Siapa yang tahu Yaya memang peminat air bubble, mesti selalu nampak Yaya share kat IG story. Yaya memang pencinta air bubble dari sebelum viral lagi okay. Sekarang ni bila viral aduh penat nak beratur tau hihihi tapi meriah dan seronok sebab ramai suka minum air yang sama. Yaya mengaku Yaya minum air bubble seminggu sekali (omg jauhkan diriku dari kencing manis no no no). Haritu masa short vacation kat Melaka, tak sempat nak jalan-jalan banyak tempat. Kebetulan kawan kita ajak pergi IMilky yang baru beroperasi awal Ogos haritu terus ajak my boba's hunting partner pergi ke IMilky cawangan Kota Laksamana. Mujur Shawn pun suka try dan minum air boba. Boleh dikatakan kitorang dah hampir rasa semua air boba yang viral tau ;)
Ini merupakan antara menu signature di IMilky. Tak sabar nak cuba!
Masa Yaya datang memang dah ramai orang juga sebab lunch time. Boleh tahan juga orang ramai tapi Yaya suka dengan susun atur perabot dan suasana kedai. Memang sangat cozy dan rileks je kalau nak chill minum bubble tea dengan kawan-kawan :)
Ni bahagian dalam kedai. Sederhana besar tapi sangat selesa!
Brown Sugar Bubble Milk
RM 12.90
Of course I nak cuba menu Top 1 di IMilky tak lain dan tak bukan ialah Brown Sugar Bubble Milk! This gonna be my next favourite bubble milk sebab rasanya yang sangat sangat sedap bagi citarasa tekak dan sanubariku! Mesti ramai kata ala semua bubble milk rasa sama je. Tapi IMilky menggunakan susu segar khas 0% gula dari Australia tau. Memang terasa segar susu dan manis yang just nice sahaja bila diadun bersama brown sugar. Tips nak minum bubble milk disini, korang kena goncang dulu selama 15 saat dan biarkan ianya sebati sebelum sedia diminum!
Bubble Milk Tea
RM 9.90
Bubble Milk Tea ini sesuai buat pencinta milk tea yang klasik boleh minum yang ni. Mula-mula sebelum famous variasi yang lain, menu ni yang menjadi kegilaan ramai orang hee
Grapefruit Juice & Green Tea
RM 11.90
Bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat, kalau nak cuba kelainan korang boleh try minum Grapefruit Juice & Green Tea ni. Masa mula-mula minum Yaya tak kacau sebati so memang rasa kepahitan padu la hahaha. Kena kacau betul-betul bagi seimbang baru minum! Memang rasanya sangat fresh sebab mereka blend sendiri grapefruit tau. Bukan guna pati atau kordial buah.
Strawberry Milk
RM 13.90
Strawberry Milk yang sangat cute warnanya! Untuk mereka yang suka minum air yogurt, Yaya suggest korang untuk try Strawberry Milk ni. Rasa Strawberry Milk ni tersangatlah sihat. Boleh bayangkan dia blend strawberry segar, ketulan ais dan juga susu segar tanpa gula? Yes itulah rasanya. Harganya pun sangat reasonable.
Taro Milk
RM 13.90
Yang ni merupakan favourite ramai juga! Taro Milk yang diinspirasikan dari keladi manis yang di import dari luar negara ini dikisar sebanyak 80% dan baki 20% lagi merupakan ketulan keladi yang boleh dikunyah semasa korang minum. Kalau boleh bayangkan makan bubur chacha haa camtulah rasa dia tapi ni lagi sihat sebab menggunakan susu segar. Kalau lapar dan dalam masa yang sama nak minum, boleh try Taro Milk!
Kita tengah feeling minum Brown Sugar Bubble Milk. Love ^_^
Lupa nak bagitahu, istimewanya di IMilky, mereka akan tutup dengan lapisan plastik dahulu sebelum diletakkan penutup sebenar. So tak adalah tumpah sebelum diminum. Memang sangat convenience untuk mereka yang clumsy hohoho dan juga parents yang nak in trend sambil minum bubble tea, sambil dukung anak :p
My super recommended menu mestilah Brown Sugar Bubble Milk hihi. Ada lebih 40 menu minuman yang menarik di IMilky tau so jangan lupa cuba :p
Bersama Ms. Joey yang merupakan boss lady di IMilky cawangan Kota Laksamana, Melaka. Cantik betul dia ^_^
IMilky MY
Lokasi IMilky :
No 6, Jalan KLJ 9, Tmn Kota Laksamana Jaya, 75200 Melaka
Business hour : 12pm to 1am
Contact : 011-17583668
Terima kasih sudi baca![]()
