagai Mary Kay Applause Magazines in the Asia Pacific Region. Mereka juga akan diberi peluang untuk menjadi jurucakap di seminar anjuran Mary Kay yang akan diadakan di negara masing-masing.


Lebih daripada 100,000 wanita dari Australia & New Zealand, China, Hong Kong, Korea, Malaysia dan Singapura, Filipina dan Taiwan, telah bekerjasama dan mengambil bahagian dalam Mary Kay Dream Beautiful Contest ini. Tahniah diucapkan kepada semua :)

Untuk maklumat lanjut mengenai Mary Kay Dream Beautiful Contest :

Website : Mary Kay 
#MaryKay & #MKDreamBeautiful



Terima kasih sudi baca 


Last Minute Booking Untuk Si Kaki Travel

$
0
0


Suka melancong? Suka buat surprise kepada diri sendiri dengan percutian last minute? Dah la last minute lepas tu ada hati pula nak percutian dengan harga yang murah dan berbaloi. Fuhh mengada betul! Tapi jangan risau sebab sekarang ni, kita semua boleh merancang percutian dengan "Last Minute Booking"! Wow! Lepas ni bolehlah buat surprise untuk yang tersayang! :p


Untuk yang suka survey dulu percutian pun boleh gunakan aplikasi ini. Mana taknya, harga yang ditawarkan berbaloi sungguh! Memang sesuai untuk kaki-kaki travel mewajibkan aplikasi ini di telefon canggih tu! 

Dengan aplikasi ini, pengguna boleh mendapat pelbagai informasi tentang tiket penerbangan, pakej percutian, hotel, agensi perlancongan, harga promosi dan macam-macam lagi! Semuanya di bawah 1 aplikasi untuk mereka yang sentiasa sibuk untuk uruskan satu persatu. Sesuai sangat lahai korang install aplikasi ni :)


Untuk pengetahuan, lebih kurang 5000 pakej perlacongan di seluruh dunia yang ditawarkan di dalam aplikasi Last Minute Booking ini. Mereka juga telah berkerjasama dengan lebih 32 syarikat penerbangan bagi memudahkan pengguna mereka menggunakan aplikasi ini. Dah tu tunggu apa lagi? Jangan lupa install aplikasi ini di telefon korang tau! Yaya pun rambang mata sangat bila tengok banyak pakej murah yang ditawarkan. Ada tu sampai diskaun 50%! :O

Sebelum tu,



Bersempena dengan Matta Fair yang telah dijalankan pada 7 Mac - 18 Mac 2016 ini, korang boleh mendapat diskaun istimewa sebanyak RM50 tau! Khas untuk pengguna aplikasi Last Minute Booking sahaja. Dapatkan pakej percutian idaman anda bersama yang tersayang menerusi aplikasi Last Minute Booking :)


Download Aplikasi ini sekarang di :


Untuk maklumat lanjut :



Terima kasih sudi baca 

ck2 Blogger Event | Pengalaman bermain Laser Battle di Times Square

$
0
0


Hari Ahad lepas yang Yaya bersama rakan blogger berkesempatan untuk mencuba permainan Laser Battle di Times Square. Gugup, takut, risau semua ada. Maklumlah Yaya memang tak pernah cuba permainan Laser Battle ni. Ingatkan macam  paintball main ganas-ganas kalau kena lebam (btw Yaya pernah kena tembak kat kepala rasa bengong kejap 2 hari sebab bengkak hahaha) tapi Laser Battle ni serius best gilaaaaaa~~!

Senapang pun ringan. Unlimited peluru :p . Memang sangat rekomen kat sesiapa yang nak cuba permainan Laser Battle ni.


With Fatin Bella


Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 5 orang. Kumpulan Oren yang sungguh power iaitu kumpulan Yaya :p terdiri daripada Abang Naim, Fatin Bella, Oh Fish dan juga Sunshine Kelly. Bestnya kumpulan dengan mereka! Semua baik sangat dan penuh dengan semangat team work gitu. Hihi

Oleh kerana seorang Yaya baru pertama kali main, Yaya memilih untuk menjaga kubu bersama Kelly dan menghalang musuh daripada mencuri Flag kami. Musuh yang datang menderu langsung tak mematahkan semangat kami. Fuhh 10 minit rasa macam 30 minit dalam tu. Memang seronok!

Memang kami sedaya upaya menghalang musuh. Dan akhirnya, kami layak ke peringkat seterusnya dan untuk game terakhir, kami menang tempat Kedua! Yabedabeduuuu~!


Selfie sikit dengan medal kita. :p


Wangian baharu dari ck2 ini menggabungkan nilai Fresh, Warm dan Electric. Sesuai untuk lelaki dan wanita so dua-dua boleh share perfume. Yang bestnya, ia bergantung kepada si pemakai tau. Ada yang pakai dia bau woody fresh memang wangi sangat dan bila Yaya pakai, dia bau sweet sweet gitu pun wangi juga!. Jujurnya, Yaya suka sangat perfume ni :) Bau dia sangat soft dan mendamaikan. Hihi



Bergambar kenangan bersama semua yang hadir. Memang awesome lah korang! Harap boleh jumpa lagi :D


ck2 eau de toilette spray 50ml @ RM219 / 100ml @ RM289.

Nak beli juga? Mulai 21hb sehingga 27hb Mac 2016, akan berlangsung ck2 roadshow di Mid Valley. Jom datang dan rasai sendiri pengalaman bersama wangian ck2 #the2ofus ni :)




Terima kasih sudi baca 

Amalan Pemakanan Talbinah dari Mekaray Triple-M & Meka Viniga

$
0
0



Pernah dengar tentang makanan Talbinah? Apa itu Talbinah? Talbinah merupakan sejenis minuman yang diperbuat daripada barli yang dicampur dengan susu dan madu lebah asli. Triple M atau Meka Miracle Meal merupakan minuman talbinah dengan gabungan Barli, Yogurt dan Madu.

Kalau nak tahu, hampir setiap pagi Yaya makan nasi lemak tau. Sebab Yaya memang hantu nasi lemak. Tapi bila dah makan nasi lemak kita jadi lemau sikit lepas tu belum masuk waktu lunch hour, dah mengantuk -.-

Maka dengan itu, Yaya mengambil cabaran mengamalkan Mekaray Triple-M pada waktu pagi dan hasilnya, mestilah tak mengantuk! Buat kerja pun rasa tenang dan tersusun. Betullah kata orang, makanan yang berkhasiat memang memainkan peranan penting untuk emosi kita. Kalau dah barli, susu dan madu bergabung, mestilah memberi khasiat yang baik untuk kecergasan kita kan. 



Diriwayatkan daripada Aisyah, " Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah bersabda, 'Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan'". (Riwayat Bukhari & Muslim)



Mekaray Triple-M

Khasiat Triple-M mampu merawat :
  • Kemurungan (Stress) 
  • Penyakit Jantung
  • Kencing Manis 
  • Eczema
  • Darah Tinggi 
  • Migrain
  • Resdung
  • Gangguan Tidur
  • Masalah Usus
  • Strok
  • Arthiritis 
  • Kolestrol 
Triple-M ini juga berkesan untuk menyelesaikan masalah luaran dan dalaman seperti menghalang pertumbuhan kanser, menyerap dan mengawal paras kolestrol, merawat gusi, mencegah penyakit jantung, bagus untuk wanita bersalin, menguatkan tulang, mencegah jangkitan vagina, membantu mengurangkan berat badan, menyejukkan badan, melawaskan kencing, meningkatkan kesihatan buah pinggang dan sebagainya.

Masa badan tak sedap dan mula nak demam haritu, Yaya cuba ambil Mekaray Triple-M sebelum tidur. Yaya dapat rasa yang demam Yaya beransur pulih kurang 3 hari. Yaya ni jarang demam tapi kalau dah sekali demam, berlarutan sampai seminggu dua tau. Alhamdulillah demam kali ni cepat sembuh walapun cuaca panas. Selagi kita ikhtiar kan :)



Mekaray Meka Viniga

Meka Viniga ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin menjada kelangsingan tubuh badan dan dalam masa yang sama mendapat khasiat yang optimum. Slimmie Viniga diperkaya dengan khasiat Madu, Cuka Kurma, Perisa Oren, Minyak Zaitun, Garam Bukit, Delima, Minyak Kelapa Dara, Habbatusauda dan Lemon. Masam-masam manis rasanya. 

Khasiat Meka Viniga ini berfungsi sebagai penganti makanan dan mampu mengawal nafsu makan seseorang, Selain itu,  Meka Viniga juga boleh meningkatkan stamina yang mana sesuai sangatlah dengan Yaya yang selalu bergerak aktif ni. Khasiat lain ialah melancarankan peredaran darah, melancarkan sistem percernaan, mencantikkan kulit, menguatkan gigi, melancarkan haid, membersihkan hempedu, dan juga mengandungi Vitamin C yang tinggi serta membaiki pembentukan struktur tulang. 


Sedut-sedut je masa perut kosong! Hee. Jom sedut Meka Viniga dahulu sebelum memulakan aktiviti seharian. ;)


Pelabagai aktivit menarik yang diadakan semasa sesi perkongsian ilmu bersama pakar yang bertauliah semasa Yaya menghadiri majlis pengenalan produk dibawah syarikat MEKARAY VENTURES SDN BHD. Banyak ilmu yang dipelajari tentang keindahan pemakanan & perubatan Islam. 


Sempat lagi kami mempelajari teknik asas senaman untuk kesihatan dan kecantikan. Hoho :p

 

Apa Yaya buat tu? Hahaha gasakkk


Jom korang cuba produk kesihatan yang berlandaskan sunah ni. Mekaray Triple-M dan Meka Viniga sangat sesuai diamalkan oleh semua golongan. Even budak kecil pun boleh minum Triple-M juga tau. Memang berkhasiat dan sangat di yakini. Banyak testimoni hebat di Facebook Mekaray Ventures yang telah diperakui.


Untuk maklumat lanjut :

Website :

Facebook :

No Tel :
013-268 0001

Photo by :


Terima kasih sudi baca 
Viewing all 390 articles
Browse latest View live