Quantcast
Channel: Yaya Natsumi Official Blog
Viewing all 390 articles
Browse latest View live

Bloggers Day Out - Melawat Panda di Zoo Negara

$
0
0
Assalamualaikum semua 


Minggu lepas Yaya bersama keluarga KBBA melawat ke Zoo Negara. Fuhh excited bak ang sebabnya kali terakhir Yaya melawat Zoo Negara ni pun masa darjah 6 kot? Memang dah tak ingat sangat lah kan. Jadi bila ada kesempatan untuk ke Zoo Negara memanglah Yaya teruja nak pergi :) *jiwa kanak kanak sungguh daku ini.



Meet my bestfriend masa UiTM, Echa. Seronok dia jalan jalan di Zoo Negara. Yang excitednya kami ni sebab nak tengok Panda! Hihi


Masa ni juga berpeluang berjumpa dengan blogger yang Yaya tak pernah jumpa. Happy. :)


Aktiviti kami yang pertama, ialah melawat Butterfly Garden. Teruja tengok rama-rama berterbangan bebas di satu kawasan tertutup yang disediakan.




Cairan madu diletakkan di kelopak bunga raya dan mereka juga diberi buah-buahan seperti nenas sebagai makanan kepada rama-rama disitu. 


Yang bestnya, kami dibawa ke Zoo Negara Amphitheater dan menyaksikan haiwan terlatih seperti singa laut, burung kakak tua, ular, angsa dan lain lain membuat persembahan dan menunjukkan aksi bijak mereka. 



With Ayu Jean. Muah ciked!


Masa ni rasanya kami yang dewasa ni yang terlebih excited. Seronok tengok dan melayan perasaan macam kanak-kanak. So me. :p


Eh eh jumpa Panda tiruan! Haha


Seterusnya kami dibawa berjalan jalan di sekitarnya. Jemput menjamu gambar. Hihi



Unta merajuk.


Besarnya 'mereka' ni. Selalu tengok dalam gambar je. 


Hornbill ni pun Yaya pertama kali tengok. Cantik paruh 'dia'.




Haha lucu sekejap kat sini. Orang utan tu lama betul bergantung macam tu. Tak lenguh tangan awak ye?



Kami juga sempat melawat ke Bee Muzium. Memang teruja dapat minum madu fresh dari sarang kelulut lebah.

Lebah Teamwork Kelab Blogger Ben Ashaari



Melawat di Akuarium Tunku Abdul Rahman. Masuk sini best sikit sebab sejuk! Haha 



Terkejut ikan tu Yaya nak kiss. Terbutang mata dia! Hahaha *walhal dah tahu ikan memang tiada kelopak mata. Hee 


Ala penguin omey omey angat jalan terkedek kedek. Haha Yaya suka penguin!


Makan tengahari kami di ditaja oleh Food Panda di Wild Life Park Restaurant. Sedapnya. Pulak tu tengah lapar dan haus sebab penat berjalan. Memang layan la makan set macam ni. 



Ok sambung jalan balik! ^_^


Tibalah kami pada pukul 2.30 petang di Giant Panda Convention Centre.

Masa ni semua makin teruja dan tak sabar. Suara pegawai yang bertugas yang menerangkan tentang Panda pun sayup-sayup je kami hadam. Kalau nak tahu, najis Panda di China akan diproses untuk dijadikan kertas. Ini kerana makanan ruji Panda cuma berasaskan tumbuh-tumbuhan. But still.. kami speechless jugak. Haha!


With Kak Rara sayam.


Muka tak sabar kami tunggu Xing Xing atau nama Panda ini di China ialah Fu Wa. Pasangan Xing Xing iaitu Liang Liang yang masih berpantang dan ditempatkan dibilik khas selepas kelahiran baby Panda baru mereka. Hee


Yeayy keluar pun Xing Xing! Masa ni semua excited rasa nak menjerit sebab first time tengok Panda secara live kan. Tapi kami dilarang bising dan di ingatkan untuk tidak menggunakan flash kamera. Ia akan membuatkan Panda stress rupanya. Kebetulan juga Xing Xing menyambut ulang tahun yang ke 9 masa ni. Seronok beliau sambut hari jadi dengan kek sayur dan buah yang telah dibekukan. Hee

Panda Malaysia

Nyum nyum sedapnya kek harijadi saya. Rasa buah epal dan carrot. Haha


Pengalaman melihat sendiri Panda di depan mata memang lain betul rasanya. Bila tengok betul-betul, Panda ni memang lah antara haiwan yang paling comel sekali. Dah la badan dia cikebum camtu. Rasa nak peluk je!



Fuhh dah penat berjalan, kami naik shuttle. Walaupun penat, kami tetap seronok dan teruja dengan pengalaman melawat Panda dan haiwan lain di Zoo Negara. Terima kasih pihak Zoo Negara yang memberikan layanan yang tip top! Akan datang boleh bawa lagi! Hehe


Kalau uols nak datang ke sini, ada cara mudah untuk buat pembelian tiket.

Rujuk di :

Website: Zoo Negara Malaysia
Instagram: ZooNegaraOnlineTicket
Telefon: 03-5124 0109
Email: saujanajutaria@gmail.com

Waktu Operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang setiap hari
Pertunjukan Haiwan: 11.00 pagi & 3.00 petang

Terima kasih kepada pihak Zoo Negara, Cosmoderm, Food Panda kerana menaja ahli keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari. Korang memang awesome! ^_^



Terima kasih sudi baca 

Laksanakan Ibadah Qurban dan Akikah melalui EZ Qurban

$
0
0
Assalamualaikum semua 


Yaya percaya ramai yang tak sabar menanti raya haji nanti kan? Ada juga yang mungkin menyimpan hasrat untuk melaksanakan ibadah Qurban dan Akikah tetapi masih mencari servis perkhidmatan dari syarikat yang bertanggungjawab menguruskannya untuk mereka. Bagi Yaya, yang sebaiknya adalah kita melakukan ibadah Qurban ini di tempat yang sememangnya merupakan penempatan bagi mereka yang betul-betul daif dan memerlukan. Sesungguhnya itulah yang paling berkat disisi agama  :)

1

Untuk pengetahuan semua, Ez Qurban Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan Qurban dan Akikah di luar negara. Negara yang terpilih adalah Filipina, Indonesia, Thailand, Kemboja, Vietnam, Bangladesh, Laous dan juga Myanmar. Ez Qurban menawarkan perkhidmatan yang mudah, cepat, cekap dan efisyen melalui pengalaman mereka selama 7 tahun dalam mengendalikan ibadah Qurban dan Akikah untuk mereka yang berkemampuan dalam melaksanakannya.


Antara negara yang menerima sumbangan Qurban dan Akikah :





04





Sijil penyertaan daripada EZ Qurban juga akan diberikan kepada penama yang telah membuat ibadah Qurban dan Aqiqah sebagai pengesahan penyertaan.


Harga untuk setiap penyertaan ibadah Aqiqah dan juga Qurban adalah seperti berikut :


Penyertaan Ibadah Aqiqah :

1 Ekor Kambing - RM580


Penyertaan Ibadah Qurban :

1 Bahagian Ekor Lembu - RM300

1 Ekor Lembu - RM2,100

1 Ekor Kambing - RM580

*Harga termasuk 6% GST






Ada beberapa cara mudah untuk menyertai ibadah Qurban atau Akikah bersama EZ Qurban  :

Isi borang online di website EZ Qurban untuk mendaftar.

KLIK SINI untuk daftar.

Selain itu :

WhatsApp  : +60133186984
Email : ezqurban.adm@gmail.com
Facebook: EZ Qurban Sdn Bhd
Walk inEZ Qurban Sdn Bhd
No. 125-1A, Jalan 3, Batu Cave Centrepoint
68100 Batu Cave, Selangor Darul Ehsan


Pembayaran boleh dibuat melalui :

Maybank: 5624 0550 5189 (EZ Qurban Sdn Bhd)
Bank Islam: 1211 3010 0292 76 (EZ Qurban Sdn Bhd)



 Pastikan simpan nombor transaksi dan gambar resit sebagai bukti pembayaran ya! ^_^

Bila dah isi semuanya, peserta akan mendapat email dan sms dari pihak EZ Qurban sebagai pengesahan bayaran yang telah dibuat.

Selepas itu, peserta boleh menyemak status mereka secara online di website EZ Qurban dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan. Mudah dan cepat kan? Hee


Jangan lupa untuk membuat pembayaran sebelum 25 September 2015 tau!



Bagi mereka yang berminat untuk melihat sendiri ibadah Qurban ini dijalankan, bolehlah menyertai misi kembara EZ Qurban ke negara yang disebutkan diatas semasa bulan Ramadhan dan Hari raya Aidiladha untuk menyampaikan sumbangan Qurban dan Akikah.


Untuk maklumat lanjut atau secara walk-in :

EZ Qurban Sdn Bhd
No. 126-1A, Jalan 3, Batu Cave Centrepoint
68100 Batu Cave, Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-6186 1911
H/P: 013- 238 6000








Terima kasih sudi baca 

Samsung Galaxy Note5 - Next Is Now

$
0
0
Assalamualaikum semua 




Pada 3 September 2015 lepas, Samsung telah meraikan perasmian Samsung Galaxy Note5 di Orange Concourse di Sunway Pyramid. Jujur kata, Yaya memang teruja nak tahu apa kelebihan Samsung Galaxy Note5 kali ini berbanding generasi sebelumnya. Lagi lagi bila berpeluang menjadi orang terawal yang melihat dan mencuba sendiri Samsung Galaxy Note5 secara live. Dan semalam, Yaya berkesempatan untuk hadir ke roadshow di Sunway Pyramid. Memang best dan meriah tau! ^_^



Serba sedikit mengenai sejarah Samsung Galaxy dari Note keluaran pertama seterusnya Samsung Galaxy Note II, Samsung Galaxy Note3 dan juga Samsung Galaxy Note4, setiap generasi mempunyai kelebihan dan versi tersendiri . Contohnya seperti Samsung Galaxy Note yang dilancarkan pada tahun 2011, mempunyai paparan skrin dengan saiz 5.3'' dan kamera 8MP. 


Manakala untuk Samsung Galaxy Note II yang dilancarkan pada tahun 2012 pula mempunyai paparan skrin yang lebih besar iaitu bersaiz 5.5'' . Fuhh masa ni kalau selfie memang nampak jelas la muka dalam tu! Kemudian pada tahun 2013, Samsung Galaxy Note3 pula hadir dengan paparan skrin 5.7'' dan fungsi kamera yang jauh lebih baik iaitu 13MP.


Sekitar tahun 2013 memang tengah hot telefon pintar bersaiz besar kan? Semua orang tak mahu ketinggalan masa tu untuk memiliki Samsung Galaxy Note3 termasuklah Yaya! Tapi telefon pintar Yaya hilang masa pergi Jom Heboh di Putrajaya. Sedih kita tau. Huhu


Dan pada tahun lepas, Samsung telah melancarkan Samsung Galaxy Note4 yang mempunyai fungsi kamera yang lebih canggih iaitu 16MP. Bagi Yaya, Samsung Galaxy Note4 ni dah kira terbaik sangat dah! Memang best sebab telefon pintar ini sangat pick-up dan juga berkebolehan mengecas telefon pintar dengan lebih cepat. Tak adalah buang masa nak tunggu bateri penuh kan. 



Tahniah kepada Samsung yang telah mengeluarkan generasi kelima untuk Samsung Galaxy Note! :D


Mesti tak sabar nak tahu apa fungsi terbaru yang telah di inovasikan kepada Samsung Galaxy Note5 ni kan?

Selain cantik, nipis dan mudah dipegang, ianya juga merangkumi segala kebaikan telefon pintar yang dikehendaki oleh pengguna. Fungsinya yang pelbagai dan memang terbaik telah membuatkan Yaya jatuh hati sangat! Kagum sungguh Yaya semasa menggodek Samsung Galaxy Note5 ni! Haha


Antara kelebihan dan Spesifikasi Samsung Galaxy Note5 :

  • OS Android 5.1 (Lollipop)
  • Dimensi 153.2 x 76.1 x 7.6mm, 171g
  • Processor Octa core (2.1GHz Quad + 1.5GGHz Quad), 64 bit, 14 nm process
  • Paparan besar bersaiz  5.7" Quad HD Super AMOLED
  • Gambar yang lebih sharp dan lebih cerah pada apa jua keadaaan dengan 16MP kamera belakang
  • Kamera depan yang lebih cantik, soft dan auto beauty function dengan 5MP (memang best bila selfie! Hehe), dan juga mempunyai fungsi wide camera untuk memuatkan lebih ramai orang ke dalam skrin!
  • Prosesor 4GB RAM 
  • S-Pen automatik yang lebih baik dari generasi Samsung Galaxy Note yang sebelumnya
  • Penjimatan kuasa dengan 3,000 mah bateri
  • Keupayaan mengecas dengan lebih cepat (berwayar - 90 minit untuk cas penuh, tanpa wayar - 120 minit untuk cas penuh)
  • Mengecas secara wireless dengan pengecas tanpa wayar
  • Sentiasa bersedia untuk fungsi memo walaupun skrin dimatikan 

Dan macam-macam lagi fungsi best yang terdapat pada Samsung Galaxy Note5. Kalau nak tahu kena terjah http://www.samsung.com/my/galaxy/note5/



Memang terbaik okay! Fuhh nak beli nak beli! 

Jom dapatkan Samsung Galaxy Note5 hari ini juga!

Pengalaman Yaya mencuba sendiri Samsung Galaxy Note5 ini membuatkan Yaya tersangatlah kagum dengan fungsi baru dan keunikan telefon pintar ini . Memang terbaik sungguh. 





Cantik terus Yaya Natsumi! Haha *perasan



Taking wefie is my favorite ever! :p



Nak tambah kawan bila ber-wefie? Tiada masalah. Kita guna fungsi wide camera! Kini semua orang muat di dalam 1 frame! Hehe


Kalau nak tahu, fungsi S Pen untuk Samsung Galaxy Note5 kali ini juga telah diberi penambahbaikan. Sudah pasti lebih baik dari generasi sebelumnya iaitu sangat seimbang dan sungguh selari dengan pergerakan pengguna. Sesuai dengan mereka yang berkerjaya, fungsi memo kali ini sentiasa dalam keadaan sedia walaupun skrin dimatikan. Kalau ada idea yang terlintas, pengguna boleh terus menulis di skrin. Tak adalah terlupa perkara penting kan! Hee


Bestnya lahai Samsung Galaxy Note5 ni. :'D

Samsung Galaxy Note5 datang dalam 2 warna  iaitu Gold Platinum dan White Pearl. Ia dijual pada harga runcit RM 2,699 untuk storage32GB.


Nak trade-in Samsung Galaxy Note yang lama? Boleh sangat. Jemput hadir ke roadshow yang dinyatakan dan bawa sekali Note anda untuk dinilaikan semula sebelum ditukarkan kepada Samsung Galaxy Note5! Yahuuu!

Senarai harga untuk Trade-in :

- Note 1 – RM 200
- Note 2 – RM 600
- Note 3 – RM 800
- Note 4 – RM 1150



Fuhh memang meriah dan ramai yang beratur untuk Trade-in Note lama mereka kepada Samsung Galaxy Note5 baharu! 


Jadi, cepat-cepat hadir ke roadshow di :
  • Kuala Lumpur - LG2 Orange Concourse, Sunway Pyramid (4-9 Sept 2015)
  • Pulau Pinang - Concourse Utama, Gurney Plaza (4-6 Sept 2015)
  • Johor - Aras 3, Concourse, Sutera Mall (4-6 Sept 2015)

Untuk roadshow pada pukul 2 petang semalam di Orange Concourse Sunway Pyramid, tetamu telah dihiburkan oleh artis jemputan iaitu Thomas & Jack.








Fuhh memang ramai sungguh peminat Thomas&Jack. Semua berebut untuk bergambar dengan mereka! Hee


Nak jumpa artis kegemaran anda juga? Jangan lupa hadirkan diri di roadshow Samsung tau! Berikut adalah jadual untuk artis yang seterusnya. 


Jangan lupa untuk trade-in atau membuat pembelian untuk Samsung Galaxy Note5 idaman anda di roadshow berikut :

  • Kuala Lumpur - LG2 Orange Concourse, Sunway Pyramid (4-9 Sept 2015)
  • Pulau Pinang - Concourse Utama, Gurney Plaza (4-6 Sept 2015)
  • Johor - Aras 3, Concourse, Sutera Mall (4-6 Sept 2015)

Peace yaww! ^_^

Untuk maklumat lanjut, layari :





Credit pictures : RBA

Terima kasih sudi baca 

Maybank Go Ahead Challenge 2015 : Season of Smiles

$
0
0
Assalamualaikum semua 


Tempoh hari Yaya sebagai wakil media blogger berkesempatan untuk menimba pengalaman menarik di Maybank Go Ahead Challenge #MGAC2015 yang diadakan di Bukit Bintang. Walaupun keadaan hujan lebat dan kemudiannya renyai, ia tidak mematahkan semangat perserta yang mengambil bahagian dalam cabaran ini. Oh sebelum itu, Yaya juga pernah menghadiri perasmian #MGAC2015 yang diadakan di SkyPark, Subang. SINI . Untuk pengetahuan semua, para perserta telah melalui pelbagai cabaran yang mana setiap tugasan yang diberikan itu mencabar kredibiliti setiap perserta dan kumpulan masing-masing. Cabaran akhir yang diberi kepada mereka adalah membuat kutipan amal di Bukit Bintang. Fuhh serius best! Yaya pula yang teruja untuk singgah di setiap booth yang disediakan.



Hello. ^_^


Bersama Group Chief Human Capital Officer of Maybank, Madam Nora A Manaf. Sangat baik dan merendah diri okay. Suka dia! 


Perserta yang menyertai #MGAC2015 ini terdiri dari pelbagai negara iaitu Malaysia, Singapore, Indonesia, Philippines, Thailand, Myanmar, Cambodia, Vietnam, Laos, Brunei, China, Hong Kong, United Kingdom dan juga United States. Mereka bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan perkerjaan dimasa akan datang dan merebut hati syarikat yang berwibawa dalam industri yang pelbagai. Menarik kan?


Program amal yang diadakan ini memberi peluang kepada para perserta untuk menunjukkan bakat mereka dalam menarik minat pejalan kaki yang lalu lalang untuk menyertai aktiviti amal yang disediakan. 


Setiap kumpulan mempunyai 6 orang dan jumlah kesemuanya adalah 60 untuk 10 kumpulan. Kutipan yang mereka dapat bagi program amal iniakan disumbangkan kepada badan kebajikan yang terpilih iaitu :

Team Terminator | Kanak-kanak Kurang Upaya
Team Inception | Warga Tua
Team Star Wars | Orang Buta
Team Avatar  | Wanita yang didera
Team Kingsman | Kanak-kanak yang didera secara seksual
Team Dark Knight | Ibu Tunggal
Team Men of Steel | Mereka yang tiada tempat tinggal
Team Transformers | Kanak-kanak Kurang Upaya 
Team X-Men | Pusat Lindungan Haiwan
Team Avengers | Komuniti Orang Kurang Upaya 


Okay jom kita tengok antara gambar-gambar yang Yaya ambil ketika aktiviti Maybank Go Ahead Challenge 2015 ini dijalankan. ^_^






Ketika Blind Food Tasting. Nasib baik yang Yaya ambil tu mayonis okay! Haha








Jom beli hotdog sambil menderma! Hee





Game ni memang best. Kena pandai bajet harga barang yang anda ambil lepas tu mereka akan kira berapa jumlah kesemuanya. Fuhh Yaya rasa banyak kutipan yang mereka dapat masa ni. 



Peserta bergambar bersama. Memang meriah!


Tahniah semuanya! Semoga setiap kutipan memberi manfaat kepada setiap rumah kebajikan.


 Global Finals Gala Dinner, Mandarin Hotel KL

Tibalah saat yang dinantikan iaitu mengumumkan pemenang yang berjaya mendapat mata yang paling tertinggi dari segala aspek.

Ultimate Go Ahead Challenger #UGAC2015:

1st place – Ricky Low Yin Lee ( Internship to New York)

2nd place – Phyllis Ng Hui Li & Chris Watkins (Internship to HK & London)


Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk sesi kumpulan terbaik pula. Hadiah utama sebanyak USD40000, atau lebih kurang RM165,000. Fuhh memang terbaik!

Senarai pemenang #MGAC2015 mengikut kumpulan :

Champion – Team Star Wars (USD 40,000)
1st Runner Up – Team Terminator ( USD 20,000)
2nd Runner Up (also People’s Favourite Team) – Team X-Men (USD 10,000)

Tahniah buat semua pemenang!

MGAC2015

Berminat untuk menyertai #MGAC pada tahun hadapan? Kerana selain memenangi hadiah wang tunai, perserta juga akan mendapat peluang untuk menyertai Global Maybank Apperentice Program. Best kan? Hee.

Untuk maklumat lanjut berkenaan #MGAC , sila layari :

Facebook : 
Website : 



Terima kasih sudi baca 

Manfaat melaksanakan ibadah Qurban atau Akikah Bersama EZ Qurban

$
0
0
Assalamualaikum semua 


Rasanya mesti ada yang pernah terbaca entri Yaya mengenai EZ Qurban sebelum ni kan? Kalau belum, jemput klik SINI . Ramai yang bertanya kepada Yaya mengenai manfaat melakukan Qurban atau Akikah di luar negara. Apatah lagi negara yang terpilih untuk diadakan ibadah Qurban ini merupakan negara yang mempunyai penduduk yang kurang mampu dan boleh dikatakan dibawah paras kemiskinan.


Bagi Yaya, sudah pasti daging qurban tersebut akan diberikan kepada mereka yang selayaknya iaitu fakir miskin. Yaya percaya, dengan melakukan ibadah Qurban di luar negara, ia memberi impak positif kepada imej Malaysia itu sendiri yang mana rakyatnya sanggup membantu saudara sesama Islam di negara lain. Kerana kebanyakan penempatan mereka yang fakir dan miskin, sukar bagi kita untuk menziarah ketempat mereka. Tapi, in sya Allah dengan bantuan dari EZ Qurban, golongan selayaknya akan dapat menikmati daging qurban dengan penuh nikmat dan kesyukuran. Kita pula, sudah pasti mendapat pahala dan berkat dari ibadah yang dilakukan. In sya Allah :')


Untuk pengetahuan semua, Ez Qurban Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan Qurban dan Akikah di luar negara. Negara yang terpilih adalah Filipina, Indonesia, Thailand, Kemboja, Vietnam, Bangladesh, Laous dan juga Myanmar. Ez Qurban menawarkan perkhidmatan yang mudah, cepat, cekap dan efisyen melalui pengalaman mereka selama 7 tahun dalam mengendalikan ibadah Qurban dan Akikah untuk mereka yang berkemampuan dalam melaksanakannya.


04


Sijil penyertaan daripada EZ Qurban juga akan diberikan kepada penama yang telah membuat ibadah Qurban dan Aqiqah sebagai pengesahan penyertaan.


Harga untuk setiap penyertaan ibadah Aqiqah dan juga Qurban adalah seperti berikut :


Penyertaan Ibadah Aqiqah :

1 Ekor Kambing - RM580


Penyertaan Ibadah Qurban :

1 Bahagian Ekor Lembu - RM300

1 Ekor Lembu - RM2,100

1 Ekor Kambing - RM580

*Harga termasuk 6% GST



Ada beberapa cara mudah untuk menyertai ibadah Qurban atau Akikah bersama EZ Qurban  :



Isi borang online di website EZ Qurban untuk mendaftar.

KLIK SINI untuk daftar.

Selain itu :

WhatsApp  : +60133186984
Email : ezqurban.adm@gmail.com
Facebook: EZ Qurban Sdn Bhd
Walk in EZ Qurban Sdn Bhd
No. 125-1A, Jalan 3, Batu Cave Centrepoint
68100 Batu Cave, Selangor Darul Ehsan


Pembayaran boleh dibuat melalui :

Maybank: 5624 0550 5189 (EZ Qurban Sdn Bhd)
Bank Islam: 1211 3010 0292 76 (EZ Qurban Sdn Bhd)

 Pastikan simpan nombor transaksi dan gambar resit sebagai bukti pembayaran ya! ^_^

Bila dah isi semuanya, peserta akan mendapat email dan sms dari pihak EZ Qurban sebagai pengesahan bayaran yang telah dibuat.


Selepas itu, peserta boleh menyemak status mereka secara online di website EZ Qurban dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan. Mudah dan cepat kan? Hee

Jangan lupa untuk membuat pembayaran sebelum 25 September 2015 tau!



Untuk maklumat lanjut atau secara walk-in :
EZ Qurban Sdn Bhd
No. 126-1A, Jalan 3, Batu Cave Centrepoint
68100 Batu Cave, Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-6186 1911
H/P: 013- 238 6000





Terima kasih sudi baca 

Reads Solution Yang Sangat Berbaloi Untuk Pengguna Android

$
0
0
Assalamualaikum semua 

Tempoh hari Yaya berpeluang menghadiri majlis pengenalan bagi aplikasi baru dari Reads Solution di Restoran Kayu Nasi Kandar di Bandar Permaisuri. Best pergi event yang santai macam ni. Walaupun kat mamak, tapi kami sangat selesa. Macam reunion blogger pun ada. Hehe. Mengenai Reads Solution, pengguna akan mendapat pelbagai kelebihan apabila memuat turun aplikasi ini di Google Store. Tapi sebelum itu, mesti tertanya-tanya apa sebenarnya aplikasi Reads Solution ni kan? Ia merupakan aplikasi yang menghubungkan kita dengan pelbagai perkhidmatan secara percuma seperti baucer makanan, diskaun barangan mahupun topup! Wahh memang best tau!





Jom muat turun aplikasi Reads Solution di telefon pintar korang sekarang! 



Download apps Reads Solution di play store, lepas tu masukkan nombor telefon korang untuk pendaftaran. Settle. Setiap kali korang dapat panggilan telefon atau SMS, korang akan dapat point. Fuhh best okay!





Contoh produk free yang korang boleh redeem ialah aiskrim dan juga maxis topup! Lagi best, bila korang invite rakan-rakan untuk download apps ni, korang akan dapat 400 points! Makin banyak invite kawan, makin banyaklah barangan yang korang boleh redeem! ^_^



10492127_475588169277453_3117164361868213903_n-horz-horz
 Pssst! Nak bagitahu ni. Sekarang ni sedang berlangsung peraduan untuk korang memenangi telefon pintar HUAWEI P8 dari Reads Solution. Contest Invite Friends 2.0 ini sedang berlangsung sehingga 30 Sept 2015 nanti tau. Korang cuma perlu invite rakan-rakan korang untuk download apps Reads Solution ni. Klik je button Invite Friends dan masukkan nombor kawan-kawan korang. Mana tahu rezeki boleh dapat telefon pintar secara percuma oii! :O 




Pemenang bagi contest Invite Friends 1.0 yang dijalankan sebelum ini. Beliau memenangi telefon pintar Samsung Galaxy S6 sebab berjaya invite rakan-rakan dengan amaun yang paling banyak! Tahniah!! :D

Antara aktiviti bersama blogger yang dijalankan. Kami kena minum air teh tarik yang agak panas dan lepas tu... Jeng jeng jeng!





Rupanya ada surprise di bawah cawan! Yaya memenangi Samsung Tab3V dari pihak Reads Solution . Alhamdulilah. Terima kasih! :'D








Bersama rakan blogger yang hadir semasa majlis pengenalan apps baharu dari Reads Solution ,





Untuk maklumat lanjut :

Facebook: Reads Solution
Website: Reads Solution
Instagram: Reads Solution




Terima kasih sudi baca 

Halal Western Food, Melaka - Billionaires Concept Cuisine

$
0
0
Assalamualaikum semua 


Ramai pm tanya kat mana Yaya makan tu kat mana tu mana tu bila tengok gambar kat IG dan Facebook. Sabaq anak-anak. Hakak baru dapat bernafas nak update belog ni. Fuhh tapi tulah! Bila mengenang balik makanan yang Yaya makan masa ni memang terliur baq ang! Sebelum tu jom usha BILLIONAIRES CONCEPT CUISINE yang bertempat di Melaka berhampiran dengan Aeon Bandaraya Melaka.




Untuk pengetahuan korang, Yaya memang tertarik dengan susun atur perabot dan rekaan dalaman yang sangat cantik dan selesa disini. Ala ala hispter gitu. Semua golongan boleh datang makan dan bersantai dengan selesa. ^_^





Jeles siapa duduk Melaka. KL pun susah nak jumpa yang buat konsep macam ni. Western food halal dengan harga yang sangat berpatutan. Fuhh


Jom terjah makanan yang kami sempat makan di sini! Banyak sangat menu sampai rambang mata nak pilih. Yaya sertakan harga sekali mana yang Yaya sempat catat okay! Yang bestnya, portion sangat besar untuk seorang makan. Kenyang sampai esok! Haha 


Nama dia panjang tapi Yaya ingat ia berasaskan soda. Sebelah kiri Lychee dan sebelah kanan Peach. Memang sedap dan menyegarkan! 


Moscow Mixed Grill - RM 39.99


New York Striploin Steak - RM 29.99


Hugo Caesar Salad 


Pisa Seafood Aglio Olio - RM 14.99


Royal Mushroom Soup - RM 5.99


Hong Kong Tenderloin Steak - RM 39.90


Bersama rakan blogger dan juga pemilik Billionaires Concept Cuisine yang sangat baik dan berinspirasi, Encik Akmal Zaaba. Hebat tak hebatnya usahawan ini, beliau mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan tau. Tapi masih merendah diri dan sangat positif orangnya. Yaya kalau jumpa usahawan berjaya ni memang bersemangat sikit. Suka dengar kejayaan orang. Dengan mendengar je pun dah buat kita rasa positif dan bersemangat. Fuhh macam magik.



Barisan air sedap sedang berposing.


Huwarghhh lapar tengokkkk ~_~


Kami juga sempat singgah ke sini masa waktu malam kerana dekat sangat dengan hotel yang kami tinggal. Rupanya lebih meriah kalau datang pada waktu malam. Kebetulan pula ada majlis hari jadi dan juga kehadiran Awie dan geng motorsikal besar ke sini. Lagilah havoc uols!




Ni amenda tangkap gambar orang ni? *bisik mamat yang kiri tu XD


Selain dari makanan barat yang dihidangkan, korang juga boleh cuba dessert kat sini. Memang unik dan sangat sedap oii! Dessert dan kek ni dari GrindShack. 



Style betul. Kita boleh tengok mereka buat aiskrim kita secara live. Haha


Ohmaiii. Craving aiskrim ni. Caramel Sutra nama dia. Sangat milky sambil makan dengan popcorn caramel!! 

Amacam? Best ke idok? Harus lah best, sedap, harga yang berpatutan dan semestinya Halal! Nak ajak family datang sini pula lepas ni. 5 bintang okay! ^_^



Billionaire's Concept Cuisine
 8-1, Jalan Lagenda 6, Taman 1 Lagenda, 75400, Melaka.

Grind Shack
6-1 Jalan Lagenda 6 Taman 1 Lagenda 75400 Melaka

Contact no 
013-201 8282


Instagram

Instagram

 


Terima kasih sudi baca 

Oil Control Water Cushion by THEFACESHOP

$
0
0
Assalamualaikum semua 




Mulai sekarang, Yaya peminat THEFACESHOP! Yeayy bestnya barang makeup dari THEFACESHOP. Tapi hari ni Yaya nak review Oil Control Water Cushion. Inovasi baru yang semakin mendapat sambutan kerana memudahkan pengguna untuk bersolek menggunakan teknik keseluruhan asas cairan microfoam dan mendapat kebaikan yang optimum untuk penjagaan kulit muka. 






Amboi seriusnya muka. Maaf! Tengah periksa sapuan Yaya rata ke tak. Haha :p
Ternyata rata! Yeayy! :D


Kebaikan Oil Control Water Cushion dari THEFACESHOP :

Menghidrat kulit muka dengan lebih baik

Kebanyakan bedak asas akan mengeringkan muka tetapi Oil Control Water Cushion memberikan kelembapan kepada kulit muka Yaya dan tidak mengeringkan kawasan disekitar bibir seperti selalu. Memang terbukti berkesan lah! Hee. Dalam masa yang sama, ia diformulasikan dengan Italian Oxygen Water. Wow. Bolehlah kulit muka kita bernafas dengan baik dan mendapat manfaat sewajarnya walaupun dalam keadaan bersolek.

SPF 50+ PA+++

Apabila kulit muka kita banyak terhindar dengan sinaran UV yang berbahaya, ia boleh menyebabkan kanser kulit. Gunakan produk penjagaan yang tinggi nilai SPF agar kulit muka kita lebih terlindung dari cahaya yang merosakkan kulit muka. Sesuai untuk mereka yang selalu bersukan di tengah panas dan meminati aktiviti lasak, Oil Control Water Cushion sangat sesuai untuk perlindungan kulit muka anda dari pancaran matahari.

Kawalan Sebum

Kalau bahasa omputih ni orang kata Sebum Contol lah kan. Untuk pengguna yang mempunyai kulit muka seperti Yaya iaitu berminyak di kawasan T, sangat digalakkan menggunakan Oil Control Water Cushion kerana ia mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan. Bila pakai tu rasa kurang sangat berminyak dan juga efek ala ala shining gitu dengan minyak yang sekadar ada dan nampak semulajadi. Hehe

Lebih Tahan Lama Berbanding Bedak Biasa

Yang ni Yaya paling suka, tak payah risau make up kita cair bila berada lama diluar. Ia mudah meresap dan lebih tahan lama dari bedak biasa tau. Cairan yang diekstrak itu membuatkan muka kita kelihatan lebih semulajadi dan tidak bercapuk. Untung kalau mereka yang flawless, bila pakai Oil Control Water Cushion tak payah pakai concealer lagi. Jadi macam gadis korea terus! Peewitt!



Harga pasaran untuk Oil Control Water Cushion dari THEFACESHOP ini adalah RM 83.90 sahaja okay! 



Terima kasih Oil Control Water Cushion! Kini kulit muka Yaya boleh bernafas dengan baik dari serapan khasiat yang terkandung di dalamnya . Selamat tinggal kulit berminyak! :D


Tapi sebelum tu kalau nak dapatkan secara percuma, jangan lupa terjah laman Facebook THEFACESHOP untuk maklumat terbaru dari mereka. Peraduan LIKE, SHARE dan COMMENT akan berakhir pada 27 September 2015!




Lelaki pun boleh pakai woww! Cepat terjah gambar ni di laman Facebook THEFACESHOP sekarang dan ikuti langkah-langkah yang diberikan untuk memenangi Oil Control Water Cushion ni. Terbaikkk!




Untuk maklumat lanjut :



Terima kasih sudi baca 

Spa Mawar Putih - Pakej Spa Dengan Harga Terendah

$
0
0
Assalamualaikum semua 




Pernah dengar spa berkonsepkan home spa? Yaya pertama kali datang ke spa berkonsep macam ni tau. Memang kagum masa pertama kali menjejakkan kaki ke Spa Mawar Putih ni. Siapa sangka terdapat spa di kawasan perumahan! Kalau Yaya duduk area situ, senangnya jalan kaki je haa ketuk pintu rumah jiran bagitahu, " Saya datang nak mandi susu ni!!" :p


Kedatangan kami disambut mesra oleh pemilik Spa Mawar Putih yang sangat comel dan ramah tamah. Siapa jumpa Puan Ruzita ni mesti uols akan rasa bermotivasi dengan aura positif yang dia ada. Yaya dengan Uzu sampai terkesima dengar perkongsian ilmu dari dia. Tak lokek ilmu langsung! :'D


Bersama pemilik Spa Mawar Putih, Puan Ruzita. Yaya syak dia ni memang selalu buat spa kat diri sendiri. Aura berseri lain macam. 


Semasa kami datang, bilik semua full house! Hebat tak hebat penangan Spa Mawar Putih ni. Jom kita jalan-jalan sekitar bilik spa yang disediakan. Oh untuk pengetahuan semua, dekorasi hiasan ni semua idea dari pemilik. Semasa menaiki tangga, dah terdengar alunan muzik yang mendamaikan dan bauan aromaterapi yang menenangkan minda.






Terdapat 3 bilik rawatan yang disediakan mengikut pakej idaman pelanggan. Ada bilik mandi bunga, mandi susu dan juga sauna, urutan seluruh badan dan juga foot massage , bertungku, bertangas, facial dan salun rambut muslimah pun ada juga tau! Semua rawatan di bawah satu bumbung! Terbaik betul!




Buat bakal pengantin, Yaya sangat syorkan kepada kalian untukk dapatkan rawatan Aura Seri Pengantin disini. 






Khas untuk suri rumah dan juga mereka yang berkerjaya, Yaya percaya setiap wanita mahukan terapi diri untuk menghilangkan segala tekanan kerja dan stess sendi otot semua. Dapatkan salah satu pakej di Spa Mawar Putih dan anda pasti berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh perkerja spa yang sangat baik dan berpengalaman. ^_^






Salun Muslimah di Spa Mawar Putih. 


Berangan nak dapatkan pakej Aura Seri Pengantin. Ouch lama lagi.


Ehem. Siapa nak Aura dia sentiasa berseri? Ehem, Tunggu nanti Yaya ulas lanjut ya. Sesuai untuk bakal pengantin mahupun mereka yang nak bertunang nanti. Jom naikkan Aura berseri uols. Wahh gituh. Mana taknya, pelbagai pati bunga telah disatukan dalam ni. Tak payah petik petik bunga lagi dah hokay! Kalau tak sabar tunggu uols PM yaya kat facebook Yaya Natsumi :p

-

-

Okay sambung semula cerita. Sekarang ni yang paling hot si Spa Mawar Putih ialah Pakej Bertungku! Jangan lupakan adat bertungku dari tok nenek moyang kita. Sangat banyak khasiatnya untuk wanita. 


Kelebihan Bertungku
✔ Membantu memecahkan angin bisa di dlam badan anda
✔ Melancarkan perjalanan darah dgn sempurna
✔ Membantu asalah kebas anggota badan
✔ Membantu mengurangkan sakit senggugut
✔Membantu mengurangkan masalah sengal badan dan kekejangan saraf
✔ Memecahkan angin dibahagian perut dan ulu hati
✔ Membantu Memecahkan lemak
✔ Mengembalikan tubuh badan kepada asal



Menggunakan batu sungai terpilih dan juga pelbagai herba yang berkhasiat. Spa Mawar Putih sentiasa memberikan yang terbaik untuk pelanggan.



Pakej Aura Seri Pengantin yang disediakan di Spa Mawar Putih memang sangat-sangat berbaloi okay! Mana nak dapat harga cenggini lagi? Sesuai dengan bakal pengantin yang ingin membuat rawatan spa dengan harga yang rendah tetapi layanan bak puteri, Yaya sangat sarankan uols dapatkan rawatan disini.


Selain itu, paling Yaya suka ialah 3 pakej rawatan dalam satu harga! Lebih jimat dan berbaloi. Pilih salah satu pakej dibawah dan dapatkan ketiga-tiga rawatan tersebut dengan harga cuma RM100. 


Kini semua orang boleh ber-spa! Jom dapatkan rawatan di Spa Mawar Putih! ^_^

Untuk maklumat lanjut :

No Tel : 012-6724798  / 03-80524798
Facebook : Spa Mawar Putih
Alamat Spa : No 13, Jalan BP2, Puchong New Village, Puchong, Selangor ( kawasan perumahan )
Waze : Spa Mawar Putih Puchong 
Waktu Operasi : 9 Pagi - 7 Petang



Terima kasih sudi baca 

Butik D'yana Bandar Baru Bangi - Grand Opening

$
0
0
Assalamualaikum semua 


Yaya rasa berbesar hati kerana berpeluang menghadiri Majlis Pelancaran Butik D'yana di Bangi Sentral baru-baru ini. Terima kasih kepada blogger fesyen yang sangat comel siapa lagi kalau bukan Cik Sizzling Suzai kerana sudi mengajak Yaya ke sini. Terharu okay. ^_^

Magento Commerce

Yaya percaya ramai yang sudah mengenali jenama D'yana kan? Yaya selalu perasan tag besi dia yang eksklusif yang selalu ada di hujung lengan jubah atau maxi dress D'yana. Kalau nampak je tag besi macam tu mesti kita ingat mahal lepas tu bila tanya kakak kedai rupanya masih murah dan berbaloi untuk dimiliki! Kualiti pula mestilah tiptop gitu.


See. Ramai gila dah mula menunggu seawal pagi untuk menjadi 100 orang pelanggan pertama. Power gilos. Untuk pengetahuan korang, ini merupakan cawangan Butik D'yana yang keenam. Cawangan lain ialah Wangsa Melawati, Shah Alam, Alor Setar, Sg. Petani dan juga Seremban 2. Dimasa akan datang, Butik D'yana akan dibuka di Kota Bharu dan juga Pasir Tumboh, Kelantan. Maknanya ada 8 cawangan la lepas ni. Fuh. Double power gilos. 


Berkonsepkan busana dan fesyen muslimah, D'yana memberikan rekaan koleksi jubah yang praktikal, bergaya dan memberikan penampilan anggun kepada si pemakai. Koleksi D'yana juga diberikan sentuhan dengan perincian labuci, lace, manik dan juga hiasan kristal yang menjadi permintaan ramai ketika ini. Tidak ketinggalan, D'yana turut menyediakan pelbagai pilihan selendang panjang yang mevariasikan lagi pilihan busana dan juga fesyen berhijab untuk muslimah.



Butik D'yana menawarkan berbagai jenis rekaan jubah yang menggunakan fabrik yang selesa dan berkualiti tinggi. Setiap jubah juga didatangkan dalam pelbagai saiz dari S sehinggalah XL. Tapi apa yang Yaya suka, ada juga saiz 34 kalau nak ikutkan ia bersaiz XS macam tu. Kena pandai pilih dan cari okay! Finally jumpa dah butik yang menawarkan rekaan bersaiz petite. Tak payah nak hantar kedai alter lagi. Jimat tu! 




Nak cari baju tunang, dinner, kenduri, majlis formal atau santai, boleh dapatkan di Butik D'yana okay! Cantik cantik hoii fuhh geram tengok!



Selain shawl yang cantik dan meletup, dress jubah untuk kanak-kanak pun ada! Jelesnya dulu zaman kanak-kanak Yaya cuma di Sogo dan Kamdar sahaja. Sekarang banyak jubah budak yang cantik-cantik. Oh mengapa~~ Hukhuk 


Antara muka-muka yang rambang mata ketika berada di Butik D'yana.


Makanan juga disediakan bagi pengunjung di Butik D'yana. Semua sedap-sedap pula tu. Alhamdulillah. Murah rezeki mereka menjamu pelanggan.


Antara tenaga kerja yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran pada hari tu. Memang terbaik la korang! *kelihatan muka masing-masing masih tenang dan gembira sebelum butik diserbu macam semut. Haha


Yaya bersama Chief Executive D'yana Boutique, Puan Ira Abdullah. Cantik dan lemah lembut. Rasa nak cubit pipi Puan Ira ni. Haha comel.


Serangggg~~!!



Dalam masa kurang sejam, banyak jubah dan shawl dah out of stock! Hebat betul penangan D'yana pada hari itu. Tahniah D'yana! Semoga terus maju jaya dalam industri fesyen muslimah! 



Bersama Puan Ira dan rakan blogger yang baru jumpa sekali dan beberapa kali dah jatuh hati. 
Sizzling Suzai, Syafiqah Hashim dan Innanie Ariffin . Muah ciked! :*



Terima kasih Butik D'yana yang sangat mesra melayan kami dan pelanggan yang lain. Staf mereka juga sangat baik dan peramah tau! Maka dengan itu, ayuh ajak makwe, ibu, adik, kakak, saudara mahupun orang tersayang shopping di Butik D'yana cawangan Bandar Baru Bangi. Sesuai dengan tagline mereka iaitu, "Your Muslimah Fashion Specialist". Terawat betul perasaan bila dah dapat idea butik best untuk beli jubah cantik dengan harga berpatutan.  ^_^


Untuk maklumat lanjut :


Website : http://www.dyana.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/Dyana.com.my

Instagram : https://instagram.com/dyana.com.my/

Outlet  D'yana: http://www.dyana.com.my/dyana-outlets

Email: dyana.bangi@gmail.com

Contact number: 018-5878020

Alamat Butik D'yana Bangi :

NO 5-19-01 JALAN MEDAN PUSAT BANDAR 8A,
BANGI SENTRAL, BANDAR BARU BANGI,
43650 BANGI, SELANGOR

Operating Hour: 11 am – 8 pm (Monday-Sunday)



Terima kasih sudi baca 

Mary Kay - Dream Beautiful Contest 2015

$
0
0
Assalamualaikum semua 


Mesti ramai dah tahu mengenai produk Mary Kay kan? Mana taknya, Mary Kay merupakan jenama antarabangsa yang telah bertapak lebih 50 tahun dan mempunyai penggunanya yang setia. Tapi tahu tak Mary Kay sekarang sedang melancarkan Dream Beautiful Contest 2015 untuk mencari wajah baru bagi Mary Kay Asia Pasifik? Fuhh memang berita baik bagi mereka yang ingin menimba pengalaman tentang dunia kosmetik dan juga modelling! :D

Dream-Beautiful-2015-1024x698

Kalau kalian mempunyai bakat terpendam untuk menjadi model dan rakan kalian merupakan make up artis Mary Kay yang hebat, bolehlah ajak kawan tu berpasangan untuk menyertai contest ni! Peraduan ini menggalakkan peserta untuk berpasangan dengan Perunding Bebas Kecantikan Mary Kay dan bersama-sama mengejar impian! 


Kesemua peserta akan bertanding di peringkat antarabangsa yang melibatkan 9 buah negara iaitu Australia, China, Hong Kong, Korea, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura dan Taiwan. Penilaian berdasarkan kredibiliti peserta yang akan berpasangan dengan Perunding Bebas Kecantikan Mary Kay dan mereka akan bersaing dengan pasangan lain untuk menjadi pemenang di negara sendiri. Pemenang dari setiap negara akan berkumpul di Hong Kong selama seminggu untuk acara kemuncak pada Febuari 2016. Disana nanti mereka akan menyertai latihan bengkel dan juga melalui cabaran individu dan juga berpasukan sebelum dinilai secara profesional.


Menariknya, peserta akan mendapat peluang mencipta nama mereka di media tempatan dan juga antarabangsa. Mereka juga akan diajar tentang cara catwalk, make up, fesyen dan cara bergaya dari mereka yang pakar dalam industri masing-masing. Tiga peserta akan dinobatkan sebagai wajah baru Mary Kay di Rantau Asia Pasifik manakala Perunding Bebas Kecantikan mereka akan mendapat gelaran Perunding Bebas Kecantikan Unggul Mary Kay Rantau Asia Pasifik. Selain itu, satu daripada Perunding Bebas Kecantikan Mary Kay juga akan dipilih sebagai Artist Beauty Mary Kay Rantau Asia Pasifik. 




Cara menyertai Mary Kay's Dream Beautiful Contest 2015 yang kini dibuka sehingga 22 November 2015

  • Terbuka kepada semua wanita yang berumur 18 tahun ke atas
  • Hubungi Perunding Bebas Kecantikan anda di talian 03-7711 7500 atau melalui http://www.marykay.com.my/beautyConsultantLocator.aspx 
  • Dapatkan solekan percuma dari Perunding Bebas Kecantikan Mary Kay dan gambar anda akan dimuat naik di http://mkdreambeautiful.com.my/view/
  • Penilaian dari pihak juri akan dibuat bagi menentukan pemenang untuk mewakili Malaysia di acara kemuncak Dream Beauty Contest Mary Kay Asia Pasifik yang diadakan di Hong Kong nanti. 

Pemenang akan memenangi trip selama 6 hari 5 malam ke Hong Kong untuk menghadiri Acara Kemuncak pertandingan ini pada 19 hingga 24 Februari 2016. Selain itu, mereka juga akan berpeluang mengambil bahagian dalam pengambaran secara profesional dan menjadi muka depan bagi majalah Mary Kay.


Antara produk Mary Kay yang terbaru dan boleh menambah seri si pemakai ^_^ :



(This is mine wehuu!)





MARY KAY® LIQUID EYELINER PEN (RM65)

Eyeliner Pen ini mudah untuk dipegang, berfungsi untuk menggaris mata dengan kemas dan juga tahan lebih lama. Ianya bebas wangian dan sesuai dipakai untuk semua termasuk mereka yang mempunyai mata sensitif dan pemakai kanta sentuh.



293010_035_MinEyeColorQuad_BlackIce

MARY KAY® MINERAL EYE QUAD (RM49)

Untuk mereka yang ingin tampil dengan mata yang menawan tidak kira pada waktu siang atau malam. Smokey eye pada malam hari dan neutral eye pada waktu siang dengan menggunakan gabungan warna diatas. Mineral Eye Quad ini berupaya memberi kesan solekan yang lebih lama untuk solekan mata anda. Sesuai untuk mereka yang mempunyai mata yang sensitif dan pemakai kanta sentuh.
334011_020_TDSheer_FlamencoRed

MARY KAY® TRUE DIMENSIONSTM LIPSTICK (RM64)

Mempunyai khasiat minyak biji bunga matahari dan Jojoba yang akan membuatkan bibir anda sentiasa kekal lembap dan segar. Vitamin E yang terkandung di dalamnya juga melindungi bibir dari radikal bebas. Pilihan warna Yaya ialah Wild About Pink Folle Du Rose. Warnanya juga lembut dan tidak mengeringkan bibir seperti kebanyakan lipstik. 




MARY KAY® MINERAL CHEEK COLOUR DUO (RM60)

Comel kan warna ni? Terdapat dua pilihan warna yang menarik iaitu Ripe Watermelon dan Juicy Guava yang akan memberi keyakinan dan menaikkan lagi seri muka si pemakai dengan warna ceria dan comel keluaran Mary Kay ini. ^_^










Untuk maklumat lanjut :

http://mkdreambeautiful.com.my/




Terima kasih sudi baca 

Marshmallow Pakar Foundation

$
0
0
Assalamualaikum semua 



Weewit! Pernah dengar tak foundation yang seakan-akan marshmallow lepas tu halal dan mesra wuduk? Inovasi baharu daripada pakar yang mencipta foundation ini sampai artis pun pakai tau! Zaryn Min merupakan duta untuk produk Marsmallow Pakar Foundation yang semakin hangat sekarang ni. Yaya pun antara pengguna Marshmallow Pakar Foundation ni tau! :)




Marshmallow Pakar Foundation BUKAN SEKADAR FOUNDATION BIASA kerana ia :

  • Bedak asas yang UNIK LUAR BIASA yang dapat membantu menutup cela wajah dalam masa 5 minit.
  • 100 % berasaskan air
  • Mesra wuduk dan senang di cuci
  • Tidak berminyak, tidak melekit dan tidak berpeluh
  • Wajah lebih segar, tegang, cerah, muda dan gebu
  • MAMPU menghilangkan JERAWAT seawal 7 hari
  • Dikeluarkan dalam 1 warna sahaja tetapi bertindak UNIK LUAR BIASA mengeluarkan hasil warna mengikut warna ton kulit.
  • Mempunyai kolagen, Vitamin C dan pelembap
  • Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • Sesuai dipakai seawal umur 13 tahun sehinggalah dewasa
  • Marshmallow Pakar Foundation mengandungi SPF30 untuk melindungi kulit hingga 97% dari sinaran UV matahari,
  • Vitamin C pula mencerah dan menyerikan wajah dari masalah kulit kusam
  • Kolagen yang terdapat di dalamnya membantu kulit lebih muda remaja, cerah semulajadi, segar dan bercahaya.
  • Pelembap untuk membuat wajah kita tampak lebih segar dan bermaya secara semulajadi.









Muka sebelum memakai Marshmallow Pakar Foundation



Muka selepas memakai Marshmallow Pakar Foundation. Terasa lebih yakin gitu walaupun tidak bermake up tebal. Hihi

Selama seminggu dua Yaya pakai Marshmallow Pakar Foundation ni sememangnya jerawat mula segan silu untuk bertandang ke muka Yaya. Alhamdulillah sebab jerawat memang masalah utama Yaya. Pantang silap sapu krim dimuka, senang je jerawat naik. Tapi bila pakai Marsmallow Pakar Foundation ni, susah jerawat nak tumbuh mungkin sebab kulit muka Yaya berpeluang bernafas dengan lebih baik. Hihi




Tips memakai Marshmallow Pakar Foundation :

Gunakan span basah atau lembab ketika menyapu Marshmallow Pakar Foundation supaya kesan sapuan lebih rata dan daya serapan lebih tinggi ke muka kerana ianya berasaskan air maka haruslah sebatikan ia. Kalau sapu begitu sahaja nanti foundation tersebut akan mengering dengan lebih cepat sebelum dapat ratakan ia ke muka. 


Jom tengok founder yang cantik ni apply Marshmallow Pakar Foundation di muka beliau! ^_^ 


         

Cantik kan beliau! 



Senang nak ambil wuduk kerana Marshmallow Pakar Foundation mudah dicuci dengan air dan mesra wuduk.

Jom lihat testimoni mereka yang telah menggunakan Marshmallow Pakar Foundation :D









Huhuhu cantiknya semuaaaa~



PROMOSI PEK TRAVEL

Ya Allah comel sangat lahai pek travel ni! 

Dengan hanya RM 45 

Set ini mengandungi :
✔ Mini marshmallow PAKAR foundation
✔ Span marshmallow
✔ Wangian midnight flora yang bebas alkohol dan sangat sangat wangi 
✔ Beg yang super duper cute ^_^


Senang la untuk kakak yang kerja office atau travel blogger pergi bercuti bawak ni je tak pun student kalau kena stayback ada kelas sampai petang tu, korang bawak ni je haa bila nak solat zuhur dengan asar dekat fakulti! Macam mana pun walaupun taknak make up sangat, kenalah jaga kecantikan agar sentiasa yakin melangkah gitu. Mana tahu jumpa jodoh? Haaa jangan cakap hakak tak pesan okeh! Haha



Untuk maklumat lanjut :

Facebook Owner Marsmallow Pakar Foundation:

Facebook Page :

Instagram :

No telefon : 

012 263 4336 (Puan Nurul )

012 - 6724798 ( Puan Ruzita )



Terima kasih sudi baca 

Lotus Whitening Coffee - Kopi Magic Untuk Perempuan

$
0
0
Assalamualaikum semua 



First impression Yaya minum Lotus Whitening Coffee? My goodness. Sedap gila! Yaya bukanlah penggemar kopi atau minuman ber-caffein sebab selalu pening kepala bila minum kopi. Tapi Lotus Whitening Coffee telah mengubah persepsi Yaya sekarang. Bukan sekadar sedap, malah memberi khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman tubuh badan. Memang hebakkk! Hampir habis sekotak Yaya minum memang dapat rasa perbezaan ketara tau!

Kalau nak tahu, ekstrak teratai berfungsi untuk :

✔ Menurunkan kadar kolestrol
✔ Menurunkan kadar gula dlm darah
✔ Menstabilkan hormon wanita
✔ Menegangkan semula wajah


Tapi sebelum tu, nak tahu apa sebenarnya Lotus Whitening Coffee ni? 

Lotus Whitening Coffee Adalah Minuman Yang Berasaskan EKSTRAK TERATAI (Lotus) + Kopi Arabica Terpilih Serta Campuran Utama Yang Lain Adalah Seperti Colagen Tilapia, Astaxantin, Vitamin C, Habbatus Sauda, Madu, Sarang Burung Walit, Kacip Fatimah, Serapat, Lobata & Garcinia Gambogia.



🔴🔴Bermanfaat Untuk Kecantikan Dalaman Serta Luaran Wanita
Khasiat/Fokus Utama Lotus Whitening Coffee Adalah Untuk:

🌸Mengembalikan dan menambah Tenaga
🌸Mengurangkan tekanan darah tinggi
🌸Melancarkan peredaran darah
🌸Menstabilkan hormon
🌸Merawat masalah dalaman wanita
🌸Mengetatkan Miss V
🌸Menegangkan semula wajah (awet muda)
🌸Membantu menghilangkan parut luka/jerawat/jeragat
🌸Anti Penuaan
🌸Menjadikan Kulit Glowing/Flawless
🌸Mencantikkan Kuku,Rambut Serta Merawat Rekahan Pada Tumit Kaki
🌸Menjadikan Kulit Anda 'Pinkish'
🌸Melembapkan dan mencerahkan kulit 
🌸Memulihkan struktur kulit supaya sekata
🌸Menguatkan sistem ketahanan badan 
🌸Menurunkan berat badan
🌸Menghilangkan rasa mengantuk
➟ Wanita mengandung 7 bulan ke atas / menyusukan anak boleh mengamalkannya juga! Yayy!


Boleh KURUS kan badan, CANTIK kan kulit jadi pinkish, ekstra TENAGA dan juga memberi kesihatan menyeluruh untuk sistem dalaman wanita! Fuhh


Jom lihat testimoni mereka yang telah mengamalkan Lotus Whitening Coffee!








Eh eh Yaya pun jadi testimoni! Hehe


Suami Bertambah Sayang! Wow nak nak! Nak suami Yaya sayang Yaya. Eh. Belum ada suami. Hahaha >.<

Malulah nak cerita tapi semua kebaikan diatas Yaya dah rasa tau perubahan sedikit demi sedikit. Memang yaya syorkan lah untuk korang try Lotus Whitening Coffee ni! Samada yang dah berkahwin mahupun belum berkahwin, sangat sesuai untuk minum Lotus Whitening Coffee ni. Dari minum kopi saja saja yang tak memberi khasiat sangat, baik minum Lotus Whitening Coffee! Jerawat pun segan segan nak muncul! Weehuu! ^_^



Mai secawan baru tahu! Nanti korang pun akan jatuh cinta dengan Lotus Whitening Coffee ni ;)


Untuk maklumat lanjut :

Facebook Page :


Instagram :

No telefon :
014 608 6368 ( Encik Radim )
012 6724 798 ( Puan Ruzita )


Terima kasih sudi baca 

Scholl Velvet Smooth Express Pedi : Electronic Pedicure Foot File

$
0
0
Assalamualaikum semua 


Siapa kat sini kaki dia merekah dan terasa tapak kaki mula mengeras? Haa sebelum masalah macam tu terus melarat, Yaya seronok nak cerita kat korang tentang produk baru dari Scholl iaitu Pedi Velvet Smooth yang merupakan rawatan untuk penjagaan kaki bereletronik. Kalau tak sempat ke spa untuk buat pedicure, buat sendiri di rumah pun boleh! Nak lagi best, minta adik beradik tolong buatkan sambil korang feeling makan keropok. Haha!


Hello nama saya School Velvet Smooth Express Pedi. Saya ditugaskan untuk mencantikkan kaki anda. Peace yo


Saya cuma sebesar saiz tapak tangan orang dewasa. Senang untuk dipegang dan mudah untuk digunakan. Secara kesimpulan, rekaan saya sangat ergonomic. Best kan saya. Hihi. Scholl Velvet Smooth Express Pedi berfungsi untuk menghilangkan lapisan kulit keras dalam sekelip mata! Wow


Yang sebenarnya Yaya dah buat kat kaki Yaya fuhh memang best tak geli langsung tau! Seronok je rasa tumit kaki kena geletek hihi. Rasa kebas sikit lepas pedicure tapi kebas manja je tahap 0.020% gituh. Ayah Yaya tengok je masa Yaya buat pedicure tu lepas tu dia pun nak cuba. Ciss. Okay sila jadi testimoni saya 5 minit. :p Nak tunjuk kaki sendiri aurat pulok. Huhu. So korang boleh tengok kaki ayah yaya sebelum buat pedicure ni seperti gambar diatas. Nampak tak tapak kaki ayah macam keras tu. Yaya aim buat pedicure kat situ selama kurang 2 minit. Tapi tipsnya jangan buat ditempat yang sama lebih dari 3-4 saat. Kejap kejap kena angkat okay!


Dekat bahagian situ.


Habuk hasil pedicure di kaki ayah.


Tadaa! Nampak lebih licin dan bermaya! Haha. Ni baru buat kurang 2 minit tau! Tapi hasilnya sungguh memuaskan. Kalau buat lagi lama mesti hilang semua kulit mati tu kan.


Jangan lupa buat di tumit kaki juga! Yaya pulak yang happy bila tengok tapak kaki bersih. Penjagaan kaki sangat penting tau jangan pula asyik jaga muka je tapi kat bahagian kaki tak jaga. Tak balancelah macam tu. Lagi-lagi untuk perempuan, kita kena jaga kecantikan secara menyeluruh! ^_^


Tips tambahan untuk menggunakan Scholl Velvet Smooth Express Pedi :

  1. Gerakkan Scholl Velvet Smooth Express Pedi dalam posisi membulat agar sel kulit mati dapat ditanggalkan dengan mudah. 
  2. Pastikan kaki dalam keadaan kering. Jangan tekan terlalu kuat kerana ia akan berhenti dan tersekat. 
  3. Jangan gunakan lebih dari 3-4 saat ditempat yang sama. Angkat dan letak semula di kawasan kaki yang dikehendaki setiap 2-3 saat.
  4. Jangan gunakan pada kulit yang luka, pecah teruk ataupun sakit tau! Khas untuk digunakan pada bahagian kulit yang keras sahaja.
  5. Jaga-jaga jangan sampai kain atau rambut korang termasuk dalam roller. Tersekat nanti. 
  6. Lapkan roller yang telah digunakan dengan kain basah atau cuci roller secara lembut selepas penggunaan.
  7. Basuh kaki selepas membuat pedicure.
  8. Sapukan losyen untuk kesan lembut yang lebih tahan lama! Rehatkan kaki anda. Yayy siap! 

Yang bagusnya, Scholl Velvet Smooth Express Pedi menggunakan 4 biji bateri AA. So kalau bateri dah kehabisan tenaga, cuma beli bateri baru dan boleh teruskan rawatan pedicure sendiri di rumah! ^_^


Jemput tengok klip video Yaya buat ni untuk demostrasi penggunaan Scholl Velvet Smooth Express Pedi.



Harga pasaran Scholl Velvet Smooth Express Pedi ialah RM135.20. Dapatkan potongan diskaun sebanyak 5% jika membeli melalui Soukai! Klik http://bit.ly/schollmy. Jangan lupa masukkan promo code: SCHSOU
Promosi ini sehingga 31hb Oktober 2015. Beli tauuu! ^_^


“Beauty begins at your feet”


Untuk maklumat lanjut :

www.velvetsmooth.com.my

#SchollMY 
#MyVelvetSmooth



Terima kasih sudi baca 

Api Api Steamboat & Grill : The Best Steamboat in Malacca

$
0
0
Assalamualaikum semua 


Amboi hakak terspeaking pulak kat tajuk entri ni ye. Dengan harapan kalau omputih masukkan keywords tu kat Google, boleh la hakak Yaya korang ni tumpang sekaki dalam list tu. Kikiki. To be honest, memang Steamboat paling sedap kat Melaka ialah Api Api Steamboat & Grill ye adik-adik. Perkara ini diakui sendiri oleh pelajar sekitar yang menuntut ilmu di Melaka Bandaraya Bersejarah itu. Sudahlah sedap, harga pula berpatutan. Memang molek sangat kalau korang yang duduk Melaka atau berjalan kat area Aeon Bandar Melaka tu, singgah makan kat sini. Tengah hari dah buka dah no problem.


Suasana waktu siang. Masa ni pagi lagi hehuu suka tengok pemandangan kemas dan tersusun kat sini. Belum makan tapi selera dah naik. Gituhh. Dibuka seawal 12 tengah hari sehinggalah 12 malam. Ceritanya kat sini tak kira tengah hari petang dan paling meriah waktu malam, memang sentiasa ramai orang. 


Kalau nak datang secara berkumpulan atau beramai ramai, better booking dulu okay. Jangan risau owner dia serius baik gila. Baik, kacak dan sangat merendah diri. Kalau ingat Yaya review Billionaires Concept Cuisine sebelum ni, haa cafe hipster tu pun pemilik yang sama tau. Berinspirasi betul. Muda lagi tapi mempunyai pencapaian yang sangat membanggakan. 



Hidangan tengah hari yang disediakan di Restoran Api Api 



Pilihan Jalan-Jalan Cari Makan tau memang terbaik.



Inilah syurgaaaa~ *my first impression bila tengok seafood. Tapi jangan membazir tau. Nanti kena denda padan muka. Maka dengan itu, ambillah sikit-sikit jangan risau mereka akan sentiasa topup. ;)



Suka sangat tengok pinggan mangkuk tersusun macam ni. So boleh bayangkan betapa meriahnya bila waktu puncak? Hee. Terdapat pelbagai menu makan tengah hari yang disediakan disini. Baru tik tok pukul 12 tengah hari, dah ramai yang mula datang memenuhi ruangan restoran.


Menariknya, setiap hari ada tema tertentu tau. Kreatif sangat. Setiap tema ada promosi potongan harga. Contoh hari rabu, Ladies Night so semua ladies hanya perlu bayar RM22.99 sahaja dan makanlah sampai lebam! Haha best gilaa. Bagi Yaya, memang kreatif cara pemasaran di Api Api Steamboat & Grill ni. 


Lepas tu kan nak bagitahu ni, kuah tomyam dia sedap gila! Kawww sungguh! Berpeluh makan tapi puas hati! Letak cendawan, sayur, bebola fuhh memang layan! Tapi Yaya paling suka sebab ada Grill! Sesungguhnya Yaya memang peminat tegar makanan Grill. Sedap wohh!


Yang dalam gambar ni semua Yaya yang susun dulu makanan ni. Haha sedap gilaa la aduhai buat lapar balik bila buat entri ni. Mmm sedapnyaaaaaa~~~berapa kali sedap pun tatawu tapi memang kenalah dengan citarasa Yaya. In sya Allah nak datang bawa family Yaya nanti dan akan suggest habis habisan kat sedara Yaya yang kebanyakannya menetap di Melaka. Hihi


Awak sedap, awak sedap dan awak semua sedap.


*telan air liur

Salah satu keistimewaan di Api Api Steamboat & Grill, mereka juga mengutamakan keselamatan pelanggan. Ada perkerja yang akan membantu sekiranya korang tak tahu pulas api tu. Haha mengada sangat nak minta perhatian kan. Tong yang membekalkan gas juga dibalut dengan kemas sekali.


Senarai harga promosi mengikut hari seperti yang diberikan. Harga untuk weekdays ialah RM24.99 untuk dewasa. Harga untuk kanak-kanak pula cuma berharga RM9.99 . Berbaloi sangat makan kat sini. Puas hati. Siapa belum cuba sila cuba. Yaya paksa ni. Haha


Waze sahaja Api Api Steamboat And Grill confirm korang tak sesat! Hehe


Antara geng blogger yang turut sama menggegarkan perut mereka di Api Api Steamboat & Grill, Melaka ialah Mek Onie, Kaio, Mohd rasul dan juga Halim. Bergelak jelah dengan lawak inesen Kaio tu. Haha. Memang enjoy!


Untuk maklumat lanjut :

No tel :
013 3040500

Website :

Facebook :

Alamat:
Api-Api Steamboat & Grill 
No.8, Jalan Lagenda 6,
Taman 1 Lagenda,
Melaka Tengah,75400 Melaka.



Terima kasih sudi baca 

Hotel Murah, Cantik dan Selesa di Melaka | RamaRama Hotel

$
0
0
Assalamualaikum semua 

Haritu ada yang pm Yaya dan tanya mengenai RamaRama Hotel yang Yaya pergi masa jalan-jalan ke Melaka tempoh hari. Memang Yaya suggest kat dia cukup-cukup untuk datang kesini. Mana taknya, dah la murah, cantik, selesa, wifi laju gila pulak tu! Haa teruja la tuh bagitahu wifi laju. Macam dapat nyawa kan bila pergi ke hotel yang ada wifi laju. Haha :p


Excited teghuk bila touchdown depan RamaRama Hotel ni. Dari luar je dah tersergam kecomelan dia. Memang comel sangat.


Meet my roomate, mekonie.com :>

Bagi Yaya, ini kali pertama Yaya menginap di hotel yang berkonsepkan industrial. Unik gila reka bentuk hotel ini yang kebanyakannya berasaskan kayu pallet, batu bata, paip, besi dan sebagainya. Hiasan dinding pula hasil seni yang sangat vintage gitu. Senang cerita bagi Yaya, Yaya panggil hotel hispter je. Hihi. Memang style dan idea sepenuhnya dari pemilik hotel ini sendiri! 



BIlik Superior ini cuma berharga RM110/ per night. Boleh memuatkan sebuah keluarga dari 4 ke 5 orang. Nak buat persinggahan bercuti bersama kawan-kawan pun elok sangatlah dapat bilik yang besar dan selesa ni. Murah pulak tu. Memang berbaloi!



Bilik air pun besar dan selesa untuk bilik superior ni. Boleh mandikan anak-anak sekaligus. Haha. Pemanas air, tuala, sabun dan syampu juga disediakan untuk pengunjung yang menginap di hotel ini.


Ini pula bilik Yaya dan Mek onie. Sangat comel dan selesa. Sesuai untuk backpackers. Cuma ruang solat agak terhad dan muat-muat untuk solat berpandukan arah kiblat yang disediakan so kena jaga kebersihan bilik dan letak kasut elok-elok supaya tak terpijak sana sini. Hehe


Katil yang bersih, lembut dan empuk. Dan yang bestnya, ada suis seorang satu. Tak adalah berebut nak charge phone uols. Hee



Sangat selesa dan berpatutan untuk pelanggan hotel dengan bajet yang murah. 





Uniknya, ada dorm disediakan untuk mereka yang datang secara berkumpulan seramai 7-8 orang. Bagi Yaya memang best la bilik ni. Katil dua tingkat yang diperbuat daripada kayu dan mempunyai langsir jika nak privasi masa tidur. Sesuai sangat untuk bujang-bujang yang bercuti bersama kawan-kawan. Boleh bergosip tentang masa depan sebelum tidur. Hehe



Di ruang lobi juga terdapat pelbagai permainan untuk pengunjung. Ada Jenga, Uno, Chess dan lain-lain. Memang best la okay. Riuh rendah je bergelak ketawa sambil menguji kemahiran berfikir masing-masing.



Terdapat cafe untuk korang chillax. Sarapan pagi tidak disediakan secara khusus tetapi boleh layan diri dengan makanan ringan yang disediakan. Tetapi kebanyakan pengunjung pagi-pagi dah check out pergi terjah tempat dan makanan yang menarik di Melaka. Lepas tu depan belakang semua ada restoran untuk memudahkan pengunjung. Hee





Antara bilik yang ada di RamaRama Hotel. Harga memang sangat berpatutan la toksah cerita! :p






Bagi Yaya? Sangat recommended untuk uols yang mencari hotel dengan bajet yang rendah tetapi selesa dan ada wifi laju! Muehehe. Jangan lupa singgah bila melawat ke Melaka nanti! ^_^


Untuk maklumat lanjut :

Website :

Facebook :

Instagram:


Alamat:
No.15, Jalan Lagenda 3,
Taman 1 Lagenda,
Melaka.


No.Tel:
06-288 0022


Email:
inquiry@ramaramahotel.com




Terima kasih sudi baca 

TeddyPrank : Your Secret Surprise Planner

$
0
0
Assalamualaikum semua 


Saja saja nak throwback benda maneh di malam yang hening ini. Memori sebegini haruslah diabadikan walaupun telah sebulan lebih berlalu. Hahah. Busy tahap apa tatau teghuk nau baru nak update pun haa. Takpe yang penting tetap update dan simpan kemas-kemas untuk bacaan kenangan di masa tua. ;)


Ceritanya Yaya telah berpakat untuk buat kejutan kepada birthday girl dan birthday boy. Birthday ibu 1 September dan birthday boy 15 Ogos. Mula-mula kami pergi surprise birthday boy dulu kat rumah dia. Dia jarang balik rumah so bila time tu mengena, cepat-cepat pakat dengan TeddyPrank untuk surprisekan dia. :')


Inilah birthday boy itu. Hahaha rilek je berkain pelikat masa kena terjah. Barulah surprise kan? Gigih tau hakak Yaya korang ni sorok belakang kereta orang sementara TeddyPrank surprise dia dulu. Lepas tu baru hakak ni keluar bajet princess surprise kan dia. Terkejut dia dan nampak dia happy sangat tengok hakak ada kat situ sambil nyanyikan dia happy birthday to you. *sebenarnya lupa. Betul ke nyanyikan dia hahaha ^^v


Bersama owner TeddyPrank. Hihi thank you sebab sporting dan layan je permintaan pelanggan cerewet macam hape ni. Kad pun ada tau tapi korang tak payah lah baca nanti kantoi la Yaya Natsumi ni seorang jiwang.

Okay next! Jom surprise kan ibu tersayang pula! :D


Yaya surprisekan ibu di tempat kerja dia. Hehe. Kalau siapa nampak haritu ada video Yaya terjah ibu sambil nyanyi happy birthday to you. Yang ni Yaya yakin sebab ada video Yaya nyanyi. Hihi ^^'


I love you Ibu. Always have always will. :')



MMMMMMmmmmmmuahhhhhhhhhh!!! :*



Ada pakej macam-macam tau! Teddy bear, bunga, coklat, belon, sticker dan macam-macam lagi. Untuk majlis harijadi atau keraian pun boleh. Memang best. 


Mereka juga boleh printkan ucapan dan gambar uols untuk diletakkan di bunga. Hehe


Terima kasih TeddyPrank kerana membantu dalam merealisasikan kejutan ini. Kepada sesiapa yang nak surprisekan orang tersayang, Yaya cadangkan korang untuk dapatkan khidmat dari TeddyPrank. In sya Allah mereka akan sentiasa buat yang terbaik demi kepuasan hati pelanggan. Memang sangat berpuas hati bila dapat buat orang tersayang kita happy dan rasa dihargai. ^_^


Untuk maklumat lanjut mengenai pakej yang disediakan :

Instagram :

No tel :
019-7564019





Terima kasih sudi baca 

Yaya Natsumi di Harian Metro

$
0
0
Assalamualaikum semua 


Amboi ni kalau orang baca tajuk ni memang buat orang loya je kang cakap kita poyo ke lupa diri ke berlagok ke nauzubillah janganlah ye meh sayam ciked. Kalau Yaya macam tu cubit je Yaya ni. Huhu. Yaya cuma sekadar berkongsi pengalaman manis je. Izinkan saya ya? :')


Alhamdulillah pada 11 September 2015 Yaya diberi peluang oleh editor Harian Metro untuk disiarkan sedikit sebanyak perihal diri sebagai blogger. Dah lebih sebulan baru nak cerita sebab Yaya utamakan mana yang lebih utama dahulu. Menjirus pokok di koridor contohnya. :p


Apa-apa pun Yaya sangat berterima kasih kepada mereka yang banyak membantu Yaya dari awal pembabitan sehingga sekarang. Secara terbuka mahupun belakang tabir, terima kasih atas sokongan semua ya. Kalau boleh baca artikel di atas, banyak Yaya bebel dalam tu. Harap-harap jelas lah ya :')


Kalau nak tahu, surat khabar kat atas tu dah kedut seribu. Adik Yaya ingat surat khabar lama kat atas meja bilik lepas tu dia kedutkan jadi bola. Hahaha sayu betullah.


Buat masa sekarang Yaya mula nak perlahankan aktiviti berblog. Kurangkan aktiviti turun ke event atas sebab-sebab tertentu. In sya Allah ada rezeki dalam dunia blog, Yaya akan teruskan dengan sehabis daya cuma slowdown je bukan hilang terus doakan yang baik-baik ya :') . Alhamdulillah dari rezeki berblog juga Yaya dapat beli laptop, bayar hutang PTPTN, bayar petrol, tol, beli itu ini dan belanja family makan sedap. Hihi Alhamdulillah.


Semoga satu hari nanti semangat diri ini akan kembali berkobar-kobar sebab penulisan itu memang jiwa seorang Yaya Natsumi. Sehingga itu, Yaya akan sentiasa doakan rakan-rakan blogger yang lain berjaya dalam bidang masing-masing. Semoga ukhwah silaturahim sesama kita akan terus berkekalan sampai bila-bila. Aamiin ya rabb ^_^



Terima kasih sudi baca 

Remedy Serene Serum : Pakar Kulit Muka Sensitif

$
0
0
Assalamualaikum semua 

Sihat ke semua harini? Harap semua dalam keadaan sihat lah ye. Jerebu teruk sangat kan haritu sampai Yaya yang duduk rumah ni pun rasa perit tekak dan pedih mata. Mata rasa lesu je haa. Sebenarnya baru elok dari sakit mata. Balik dari kampung mata kiri merah je sampai kena stop pakai contact lens. Huhu. Harap semua sentiasa pakai mask setiap kali jerebu okay! Buat mereka yang mempunyai kulit muka yang sensitif, jangan lupa pakai serum muka untuk hindarkan asap jerebu or even asap kenderaan yang kotor tu makin merosakkan tekstur kulit muka anda.


Pilihan serum untuk penjagaan kulit muka Yaya? Haruslah Remedy Serene Serum. Sepanjang 2 minggu Yaya gunakan serum ni, Alhamdulillah jerawat muka acah acah je nak naik tapi kecut semula lepas sapu Remedy Serene Serum . Parut akibat jerawat juga dah beransur pulih sedikit demi sedikit. Biarlah lambat asalkan hilang dengan sihat ye para parut sekalian. Hehe


Photo from remedyserum.official
Bagi Yaya, Remedy Serene Serum ni sangat sesuai dengan Yaya. Pantang kena habuk sikit, kulit Yaya memang senang kena gatal-gatal. Lagipula muka selalu terdedah dengan habuk semasa menyapu sampah dan mengemas bilik. Yaya pakai pada 2-3 titis dan sapu di kulit muka pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. 


Selain daripada memudarkan parut jerawat, ianya juga turut membantu untuk mengurangkan kegatalan dan kemerahan kulit serta mengecutkan jerawat yang baru nak muncul. Yaya memang mudah dapat jerawat di muka kalau tak jaga dengan betul. Silap sikit, bangun pagi tu terus naik jerawat. Sedih tau. Huhu. Jadi, rutin wajib Yaya setiap hari mesti apply Remedy Serene Serum sebelum tidur.


Jom lihat testimoni pelanggan lain ^_^

Photo from remedyserum.official


Seronok tengok testimoni pelanggan yang berpuas hati. Kita pun rasa gembira bila lihat keadaan kulit sensitif mereka makin pulih selepas menggunakan Remedy Serene Serum ni kan? Banyak lagi testimoni pelanggan yang telah menggunakan Remedy Serene Serum ni tau! Sila rujuk dan klik link di akhir entri ini ya. :)

Malulah nak tunjuk muka sebelum dan selepas Yaya. Hihi. Parut kat muka Yaya semakin memudar. Kalau sebelum ni pakai concealer pun parut still nampak juga bila dah berpeluh. Tapi apa apapun yang paling penting, kenalah jaga pemakanan juga. Minum banyak air mineral/air masak/air tapis. Bergelen pun tak apa. :p


Selepas 2-3 minggu menggunakan Remedy Serene Serum secara istiqomah. Hihi


Terima kasih Remedy Serene Serum kerana membaiki tekstur kulit muka Yaya. Muahciked. :*


 Remedy Serene Serum berharga RM79 sebotol


Untuk maklumat lanjut dan pembelian secara online :

Belian online :

Instagram :

Email :
loveremedy.hq@gmail.com

No tel :
016-4224180 / 019-7722059




Terima kasih sudi baca 

GIVEAWAY Dove Volume & Nourishment : Inovasi baharu untuk masalah rambut nipis

$
0
0
Assalamualaikum semua 



Hai wanita cantik yang sedang membaca! Yes awaklah! Yaya percaya uols pasti peka dengan penjagaan rambut masing-masing kan? Maklumlah, rambut kan mahkota wanita. Walaupun bertudung, kecantikan rambut kena jaga selalu tau! 


Jujurnya, Yaya merupakan peminat setia syampu dan perapi Dove sejak berumur 19 tahun lagi.   Sebelum tu, Yaya pernah pakai produk R, tapi rambut Yaya berubah jadi kasar dan kering. Cuba pula produk P, memang wangi tapi rambut Yaya berkelemumur pula. Geram betul. Dahlah kita busy dengan kelas, kalau kelemumur mesti kepala rasa gatal sangat. Sampailah hati terdetik memakai produk Dove. Time tu ada potongan harga untuk syampu dan perapi Dove. Alhamdulillah, semua masalah rambut Yaya beransur pulih dan produk penjagaan rambut Dove merupakan pilihan Yaya sehingga sekarang. Yayy! ^_^


Kalau sebelum ini Yaya setia dengan Straight and Silky (Dove botol pink), sekarang Yaya teruja nak cuba Dove Volume & Nourishment pula! Result? Memang best!


Dove Volume & Nourishment baharu ini merupakan breakthrough dan antara legasi terbaik untuk produk penjagaan rambut Dove. Nak tahu kenapa? Ianya diformulakan dengan Teknologi Oxyfusion yang mengandungi unsur oksigen. Rumusannya menyerap ke dalam rambut dengan segera, memberikan kelembapan secara mendalam di samping menjadikan rambut kelihatan lebih tebal dan bermaya sehingga 95%* tanpa membuatkan rambut terasa berat. 


Selain itu, ia juga memberikan perlindungan dari rambut kita menjadi kering atau flat! Rambut flat ni memang masalah utama Yaya sekarang sebab bila bertudung sepanjang hari, selain masalah rambut gugur, rambut yaya juga semakin nipis huhuhu. Yaya harap Dove Volume & Nourishment akan membantu Yaya mengatasi masalah rambut Yaya yang semakin menipis kerana Dove Volume & Nourishment juga berfungsi untuk menyuburkan rambut secara mendalam dengan kuasa 95% gituhh! Mana taknya, dengan sekali cucian sahaja Yaya memang rasa rambut Yaya sangat sangat wangi, lembut dan lebih kuat! Yang penting, kena gunakan syampu dan perapi tau! Wajib! Barulah nutrien dalam kandungan syampu dan perapi tu menyerap sepenuhnya di rambut kita! Hihi



Dove Volume & Nourishment Shampoo RM15.00 (340ml)

Syampu Dove Volume & Nourishment yang mengandungi Teknologi Oxyfusion berfungsi untuk memberikan khasiat khusus kepada rambut dan menjadikan rambut kelihatan lebih tebal dan bermaya sehingga 95%*. Khas untuk mereka yang sangat mementingkan kecantikan rambut, syampu untuk kegunaan setiap hari ini berinovasi untuk menyegarkan rambut yang kering dan nipis selain membersih dengan lembut dan menyuburkan rambut pada setiap kali cucian. 


Gunakan syampu pada rambut yang telah dibasahkan, urut perlahan pada rambut dan kulit kepala, kemudian bilas sehingga bersih sehingga tiada baki syampu. 


Dove Volume & Nourishment Conditioner RM15.00 (330ml)

Perapi Dove Volume & Nourishment pula dicipta untuk melengkapi Syampu Dove Volume & Nourishment tadi. Perapi ini menyuburkan rambut dan mengembalikan kelembutan serta kelicinan rambut pengguna tanpa menjadikan rambut terasa berat. Selain merawat masalah rambut kering dan nipis ia juga memberikan kesan positif supaya rambut pengguna kelihatan lebih tebal dan bermaya.


Gunakan pada rambut yang basah selepas memakai syampu tadi dan fokuskan pada pertengahan dan penghujung rambut. Tunggu beberapa minit kemudian bilas sehingga bersih. Selalunya dalam beberapa minit tu Yaya akan sabun badan atau buat skrub sementara menanti perapi rambut menjalankan tugasnya. Hihi :p


Kebanyakan wanita mahukan rambut yang subur dan juga kelihatan sihat dan bermaya. Tapi tak semua produk syampu pada hari ini memberikan keduanya. Apatah lagi bagi wanita bertudung. Kita pun nak nampak cantik dengan rambut lawa bila di rumah takpun untuk bakal suami eccewah! Dah lepas ni tak payah risau lagi keh! Sila berterima kasih kepada Dove Volume & Nourishment  kerana bakal menyelamatkan anda dari masalah rambut yang tak semenggah tu. Semoga kita semua akan mendapat khasiat rawatan penjagaan rambut secara menyeluruh selepas ini! Yayy! ^_^


Kalau uols nak cuba Dove Volume & Nourishment ni, Yaya dengan berbesar hati nak bagi secara percuma! Ada 5 hamper tau uols! Semuanya bernilai RM100! Fuhh best gila. Jomlah join mana tahu ada rezeki boleh feeling feeling pelakon Korea dengan rambut yang tampak lebih sihat, bersinar, bermaya dan juga tebal! 


SOALAN GIVEAWAY

Soalan pertama : Apakah teknologi yang digunakan dalam penghasilan Syampu dan Perapi Dove Volume & Nourishment ?

Soalan kedua : Sebutkan 3 manfaat kepada pengguna apabila menggunakan Syampu dan Perapi Dove Volume & Nourishment .


Giveaway ini akan berlangsung sehingga 7 November 2015. Senarai nama pemenang yang bertuah pula akan diumumkan 2 hari selepas tarikh tamat. Harap kalian akan alert dengan nama pemenang di entri ini nanti. Jemput follow Instagram @yayanatsumi tau. Senarai nama pemenang juga akan diumumkan disana.

Selamat menjawab dan semoga bertuah! ^_^



Feeling lepas seminggu menggunakan Dove Volume & Nourishment  . Bau bunga pun tak dapat menandingi bau wangi dari syampu dan perapi Dove Volume & Nourishment . Kalau nak tahu sebab kenapa Yaya suka Dove, walaupun pakai tudung semasa rambut sedikit basah sebab tak sempat keringkan, rambut Yaya langsung tak berbuah atau berbau kepam. Malah, bila dah pulang ke rumah, rambut masih wangi dan berbau segar. Sebab tulah Yaya pencinta syampu dan perapi Dove dari dulu. Hihi. Sekian rahsia penjagaan rambut dari Yaya Natsumi. Harap korang sudi join Giveaway dan tinggalkan jawapan di ruangan komen dibawah ya. Sayang korang! :*




Untuk maklumat lanjut :

Website : 

Facebook :

Talian Pengguna :
1800 88 1315



Terima kasih sudi baca 
Viewing all 390 articles
Browse latest View live