Quantcast
Channel: Yaya Natsumi Official Blog
Viewing all 390 articles
Browse latest View live

Review : WAWA Serum Skin Booster | Intensive Brightening Serum

$
0
0



Siapa kata serum tak penting untuk penjagaan muka? Meh babap sikit. Yaya sendiri memang ‘terpaksa’ pakai serum sebab masalah kulit muka yang sangat kering, kusam dan ya Allah mak mak sangat orang kata. Memang takde masa sangat nak melawa lepas ada anak. Tapi logik ke nak jadikan tu sebagai alasan? Ramai je mak mak yang ada anak tetap maintain gorgeous gitu.

Bila berkesempatan nak cuba Wawa Serum ni memang Yaya excited gak mula-mula nak try sebab serum ni memang lain dari yang lain. Ada gold dust lagi tau! Like siapa je tak suka gold?! :p


See? Dari luar botol sahaja dah nampak betapa gorgeous nya isi dalaman Wawa serum ni. Masa mula-mula Yaya pakai terus muka rasa best dan lembab. Ianya tidak mempunyai bau. Natural sahaja. Biji-bijian didalamnya bila kita sapu, ianya terus larut dan meresap ke dalam kulit wajah tau. Paling best takde kesan melekit mahupun kesat. Automatik ianya membuatkan kulit wajah kita terasa lembab :)


Close up sikit tesktur Wawa Serum Skin Booster ni. Boleh nampak kan gold dust tu? Hee


Cukup syarat Wawa Serum Skin Booster ni bila ianya memenuhi piawaian bagi setiap skincare yang berkualiti. 100% natural ingredients! Paling penting tiada unsur merkuri dan juga telah mendapat kelulusan KKM ;)


Antara kandungan utama Wawa Serum Skin Booster ini ialah :
  1. Ekstrak Aloevera
  2. Ekstrak kaktus
  3. Ekstrak timun
  4. Minyak zaitun
  5. Pati delima
  6. Serbuk emas


Jom tengok tips cantik dari Wawa Zainal bagi menjaga kecantikan kulit wajah yang berterusan!

Rupanya banyak juga yang Yaya langgar pantang huhu lepas ni kena lebih berdisiplin dalam menjaga kesihatan wajah. 


Antara kelebihan Wawa Serum Skin Booster ialah :

  1. Merawat masalah jerawat
  2. Memudarkan parut jerawat dan jeragat
  3. membantu kulit muka jadi lebih sekata
  4. Melembapkan kulit muka
  5. Anti-Aging
  6. Mengecilkan liang pori
  7. Mencerahkan kulit wajah
  8. Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata
Selain itu, manfaat lain Wawa Serum Skin Booster  ialah :







Dah tinggal suku je serum Yaya ni rasa nak beli baru je. Bagi Yaya memang best serum dari Wawa Zainal ni. Terasa kulit muka Yaya lebih lembab, tak kering, jerawat mulai kecut, parut jerawat cepat pudar, lebih glowing dan rasa tak kusam ececeh kita la rasa macam tu hihi. Korang pun boleh cuba sendiri nanti boleh share dengan Yaya okay! ;)


HARGA
RM 59 (15ml)

Untuk maklumat lanjut dan pembelian :

Instagram  

Contact No 
011-3322 1066



Terima kasih sudi baca

Birthday surprise from husband by TeddyPrank surprise delivery

$
0
0


Ye wakk.. Kita dah tua T_T.. Dah 28 tahun umur kita Alhamdullillah. Semoga dengan pertambahan umur ini kita menjadi hamba Allah yang lebih baik, jadi isteri yang lebih solehah dan jadi anak yang lebih baik kepada kedua ibu ayah dan juga ibu dan bapa mertua kita. Terima kasih husbaby kita sudi buat surprise. Love you :* Kalau nak tahu, sebelum kami kahwin, Yaya pun gunakan khidmat TeddyPrank untuk buat surprise birthday Shawn dan juga Ibu hihi. Boleh baca kat


Kalau korang nak buat surprise untuk yang tersayang, tak payah susah dah okay lepas ni boleh terus contact TeddyPrank sebab diorang ni memang terer buat apa-apapun seperti yang korang minta. Mereka sentiasa ready untuk tempahan uols yang penting uols sediakan sahaja fulusnya hihi. Lagi best sebab staff depa memang helpful dan friendly sangat! Semoga orang tersayang kalian juga akan merasa gembira bila mendapat penghargaan sebegini. Siapa tak happy weh? Berbunga-bunga tau hati ni bila dapat surprise hihi.


Ni Yaya sediakan contact untuk korang hubungi. Jom surprisekan orang tersayang! ^_^

🎈 Facebook: @teddyprank4u
🎈 Instagram: @teddyprank
🎈 019-7564019

Rahsia Kecantikan Janna Nick | NH Colla Plus 3

$
0
0




Siapa peminat Janna Nick? Yaya memang follow karier Janna dari dia chubby dulu sampai la cantik kurus la ni haha! Dulu dia cute sangat walaupun chubby dalam cerita Jodoh kat Astro. Lepas tu dia dah kurus ni lagilah cantik kan. Memang suka tengok dia ni sebab comel lepas tu macam style boyish sikit. Kebetulan haritu Yaya berpeluang untuk Meet & Greet bersama Janna Nick di IOI Mall Putrajaya dan pelancaran produk serta sesi bersama duta baharu NH Colla Plus 3 iaitu Janna Nick sendiri.


Memang excited la bila dapat jumpa dia depan mata kan. Memang seperti yang dijangka, Janna Nick ni memang comel gilaaaa! Rasa nak cubit-cubit pipi dia haha. Dalam masa yang sama tertanya-tanya juga macam mana dia kekal cantik dan bertenaga sedangkan jadual harian dia sangat padat. Yaya yang pergi balik kerja ni pun dah tak rupa orang dah bila sampai rumah. Memang letih okay dengan driving 60km pergi dan balik fuhh. 


Semasa launching ini juga Janna bercerita tentang suplemen yang beliau ambil untuk mengekalkan kecergasan beliau sepanjang masa. Kalau nak tahu waktu berkerja dia sehari ialah 18 jam. Wow! Tapi serius wajah dia langsung tak nampak letih. Malah beliau sentiasa bersedia untuk aktif dari satu tempat ke satu tempat yang memerlukan keberadaan beliau.


Pengambilan sehari sebotol NH Colla Plus 3 beauty drink memang membantu Janna untuk sentiasa kekal cantik, cergas dan cerdas. Selain tu, Janna sendiri teruja yang beliau masih boleh tampil segar, aktif dan dalam masa yang sama kecantikan kulit beliau terjaga walaupun padat dengan aktiviti seharian.


Minuman Kecantikan NH Colla Plus 3 diperbuat daripada ramuan kecantikan kulit yang berkesan iaitu, Yis Seramida, Ekstrak Zaitun serta bahan berkualiti lain untuk mengembalikan keremajaan kulit yang sebenar. Yis Seramida meningkatkan pengeluaran kolagen pada kulit, memulihkan dan mengekalkan kelembapan, menyokong struktur kulit untuk mengelakkan kedut dan garisan dan membantu menghalang pengeluaran melanin. Ekstrak Zaitun membantu mengurangkan pigmentasi kulit dan mempromosikan nada kulit yang lebih cerah.Gabungan ramuan yang sukar ditemui dan kajian terkini telah mendorong kepada perubahan kulit wajah yang nampak berseri, licin dan sihat. 


Hadir dengan pek trial yang berharga RM48 untuk 6 botol x 50ml dan juga RM86.80 untuk 12 botol x 50ml. Bagi Yaya harganya amat berbaloi untuk kita mengekalkan kesihatan dalaman dan juga kecantikan sebagai wanita. Yela kadang-kadang makanan rutin sahaja tak cukup untuk menampung nutrient yang badan kita perlukan. Kadang-kadang terlebih makan fastfood. Opps :p


Kebaikan NH Colla Plus 3
  1. Membantu menambah seramida yang hilang akibat faktor persekitaran dan penuaan.
  2. Meningkatkan pengeluaran kolagen pada kulit.
  3. Memulihkan dan mengekalkan kelembapan kulit.
  4. Membantu menghalang pengeluaran melanin dan kesan pencahayaan pigmen.
  5. Menyokong struktur kulit untuk mengelakkan kedutan dan garisan pada permukaan kulit.


Cara pengambilan NH Colla Plus 3 :

Hari 1 hingga 6: Minum ketika perut kosong. Satu botol setiap hari sebelum sarapan pada waktu pagi atau sebelum waktu tidur.

Hari ke 7 dan seterusnya: Ambil satu botol setiap selang satu hari.





Yaya sendiri dah rasa sendiri NH Colla Plus 3 memang serius sedap sangat! Rasa blackcurrant yang sangat menyegarkan. Lagi best kalau diminum sejuk! Fuhh Yaya minum sebelum tidur so bila bangun tidur tu badan rasa sedap je dan rasa bertenaga nak memulakan hari tersebut. Anak nangis pun masih boleh bertenang wakaka :p


Untuk pembelian NH Colla Plus 3 secara online, korang boleh terus beli di Watsons . Jangan lupa daftarkan diri sebagai Watsons member card sebab banyak benefit tau! Yaya sendiri merupakan pemegang kad VIP Watsons. Seronok bila time hari jadi kita dapat 5x point hihi lepas tu boleh kumpul point untuk kita tebus pada pembelian yang seterusnya. Yaya memang selalu cari dan beli barang keperluan dan penjagaan diri di Watsons. Senang sebab semuanya ada di sana ;)

Untuk maklumat lanjut :

Facebook : CollaPlus
Instagram : @nhcollaplus




Terima kasih sudi baca

Pocket Wifi Murah dan Laju dari Travel Recommends

$
0
0



Yaya pertama kali menggunakan pocket Wifi ni semasa ke Jepun tempoh hari. Bagi Yaya memang mudah sangat bila kita gunakan pocket Wifi ni sebab tak payah susah-susah nak beli simcard dari negara lain dan lagi best boleh share sehingga 5 orang dalam satu masa. Tapi time ni Yaya share berdua dengan Shawn je. Memang senang sangat dan memudahkan kami sepanjang perjalanan di Jepun. Boleh tengok maps, tips, restoran halal disekeliling kami dan macam-macam lagi dengan rangkaian internet yang laju ;)


Pickup di KLIA sahaja sebelum penerbangan :)


Cara urusniaga dia pun mudah. Lepas korang isikan details penerbangan, tempahan dan bayaran, mereka akan setkan dekat mana korang boleh ambil pocket wifi tu nanti. Macam Yaya naik di KLIA tempoh hari, so Yaya akan ambil di kiosk mereka di sana. Boleh ambil sebelum naik flight dan juga tarikh pemulangan adalah pada hari korang balik dan turun je flight tu boleh terus pulangkan di kiosk mereka semula :)


Ini adalah item yang diberikan di dalam satu beg. Kena jaga elok-elok tau. Kalau hilang salah satu mestilah kena ganti balik atau dikenakan penalti. Tapi Alhamdulillah Yaya terima dan pulangkan dalam keadaan baik. Bagi Yaya memang best dan mudah bila ada pocket Wifi dari Travel Recommends ni. Dah la internet dia pun laju! Berdesup kaww hihi


Senarai Harga Poket Wifi Setiap Negara

Indonesia = RM22/day
Japan = RM18/day
South Korea = RM15/day
Taiwan = RM15/day
China W/O VPN  = RM19/day
China W VPN = RM28/day
Hong Kong  = RM15/day
Europe  = RM28/day
Singapore  = RM25/day
Thailand  = RM15/day
Vietnam  = RM15/day
Macau  = RM25/day
Philippines  = RM25/day
Cambodia  = RM28/day
Nepal  = RM35/day
Myanmar   = RM25/day
Sri Lanka  = RM28/day
India  = RM35/day
Laos  = RM35/day

Ni adalah contoh negara di Asia Tenggara. Kalau nak tengok harga dari negara lain, boleh terus ke laman web Travel Recommends sebab ada banyakkkkk lagi negara yang kita boleh pergi dengan menggunakan wifi pocket dari Travel Recommends ni. Yaya memang recommend sangat untuk mereka yang nak keluar negara untuk gunakan servis dan perkhidmatan pocket wifi dari mereka. Memang terbaik!!



Terima kasih sudi baca



Basic skincare favorite Yaya | Hansaegee Nature

$
0
0

Muka kering dan Yaya berpisah tiada. Lagi-lagi bila setengah hari duduk dalam air cond kat ofis. Yaya memang jarang bermake-up bila pergi kerja tapi Yaya takkan skip basic skincare routine Yaya macam cleanser, toner, serum, sunscreen, moisturizer (paling penting) dan juga krim muka bagi naik seri sikit hihi. And finally Yaya dah jumpa pelembab muka yang paling terbest di abad ini! Kenapalah baru jumpa sekarang?!! Serius best gila wakk! Rupanya banyak produk Hansaegee Nature tau tapi Yaya tertarik nak cuba Aqua Whitening Cream dan juga S+Recover Gold Nano Cc Cream mereka dahulu.


Untuk pengetahuan korang, produk Hansaegee Nature yang berasal dari Korea ini telah lama berada di Malaysia tau. Sekarang je mereka makin dikenali sebab kebanyakan produk mereka banyak mendapat feedback positif. Yaya pula memang excited nak try lepas baca banyak review tentang produk mereka. So sekarang Yaya pula nak share pengalaman Yaya menggunakan dua produk dari Hansaegee Nature ;)


Haa inilah yang Yaya cakap Yaya favorite sangat tadi tu! ^_^


Aqua Whitening Cream

Produk ini memang best seller! Nak tahu sebab apa? Sebab ianya mempunyai fungsi 2 dalam 1 yang mana melembapkan kulit muka dan mencerah dan menyerikan wajah dalam masa yang sama! Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering seperti Yaya. Haritu pergi Jepun Yaya memang bawa Aqua Whitening Cream ni kemana-mana sebab muka Yaya kering teruk kerana cuaca yang berubah-ubah. Tapi syukur kulit muka Yaya terhidrat kembali sebab Yaya rajin sapu Aqua Whitening Cream ini yang juga berfungsi sebagai moisturizer dan of course penyelamat kulit mukaku hihihi


Selain daripada mengatasi kulit muka yang kering, ianya yang mempunyai khasiat herba ini juga berfungsi merawat wajah sunburn dan kemerahan akibat selaran matahari apabila melakukan aktiviti luar pada siang hari. Haritu Yaya join treasure hunt yang ofis buat memang teruk la kita sunburn. Balik tu lepas cuci muka terus sapu Aqua Whitening Cream ni terus muka rasa lega gilaa!~





Yaya suka sangat dengan teksturnya yang sangat soft dan mudah meresap ke dalam kulit. Ianya berbau natural sahaja dan yang paling penting, langsung tak melekit. Rasa ringan sangat bila sapu dimuka :)


Serius best kan? ^_^ By the way nak pesan, produk yang bagus ni result dia bukan 2-3 hari tau dan Yaya bukan nak over-claimed tapi memang Aqua Whitening Cream ni memang serasi dengan Yaya. Nak pakai pun jimat-jimat sebab sayang kalau habis cepat kikiki :p


Nak tengok magic? Haa lepas korang sapu Aqua Whitening Cream ni di kulit, water drop seperti diatas akan mula muncul dan korang boleh dap dap kan water drop ini supaya ianya terus meresap ke dalam permukaan kulit. Sebab tu muka memang rasa lembap dan lembut lepas apply Aqua Whitening Cream ni :)



 Fungsi dan Kebaikan Aqua Whitening Cream:
  • Membaikpulih masalah kekeringan kulit dan juga sunburn
  • Memastikan lembapan terserap jauh ke dalam lapisan kulit yang paling dalam
  • Mempunyai kandungan "Camellia Japonica Seed Oil" yang memastikan kelembapan kulit di tahap maksimun
  • Tidak menyekat liang pori pada wajah, tidak menyumbang kepada jerawat. Membaiki kulit yang rosak dengan baik pada waktu malam, dan memulihkan dari kemerahan kulit .
  • Kandungan "Niacinamide" - memperbaiki tona kulit yang tidak rata sekaligus mencerahkan.
  • Boleh digunakan pada waktu pagi sebelum memakai make up dan juga pada waktu malam sebelum tidur.

Rahsia Yaya untuk pastikan kulit wajah sentiasa lembap bila seharian dalam air cond di ofis. Shhh~


Cara guna :

1. Urut perlahan Aqua Whitening Cream dengan jumlah yang mencukupi ke muka dan juga leher(pada waktu malam), dan korang boleh lihat ada bentuk titisan air akan muncul pada kulit dalam beberapa saat.


2. Dap dap water drop yang muncul itu sehingga pelembap diserap sepenuhnya ke dalam kulit muka. Auww lembutnya!~


Much much loveeeeeee this Aqua Whitening Cream !~ 


S+Recover Gold Nano Cc Cream

Ini pula ialah S+Recover Gold Nano Cc Cream yang Yaya cuba dari Hansaegee Nature. Cc Cream ini berfungsi sebagai color control cream dan sesuai untuk mereka yang suka light make up dan juga untuk aktiviti ringan. Cc Cream ni kira paling asas sebelum kita mulakan solekan di wajah.


Macam Yaya cakap tadi, ianya untuk "Correct & Balance skin tone color" untuk kelihatan lebih natural macam gadis korea gitu. So bagi Yaya yang masih belum flawless, Yaya suka jadikan Cc cream ini sebagai krim asas selepas memakai Aqua Whitening Cream kat atas tadi. Lepas tu kena buat tambahan solekan yang lain supaya dapat menutup cela wajahku hihi. S+Recover Gold Nano Cc Cream ni juga wajib bagi Yaya sekarang sebab kandungannya yang sangat menarik hati untuk dijadikan sebagai All in One Day Cream terutama jika hanya duduk di ofis seharian ;)


S+Recover Gold Nano Cc Cream ini juga mengandungi perlindungan matahari tau!



S+Recover Gold Nano Cc Cream ini berfungsi sebagai :

* Perlindungan dari sinaran UV SPF30 PA ++

* Mengimbangi tona dan warna kulit secara semulajadi

* Mencerah dan menyerikan wajah

* Mencegah penuaan dan garis halus

* Meningkatkan keanjalan kulit

* Melembapkan kulit 

* Melegakan masalah kulit


So creamy :*


Kerana ianya merupakan Color Control Cream (CC Cream), warnanya akan berubah mengikut warna kulit dan sekaligus mencerahkan kulit kita secara semulajadi . Yang bestnya, S+Recover Gold Nano Cc Cream ini sangat ringan pada kulit kita dan langsung tidak meninggalkan kesan lekit atau berminyak ;)


Bila kita blend kan S+Recover Gold Nano Cc Cream ini ke permukaan kulit, akan kelihatan tona warna brown pada krim warna putih dan warna ini akan teradun cantik mengikut nada dan tona kulit kita secara semulajadi.


Cara guna :

1. Gunakan sebagai krim harian pada wajah yang bersih dan sapukan di seluruh muka, di bawah bahagian mata dan kedua-dua belah hidung. Kulit akan kelihatan segar dan lebih semulajadi.


Kandungan utama S+Recover Gold Nano Cc Cream:

"Mineral Water" - Mengekalkan keseimbangan PH pada kulit dan meningkatkan keanjalan kulit.

"Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract" - Melegakan masalah kulit dan anti bakteria.

"Colloidal Gold" - Mengandungi antioksida yang tinggi dan mencegah penuaan kulit.


CC Cream ini juga boleh dijadikan sebagai makeup primer / makeup base! Make up kita akan lebih tahan lama dan lebih cantik serta pigmented bila kita gunakan S+Recover Gold Nano Cc Cream sebelum bersolek ^_^


Yaya memang dah jatuh hati dengan dua produk dari Hansaegee Nature ni. Selalu kita dengar produk Korea ni sesuai untuk orang Korea dan mereka yang tak ada masalah kulit yang serius je. Tapi bila Yaya dah cuba sendiri terutama Aqua Whitening Cream mereka, memang Yaya rasa dah jumpa cinta hati untuk merawat masalah kulit muka Yaya yang kering ni. Memang Yaya recommend kat korang untuk cuba. Kalau korang nak try juga, boleh terus ke website mereka yang Yaya dah sertakan link dibawah. Lepas tu boleh share dengan Yaya okay? ;)


Untuk Matlumat Lanjut :

🍁Company name: Hansaegee Nature 





Terima kasih sudi baca










Jakel Menaja 200 Pemenang Cabutan Beli dan Menang Pakej Ekslusif Umrah

$
0
0


"Ingat Kain, Ingat Jakel". Terngiang-ngiang mantra Jakel ni dalam kepala Yaya lepas balik dari Majlis Penyampaian Hadiah untuk 200 Pemenang Cabutan Bertuah Beli & Menang Pakej Ekslusif Umrah pada 29hb November 2018 lepas yang berlangsung di Jakel Mall, KL. 


Bila cakap pasal Jakel ni, Yaya dari kecil mesti pergi ke outlet mereka yang berada di Jalan TAR untuk membeli kain pasang bersama ibu. Jakel memang pilihan utama kami untuk membuat baju raya. Masa tu outlet Jakel tidaklah segah sekarang. Seiring dengan kemajuan ekonomi dan permintaan yang banyak, Jakel kini telah mempunyai bangunan bertingkat sendiri di tengah bandar dan juga perkerja yang tidak terbilang banyaknya. Memang seronok masuk Jakel Mall fuhh Yaya paling suka layanan dari customer service mereka. Layanan kelas pertama tau!


Yaya sendiri berasa teruja untuk hadir ke majlis penyampaian hadiah ini kerana sama-sama dapat meraikan para pemenang yang hadir pada hari itu. Semuanya wajah berseri-seri dari sebelum majlis bermula lagi dan masing-masing mula berkenalan di antara satu sama lain manalah tahu mereka dalam kelompok jemaah yang sama nanti kan.


Untuk pengetahuan korang, semua pemenang dipilih melalui Peraduan Beli & Menang Cabutan Hadiah 2017/2018 yang diadakan pada Jualan Akhir Tahun 2017 sehingga bulan Jun 2018 di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia.


Menurut Datuk Haji Mohamed Faroz Mohamed Jakel, penganjuran peraduan Beli & Menang ini adalah sebagai salah satu alternatif bagi pihak Jakel dalam menghargai para pelanggan setia mereka yang sentiasa menyokong perniagaan Jakel sejak perniagaan ini bertapak di Malaysia. Jakel yang menjalankan perniagaan berlandaskan syariah ini juga ingin berkongsi rezeki bersama para pelanggan kesayangan mereka. Bagi Jakel, kejayaan Jakel pada hari ini adalah daripada pelanggan sendiri. Oleh kerana itu, Jakel ingin sentiasa memberikan yang terbaik buat pelanggan mereka dari semasa ke semasa dengan projek CSR yang dijalankan.


Majlis penyampaian hadiah dan taklimat yang telah diadakan di Jakel Mall in juga sebagai tanda penghargaan kepada 200 bakal jemaah umrah yang telah dipilih melalui cabutan yang dijalankan. Selain itu, pemberian mock-up cek berjumlah RM1.3 juta turut diserahkan kepada pihak Alkhatiri Travel & Tours Sdn Bhd. Alkhatiri Travel & Tours Sdn Bhd ini merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk membawa 200 orang pemenang ke Tanah Suci Mekah dan para pemenang akan pergi menunaikan ibadah umrah secara berperingkat mulai Januari 2019 nanti.


Penyerahan Mock-up cek kepada Alkhatiri Travel & Tours Sdn Bhd


Wajah pemenang yang merupakan bakal jemaah lelaki yang akan menunaikan ibadah umrah bersama Jakel.


Wajah pemenang yang merupakan bakal jemaah perempuan yang akan menunaikan ibadah umrah bersama Jakel.


Betullah orang kata, "Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu". Terpancar sinaran wajah yang bercahaya seakan tidak percaya yang mereka merupakan insan bertuah yang akan pergi menunaikan ibadah umrah secara percuma di bawah tajaan pihak Jakel. Paling istimewa, mereka cuma perlu menyediakan kelengkapan diri, passport dan duit poket sahaja dan selebihnya seperti tiket kapal terbang, makanan sepanjang disana dan penginapan yang cuma sejauh 50 meter sahaja ke Masjidilharam semuanya ditanggung oleh pihak Jakel. Siapa tahu dengan berbelanja RM1000 dalam satu resit di Jakel, mereka memenangi Pakej Ekslusif Umrah dari pihak Jakel? ^_^


Ketika majlis sidang media bersama Datuk Haji Mohamed Faroz Mohamed Jakel


 Jualan Akhir Tahun 2018

Bersempena Jualan Akhir Tahun 2018 Jakel yang telah berlangsung sekarang mulai 23 November 2018 sehingga 6 Januari 2019, inilah masanya untuk korang semua membuat persiapan awal dan membeli kelengkapan diri seperti baju raya, baju pengantin, kain langsir, cadar dan lain-lain lagi dengan potongan harga yang istimewa di Jakel. Pelbagai koleksi kain terbaharu dengan corak yang fresh dan trendy untuk semua golongan wanita termasuk koleksi terkini Hanis Zalikha sempena Ramadhan 2019 nanti.


Koleksi Hanis Zalikha Ramadan 2019 di Jakel


Jualan Akhir Tahun 2018 di Jakel. "Beli Awal Tempah Awal" ;)


Inilah masanya untuk kita pula mencuba nasib dengan membeli-belah di Jakel. Mana tahu tahun hadapan kita pula termasuk dalam kelompok 200 bakal pemenang dan jemaah umrah untuk pencarian yang seterusnya? Good luck untuk semua! :)



Untuk maklumat lanjut :

Website :

Facebook :

Instagram :






Terima kasih sudi baca

Juscoffee & Justea Baharu dari Yeo's Malaysia

$
0
0

Hai korang! Kalau boleh senaraikan minuman yang korang akan pilih bila singgah di petrol station, minuman apa yang korang akan beli? Most of the time Yaya suka pilih kopi atau teh. Fuhh memang lega gila bila minum kopi bila penat dan mengantuk. Tapi paling best sebab dapat mulakan hari dengan mood yang happy dan penuh bersemangat, betul tak? Nak mulakan aktiviti harian pun kita rasa ceria dan bersedia.


Terbaharu, Yeo's telah melancarkan rangkaian mereka yang dikenali sebagai Juscoffee dan Justea iaitu Juscoffee Iced Coffee, Juscoffee Ice Café’ Latte dan Justea Matcha Latte. Yaya memang teruja nak cuba ketiga-tiga rangkaian, baru-baru ni Yaya beli di ‘Shell Select’.


Zaman sekarang ni semuanya dah jadi mudah. Tak payah susah-susah nak jerang air. Semuanya on-the-go! First time rasa Juscoffee Ice Café’ni fuhh kaw sungguh rasa dia memang boleh buat kita terus bertenaga dan tak mengantuk di sepanjang perjalanan. Sesuai untuk mereka yang dalam perjalanan jauh ke suatu tempat, boleh mulakan perjalanan dengan kick start dari Juscoffee Ice Café’. Memang kick kaww!


Bagi mereka yang sukakan rasa yang lebih smooth dan creamy, jangan lupa cuba Justea Matcha Latte. Rasanya memang sungguh umphh dengan rasa daun teh yang berkualiti premium. Mana nak dapat harga macam ni kalau pergi ke coffee house? Serius korang kena cuba okay :*


Muka excited bila terjumpa Juscoffee & Justea kat Shell. Hihi

Yang ni pula Juscoffee Iced Coffee yang Yaya belum sempat cuba lagi. Sold out cepat kot sebab biji kopi yang digunakan semuanya berkualiti premium tauuu. Mesti lagi kaw ni rasa dia :D


Teringat pula time study dulu kalau nak stay up mesti minum kopi supaya tak mengantuk. Sesuai sangat air ni untuk students hihi. Selain itu untuk mereka yang berkerjaya dan sibuk dengan aktiviti seharian, boleh terus dapatkan Juscoffee & Justea yang on-the-go dan berkhasiat ini sebagai kick start of the day. Ianya juga berfungsi sebagai booster supaya mood korang akan terus ceria dan bersemangat untuk meneruskan aktiviti ;)

Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Yeo's Malaysia
Instagram : @yeosmalaysia



Terima kasih sudi baca


Mari Belajar Mengawal Ekzema bersama Dr. Kartini Farah Rahim

$
0
0
Hai ibu dan bapa penyayang atau ada diantara ahli keluarga tersayang yang mempunyai masalah ekzema. Mereka yang pernah menjaga baby yang ada masalah ekzema sahaja yang tahu betapa peritnya perasaan apabila melihat sekujur tubuh kecil yang tak berdaya menahan gatal dari menggaru kawasan ekzema di anggota badan. Pengalaman Yaya menjaga Dahlia yang mempunyai ekzema seawal 44 hari selepas pantang iaitu selepas Yaya mula makan udang. Hahaha Yaya tak tahu kenapa Yaya rasa udang adalah penyebab utama ekzema Dahlia mula naik. Sebab sebelum tu memang Yaya berpantang makan dan Dahlia cuma direct breastfeeding sahaja tanpa campuran susu lain. Atau mungkin perasaan Yaya sahaja?


Masa tu ada yang kata ruam susu, ruam panas dan macam-macam lagilah. Bila ada yang kata Dahlia mungkin ada eczema, bersungguh-sungguh Yaya nafikan dan minda Yaya memang tak mahu dan taknak terima kenyataan kalau Dahlia ada eczema. Ibu mana yang tak sedih bila melihat bayi pertama kesayangan ada masalah kulit seperti eczema?


Yaya mula banyakkan membaca tentang eczema sejak dari tu. Yaya mula pantang makan segala jenis seafood, ayam, daging walaupun kadang-kala terbabas juga dan andai termakan jenis makanan tadi, Dahlia lah yang menjadi mangsa :( Kita sedih sangat ok sampai Yaya pun menangis sebab nak pastikan Dahlia sentiasa di bedung kalau tak dia garu muka dia T_T Kat bawah ni antara gambar kenangan yang masih ada dalam hp Yaya sekarang. Bila tengok balik gambar Dahlia masa kecil ya Allah memang rasa sebak sebab dapat tempuhi episod tu sampailah ekzema Dahlia mulai berkurangan.




Nampak macam biasa tapi gundah gulana hati Yaya ni bila pipi Dahlia mula merah dan meradang. Ada gambar yang luka eczema Dahlia sangat teruk sehingga berair dan hanyir baunya tapi Yaya simpan dalam pendrive tak ingat mana satu huhu 



Termasuk di bahagian tangan dan kaki. 


Keluar jalan pun pakai baju lengan panjang sebab kalau Dahlia garu atleast tak direct dengan luka eczema :')


I love you baby

Untuk pengetahuan semua, time tu Yaya memang join group mak mak yang sama-sama sruggles jaga anak eczema. Kebanyakan mereka memang terapkan kaedah rawatan secara semulajadi. Macam-macam jenis produk berunsur organik Yaya beli. Tapi mungkin eczema Dahlia jenis tak makan sama haha (nangis dalam hati). Akhirnya klimaks dari segala rawatan yang tak juga makin elok, Yaya nekad bawa Dahlia jumpa pakar kulit dan doktor sahkan yang Dahlia ada mild eczema. 


Yang pasal udang tu? Doktor gelak je dia kata bukan sebab udang. Mungkin dari keturunan, ibu ayah yang ada sejarah asma, resdung dan alahan. Shawn ada resdung sikit mungkin tu juga salah satu faktor. Tapi Yaya masih bersyukur sebab eczema Dahlia masih ditahap yang terkawal. Alhamdulillah dengan segala ubat krim (yang sesuai untuk baby) eczema Dahlia mula menampakkan perubahan positif sehingga hari ini.


Bagi Yaya, masa tu tak ada pendedahan khusus untuk ibu baru seperti Yaya yang ada anak eczema. Kalau andai kata ada kelas mengenai cara mengawal ekzema mesti Yaya orang pertama yang pergi sekurang-kurangnya Dahlia dapat jalani rawatan yang betul dari awal dan lebih cepat sembuh dari awal.


Panjang betul mukadimah tadi ek? Hahaha :p Nak share dengan korang haritu Yaya hadir ke  Talk Mari Belajar Mengawal Ekzema bersama Dr. Kartini Farah Rahim yang merupakan Pakar Dermatologi yang kini bertugas di Hospital Avisena Shah Alam. Cantik sangat doktor Kartini ni aduhai *girl crush kejap. Masa mula-mula dapat tahu tentang talk ni Yaya memang excited nak pergi sebab nak tahu betul ke takleh pakai steroid etc? Dah tu kenapa steroid untuk rawatan kulit wujud kalau bahaya? Macam mana penjagaan ekzema yang betul? Ibu yang breastfeeding kena pantang segala jenis makanan ke?


Berita baik untuk semua, Dr. Kartini bagi tahu, 60% anak eczema menjalani kehidupan normal selepas meningkat remaja jika mereka mengamalkan gaya hidup yang bersih dan sihat serta dengan penjagaan yang betul dari kecil. Masa ni memang semua muka ibu bapa bersinar-sinar penuh harapan :')


Atopik ekzema adalah ekzema yang paling lazim. Antara punca dan pencetus ekzema ialah :
  • Peluh
  • Udara kering
  • Hama rumah
  • Bulu haiwan
  • Debunga
  • Bakteria dan virus
  • Pemakanan (telur, gandum, susu lembu, soya, kekacang, makanan laut dll)




Tips Kurang Atau Cegah Ekzema Secara Semulajadi
  1. Mandi dan bersihkan badan secepat mungkin sekiranya terdedah kepada situasi yang boleh menyebabkan Ekzema.
  2. Selepas mandi, sapu badan dengan bahan semulajadi seperti tea tree oil, calendula dan echinacea. Pastikan tea tree oil dicairkan terlebih dahulu.
  3. Pastikan bahan sapuan yang digunakan itu selamat dan tidak berkuman.
  4. Sebelum bersih bilik/rumah yang berhabuk, guna kain basah yang sudah dicelup Kloroks supaya kuman akan mati dan habuk tidak bertebangan.
  5. Jika menggunakan vacuum cleaner, pasti bahagian yang keluarkan udara panas ditutup dengan kain basah. Atau guna sahaja vacuum cleaner yang menggunakan air.


Tips Kurangkan Ketidakselesaan Ekzema Pada Anak:
  1. Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman.
  2. Elakkan mandi air panas/suam.
  3. Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
  4. Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
  5. Elakkan dari fabrik yang kasar.
  6. Jangan gunakan sabun apabila mandi.
  7. Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda.
  8. Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.

Untuk ibu-ibu yang tak pasti anak alah kepada makanan jenis apa, boleh buat food diary seperti contoh yang diberi oleh Dr. Kartini Farah Rahim ini. Food diary ini akan membantu ibu bapa mengenal pasti alahan anak mereka dengan lebih mendalam dan tepat. Elakkan makanan yang mungkin menyebabkan alahan kepada anak kita. Macam Dahlia Yaya hampir yakin yang dia alah gandum terutama roti sebab ada gluten. Bila dia makan walaupun pada umur sekarang, terus naik gatal-gatal kat pipi dia. Sejak tu memang tak bagi dia roti. Biskut pun beli yang jenama mesra baby atau jenis vegetarian.




Cara menggunakan krim untuk sapuan juga diajar ketika seminar ini.



Jom kita belajar serba sedikit Teknik Mengawal Ekzema jenis kering terutama dari segi cara mandian dan juga pemakaian pelembap.

1. Cara Mandian
Mandi menggunakan bahan pencuci yang tidak berbuih. Jangan menggunakan sabun. Lepas mandi, tekapkan tuala bersih perlahan-lahan dan bukan mengelap dengan cara menggosok. Tekap sahaja ok!


2. Cara Pemakaian Pelembap selepas mandi
Selepas lap secara tekap, lumurkan pelembap diseluruh anggota badan. Pastikan anggota badan masih basah-basah lembap kerana ia lebih mudah diratakan.




Salah seorang ibu yang memakaikan pelembap kepada anak tersayang. Comel anak dia gebu je geram! ^_^


Ni antara jenis pelembap yang selamat digunakan mengikut keserasian masing-masing. Dahlia serasi pakai sabun mandi dan pelembap sebamed, cetaphil baby, himalaya baby, little innoscents dan beberapa jenis lagi. Yaya mula pakaikan sabun mandian lepas luka ekzema Dahlia pulih sepenuhnya.




Air ni boleh di beli di farmasi sebagai ganti air garam bagi melembapkan eczema yang kering.



3. Cara pilih pelembap
Untuk kulit yang sangat kering, pakaikan pelembap yang lebih tahan lama iaitu yang jenis ointment

Formula pelembap untuk ketahanan yang lebih lama:

Air -> Lotion -> Cream -> Ointment - > Vaseline

Pemilihan pelembap ini juga bergantung pada :
- Tahap kekeringan kulit
- Cuaca persekitaran
- Kesesuaian bayi
- Kos dan kemampuan


So ini yang ditunggu-tunggu. Yaya tahu ramai mak-mak mula meloncat omak kaw aku taknak sapu steroid kat anak haku please no! Yes korang. Yaya juga macam korang dulu. Tapi Yaya sampai dah kering air mata tengok Dahlia tak sembuh-sembuh juga akhirnya jumpa juga doktor pakar kulit and of course la dia bagi krim steroid kan?


Untuk pengetahuan semua, steroid adalah selamat bila korang gunakan dalam kuantiti yang betul dan dengan ilmu yang betul.


Di seminar ini, Dr. Kartini Farah Rahim juga mengajar cara mengenal pasti steroid yang sesuai untuk jenis umur. Haa time ni baru terbuka mata Yaya yang ada jenis steroid yang selamat digunakan untuk bayi dengan syarat kita arif dalam penggunaanya.


So korang boleh baca kan info dalam kertas tu? Untuk baby yang paling sesuai ialah kandungan steroid yang Sangat Rendah iaitu kandungan Hydrocortisone 0.5% or 1% bagi lotion/cream/oitment. Sebab tu bila kita beli apa-apa ubat please baca dulu ingredients dia samada selamat atau tidak untuk kegunaan baby kita.


Kalau kita tengok ingredients krim ini ialah Clobetasol Propionate. Haa pi check dalam kertas tu dia yang mana? Alah malas la tu nak check meh Yaya cakap yang kandungannya ialah Ultra Tinggi yang mana hanya sesuai untuk kegunaan orang dewasa sahaja dengan keadaan eczema yang sangat teruk. Kat baby is no okay!


Krim steroid yang sesuai untuk baby haruslah dipakai nipis-nipis. Banyakkan pelembap bagi memastikan kulit baby tidak kering. (Krim steroid dan pelembap yang dilumur adalah dua jenis yang berbeza).


Kesan sampingan steroid jika pemakaian secara melampau dan tidak mengikut piawaian. Ibaratnya, apa-apa pun yang berlebihan pu akan memudaratkan betul tak? Jadi tuntutlah ilmu dan gunakan akal secara berhemah.


Ini adalah ubat jenis non steroid yang boleh digunakan selepas luka eczema hampir pulih dan ianya berfungsi untuk melindungi dari kehadiran eczema kembali. Tapi harganya mahaiiii


4. Cara memastikan pelembap kekal lama
Lepas lumurkan pelembap, tutup dengan ointment


Tips : 
  1. Untuk ekzema basah, gunakan lotion / KMNO4
  2. Untuk ekzema kering, gunakan pelembap krim/minyak
  3. Untuk ekzema tebal, gunakan pelembap minyak


Pernah dengar fungsi wet wrap bagi melegakan eczema dan mengurangkan jari anak dari direct menggaru?

5. Pembalut  fabrik elastik (wet wrap)
Lumurkan pelembap, sapu ointment dan guna wet wrap. Tahan selama 4 jam.

Kebaikan wet wrap
- Menyejuk dan melegakan keradangan pada kulit
- Meningkatkan kelembapan pada kulit
- Mengurangkan gatal dan menghalang dari menggaru

Jom tengok cara yang betul pemaikan wet wrap

  1. Pakaikan pelembap pada anggota badan
  2. Ukur stoking dengan ukuran dua kali ganda panjang
  3. Basahkan setengah permukaan stoking
  4. Masukkan permukaan yang basah dahulu dan sambungkan baki panjang tadi menjadi dua lapis



Boleh cari kat farmasi atau Shopee :p Pastikan ukuran dulu ya.



Antara tips lain untuk mengurangkan kegatalan ekzema.


Anak yang ada masalah eczema ni kebanyakan mereka akan kurang keyakinan diri dan sentiasa tantrum atau tak selesa untuk sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Ibu bapa kena selalu positif dan sentiasa bagi galakan pada anak mereka. Yang penting, dengan usaha dan doa insyaAllah ibu bapa semua akan berjaya menempuhi episod ini :')

Ingat!
  • Ekzema boleh dikawal dengan baik
  • Ekzema TIDAK berjangkit
  • Berjumpa dengan doktor pakar kulit



Kalau ada Talk yang seterusnya, Yaya menyeru semua ibu bapa yang nak tahu lebih lanjut, daftarkan diri dan sedut ilmu dari Dr. Kartini Farah Rahim ni. Banyak ilmu baru yang Yaya pelajari hasil dari sesi perkongsian ini. Boleh tengok di IG @yayanatsumi Yaya ada simpan story Eczema Talk sebagai highlight semasa talk ini. Boleh la kalau nak tahu sikit-sikit lagi kan. Nak lagi best korang pergi juga tau! Shawn sendiri sebagai doktor pun turut sama belajar sesuatu yang baru dan dia puji seminar ni memang bagus. Semoga anak-anak kita semua dijauhkan dari sebarang penyakit dan membesar dengan sihat. Aamiin



Terima kasih sudi baca



D-Flat Music Academy

$
0
0

Pembukaan akademi muzik D-Flat Music Academy yang pertama di Malaysia yang mana ianya menggunakan kaedah pembelajaran melalui penghargaan dan keseronokan sejati terhadap muzik. Yaya memang suka tengok orang main muzik terutama gitar dan piano. Mungkin lepas ni boleh bawa Dahlia ke sana kan? ;)


Petaling Jaya, 15 Disember 2018 - Belajar bermain alat muzik diakui memberi pelbagai manfaat kepada kanak-kanak. Secara saintifik, ia telah dibuktikan membantu otak kanak-kanak berhubung sekaligus meningkatkan pencapaian akademik mereka. Bermain alat muzik juga meningkatkan keupayaan mendengar kanak-kanak, yang merupakan komponen penting dalam kemahiran sosial, koordinasi fizikal dan ketepatan masa. Ia memupuk disiplin dan kesabaran, menyuntik jati diri di samping menyediakan saluran kepada kanak-kanak untuk menghilangkan tekanan dalam kehidupan harian. Hasilnya, ia melahirkan individu yang mempunyai asas yang teguh dan kukuh, bersedia untuk menawan dunia.


Ketika membicarakan manfaat yang bagaikan tidak bertepi daripada pembelajaran muzik, ramai juga kanak-kanak yang hilang minat begitu cepat dan menjadi kurang tertarik. Ini kerana, kaedah yang digunakan sekarang oleh kebanyakan konduktor muzik menumpukan kepada pembelajaran secara menghafal dan mengejar sijil semata-mata. Namun, D-Flat Music Academy mengenengahkan muzik mereka secara berbeza.


“Kami mengambil pendekatan jangka panjang dalam pendidikan muzik dengan menggalakkan pelajar menghargai muzik sebagai elemen estetik melangkaui aspek pembelajaran mereka. “Kami menumpukan kepada DUA perkara penting - pembacaan melalui penglihatan dan aura. Muzik umpama bahasa, jika anda membaca - melihat dengan baik, anda akan mampu untuk bermain apa jua bahasa muzik. “Aura pula membabitkan keupayaan mendengar dan sensitiviti seseorang. Ini penting bagi pelajar untuk melahirkan kreativiti muzik mereka,” kata Aaron Goh, Pengarah Muzik D-Flat Music Academy dan D-Flat Studio, sebuah akademi muzik terulung di Singapura.


Akademi Muzik tersebut melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan pelancaran rasmi studio pertamanya di Sunway-Damansara Geo Avenue hari ini. Dengan lokasinya yang strategik, di tengah-tengah kawasan kediaman yang ideal, D-Flat Music Academy yakin jenamanya yang unik itu akan diterima baik dalam kalangan komuniti.


“Kami berasakan bahawa pelajar muzik di sini kurang mendapat pengetahuan sewajarnya. Kebanyakan sekolah muzik hanya mengutamakan gred dalam peperiksaan tanpa membenarkan pelajar meneroka genre seperti jazz dan pop.“Bahasa muzik memang mampu difahami semua tetapi ia kerap berkembang. Merasai sendiri muzik melalui jazz dan pop memberikan pelajar peluang untuk meneroka tekstur dan bunyi berbeza yang melengkapkan lagi pendidikan muzik mereka,” kata Goh.


Ketika ditanya mengenai matlamat dan hala tuju syarikat pada masa depan, Goh mengakui, syarikat mempunyai matlamat untuk mewujudkan komuniti ahli muzik yang sentiasa teruja untuk memupuk minat mereka dalam muzik pada masa lapang, yang mana muzik akan terus menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka, untuk melangkah alam dewasa dengan lebih baik , sebagai mana mereka mengejar karier mereka. Dengan beliau sendiri berpengalaman lebih 21 tahun dalam industri tersebut khususnya dalam aspek pengajaran dan persembahan, Goh ternyata amat mencintai dan menjiwai senitersebut. “Muzik adalah darah daging saya,” jelasnya.


Dalam memastikan jenama tersebut sinonim dengan pengajaran yang berkualiti dan dan penuh jiwa, D-Flat Music Academy mengehendaki guru-gurunya memiliki kelulusan Ijazah dan ijazah sarjana dalam muzik dari universiti-universiti yang terkenal dengan jurusan seni persembahan, atau sekurang-kurangnya 20 tahun pengalaman mengajar. Dengan cara ini, ibu bapa diberi jaminan bahawa pendidikan muzik kanak-anak mereka sentiasa dalam keadaan baik.


Goh menambah, pencapaian peperiksaan dan persembahan pelajar mereka di Singapura merupakan testimoni terbaik bagi membuktikan keberkesanan kaedah yang mereka miliki. Sebahagian pelajar-pelajar cemerlang di Singapura terbabit dalam persembahan-persembahan terkenal seperti Child Aid (2017), Forbidden City (2016), Monkey Goes West (2014), Hansel & Gretel (2012), The Sound of Music, (2016) dan The Lion King (2011). Bagi meningkatkan lagi kecemerlangannya, D-Flat Studios serta mereka yang bekerja di bawahnya, telah menerima pelbagai anugerah di Singapura, antaranya 10 Akademi Muzik Terbaik Singapura (theasianparent.com), Anugerah Straits Times Life! Theatre - Pencalonan AktresTerbaik 2015, Pembantu Aktres Terbaik Supporting 2016 & 2017 (dianugerahkan kepada Frances Lee - guru vocal dan muzikal dari akademi tersebut).


D-Flat Music Academy menawarkan kelas Piano, Gitar dan Vocal dan Teater Muzikal kepada kedua-dua, kanak-kanak dan dewasa. Akademi tersebut juga menawarkan penggunaan rangkaian buku dan alat muzik yang luas bagi melengkapkan lagi pembelajaran anda. Pelajar juga berpeluang mempelajariteori muzik melalui platform e-pembelajaran yang ketika ini berkembang pesat, yang meningkatkan lagi proses pembelajaran.


Sementara itu, bagi pendaftaran sebarang kelas sebelum Jun 2019, akan memperoleh pembelajaran percuma pada bulan kedua. Dalam pada itu, majlis pelancaran diakhiri dengan petikan daripada Nietzche oleh Goh kepada tetamu yang berbunyi, “Tanpa muzik, hidup satu kesilapan.”


Khas untuk mereka yang berminat untuk mempelajari muzik atau sedang mencari kelas muzik untuk anak mereka, pilihan pembelajaran di D-Flat Music Academy semestinya pilihann yang paling tepat! ^_^


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:




Tel: +6012-2393-873

Lokasi: D-Flat Music Academy, Sunway Geo Avenue G02-03A Jalan Lagoon Selatan Sunway South Quay 47500 Subang Jaya.



Terima kasih sudi baca

Pure Heart | Membantu sambil menyumbang bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM)

$
0
0

Hai korang! ^_^ Yaya tahu ramai antara pembaca Yaya suka buat kerja amal dan sukarelawan kan? Haa, ada benda yang Yaya nak kongsi dengan korang semua mengenai Muslim Volunteer Malaysia atau lebih dikenali sebagai MVM. Ada yang biasa dengar mengenai MVM? Kalau korang pendengar setia Ikim fm korang mesti pernah dengar mengenai kerja sukarelawan dari mereka. Maklumlah mereka ni antara organisasi yang sangat terlatih dan berpengalaman dalam menjalankan aktiviti sukarelawan ni.


MVM telah melancarkan satu program yang diberi nama Pure Heart Program sejak dari tahun 2016 lagi. Program ini di anjurkan untuk memberi sedikit keselesaan dan kelegaan kepada penduduk Malaysia yang berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500. Dengan bantuan yang diberikan seperti barangan asas dapur serta latihan kemahiran menjahit dan memasak diharap dapat membantu mereka untuk meneruskan kehidupan seharian. Program Pure Heart MVM ni juga telah tersenarai dalam 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terbaik di Malaysia oleh pihak IM4U dalam Volunteer Malaysia Awards 2016 – Anugerah Perdana Menteri. Haa maksudnya program ni bagus dan telah dikenali ramai.


Untuk pengetahuan korang, bagi menjayakan program Pure Heart MVM ini, mereka membuat kolaborasi bersama beberapa pihak sekolah kebangsaan di sekitar Selangor bagi mengenal pasti keluarga asnaf.  Selain itu, untuk memastikan sumbangan disalurkan kepada keluarga yang benar-benar memerlukan, MVM juga turut menerima khidmat nasihat dari pihak Zakat Selangor
Antara sekolah yang telah berkolaborasi bersama MVM sepanjang program ini berlangsung adalah;
2016 -  Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Shah Alam
2017 – Sekolah Kebangsaan Puchong Utama
2018 – Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana
2019 – Sekolah Kebangsaan Puchong Indah
Sepanjang empat tahun program ini berlangsung, penerima bantuan telah mencecah hampir 3790 orang.


Aktiviti cara memadam kebakaran oleh pihak Bomba di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama

Ahli Bomba menunjukkan cara memadamkan kebakaran menggunakan fire extinguisher

Pelajar sekolah turut mencuba memadamkan api

Korang mesti tertanya-tanya apa jenis bantuan yang Muslim Volunteer Malaysia salurkan kepada golongan asnaf ni kan? Ada tiga peringkat untuk program Pure Heart MVM ni, yang pertama Fasa Bantuan Asas, kedua Fasa Bantuan Kemahiran dan seterusnya Fasa Bantuan Komitmen.


Bagi Fasa Bantuan Asas, MVM fokus kepada keperluan barangan asas kepada golongan penerima bantuan. Kebiasaannya, penerima bantuan akan menerima kotak Pure Heart yang mengandungi barangan asas untuk keperluan mereka selama sebulan. Selain itu, anak-anak keluarga asnaf ini juga akan menerima bantuan pendidikan dan bantuan pek permulaan persekolahan.


Fasa Bantuan Kemahiran merupakan bantuan kemahiran yang mana MVM mengambil inisiatif untuk memberi bantuan yang berbentuk skil dan kemahiran supaya golongan asnaf ini mampu berdaya saing seiring dengan cabaran ekonomi. Antara bantuan kemahiran yang disertakan termasuklah latihan kemahiran seperti memasak dan menjahit, pengisian rohani dan emosi, latihan pengurusan kewangan dan keselamatan serta bermacam-macam lagi. 

Mempelajari cara membuat roti

Peringkat yang ketiga adalah Fasa Bantuan Komitmen. Ada diantara keluarga asnaf yang dibantu oleh MVM ni mempunyai skil dan bakat tersendiri dalam menambah pendapatan keluarga mereka. Oleh itu, pihak MVM berusaha untuk membantu penerima bantuan yang komited dalam memulakan perniagaan. Bagi keluarga yang komited dengan program Pure Heart sepanjang tahun akan mendapat peluang menunaikan umrah yang ditaja oleh MVM. Memang menariklah program Pure Heart MVM ni! :D

Sesi pembelajaran pembuatan roti

Bagi tahun 2019 ni, Muslim Volunteer Malaysia nak buat sedikit kelainan untuk Program Pure Heart ni. Korang nak tau apa kempen yang akan dorang lancarkan? Haa jom terus membaca :p
Ada tiga kempen yang MVM akan buat untuk tahun ni, yang pertama kempen lunch box junior. Kempen ni terdiri dari dua inisiatif yang bertujuan untuk memberi bantuan khas kepada anak-anak keluarga asnaf seperti tajaan kelas tambahan dan juga bantuan keperluan asas persekolahan seperti bekas makanan, dan botol minuman. Kempen yang kedua adalah dapur berasap, keluarga bahagia. Dalam kempen ini, orang ramai yang berada di kawasan Lembah Klang, Selangor dan sekitarnya dapat membantu memberi sumbangan barangan asas dapur dalam bentuk fizikal kepada keluarga asnaf. Antara barangan yang boleh di sedeqahkan ialah beras, minyak masak, gula, kicap dan sos cili.
Korang yang berminat untuk menyumbang kepada keluarga asnaf ni boleh menghantar barangan asas dapur tersebut ke alamat berikut;

Pusat Tuisyen Salam MVM, Puchong Prima
Waze : K3 Farmasi / Luni Collection
Landmark : Berdekatan stesen LRT Puchong Prima


Ataupun korang boleh hubungi person in charge iaitu En Azizi di talian 012 235 6854 untuk pertanyaan lebih lanjut. Marilah sama-sama membantu meringankan beban mereka.
Kempen khas yang dilakukan pada Februari tahun ni adalah Wakaf buku si cilik yang bertujuan untuk memupuk minat membaca sejak dari kecil dan seterusnya menjadikan membaca sebagai budaya hidup dan hobi kanak-kanak tersebut. Kempen ini dibuat untuk memberi peluang kepada korang semua untuk menyumbang pelbagai jenis buku terpakai bagi kegunaan murid-murid terutamanya anak asnaf di sekolah. Antara buku-buku yang korang boleh wakafkan adalah;

Buku latihan
Kamus
Buku agama
Buku cerita kanak-kanak
Al-Quran dan muqaddam


Korang yang berminat untuk mendermakan buku-buku yang dah tidak digunakan di rumah tu boleh di hantar atau di poskan ke HQ Muslim Volunteer Malaysia.

Waze : Muslim Volunteer Malaysia
Alamat : 12-1 Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor.


Untuk pertanyaan lanjut mengenai kempen ini atau jenis-jenis buku yang boleh diwakafkan, korang boleh hubungi En Azizi di talian 012 235 6854. Menarik kan kempen-kempen yang dilancarkan bagi tahun ni? Yaya harap kita sama-sama terbuka hati untuk membantu mereka yang memerlukan sebagai bekalan untuk kita di akhirat nanti ;)
Jika korang berminat untuk menyumbang barangan asas dapur dan keperluan harian kepada keluarga asnaf Pure Heart ni, sekarang pihak MVM membuka peluang untuk korang menaja keluarga asnaf ni. Mereka akan membungkus barangan bantuan yang korang bagi tu ke dalam kotak Pure Heart khas sebelum diberikan kepada keluarga asnaf ini.



Asnaf bersama kotak Pure Heart ☺

Jenis barangan bantuan adalah seperti berikut;
Barangan asas dapur seperti beras, minyak masak, gula, kicap, sos cili/ tomato
Barangan memasak atau makanan tambahan seperti rempah ratus, perisa, jus kordial dan lain-lain
Kit kebersihan seperti sabun, shampoo, berus gigi dan lain-lain.


Kalau korang berminat nak menaja keluarga asnaf ni kan, MVM ada sediakan bermacam jenis penajaan yang korang boleh lakukan. Tajaan pula tak semestinya dalam satu masa sahaja, korang boleh membuat tajaan selama sebulan atau pun setahun (10 bulan). Bagi tajaan tahunan ni ia akan bermula dari bulan Februari sehingga November setiap tahun.


Maklumat penajaan yang diperlukan oleh MVM;
1 tajaan kotak Pure Heart = RM80 untuk 1 keluarga
Sasaran = 250 keluarga
Jumlah sasaran = RM20,000 untuk setiap bulan atau RM200,000 untuk setahun.
Pilihan tajaan yang korang boleh buat adalah seperti berikut;
1.Tajaan sebulan
a.Tajaan barangan asas  untuk 1 keluarga = RM80
b.Tajaan barangan asas  untuk 3 keluarga = RM240
c.Tajaan barangan asas  untuk 6 keluarga = RM480
d.Tajaan barangan asas  untuk 10 keluarga = RM800

2.Tajaan tahunan
a.Tajaan barangan asas  untuk 1 keluarga = RM800
b.Tajaan barangan asas  untuk 3 keluarga = RM2400
c.Tajaan barangan asas  untuk 6 keluarga = RM4800
d.Tajaan barangan asas  untuk 10 keluarga = RM8000

Sumbangan secara online juga boleh dibuat melalui website donation MVM : www.donation.mvm.org.my

Kalau korang berminat untuk penajaan korporat atau tajaan lain-lain, korang boleh hubungi wakil Muslim Volunteer Malaysia di talian 012 2356854 atau emelkan sebarang persoalan korang ke fund@mvm.org.my.




Sambutan Hari Raya Program Pure Heart MVM

Program Pure Heart ini juga mengadakan aktiviti pemeriksaan kesihatan untuk orang ramai



Untuk maklumat lebih lanjut mengenai MVM, korang boleh hubungi Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia dan follow social media dorang untuk update terkini ☺
 
Tel: +603-8074 0434 / 012 235 6854 


Terima kasih sudi baca

Review | Sleek Baby Bottle, Nipple and Accessories Cleanser

$
0
0



Semua ibu mesti nak yang terbaik untuk anak mereka. Kalau boleh nak sempurna serba serbi betul tak? Bagi Yaya sendiri, tiada ibu yang sempurna. Yang ada ialah ibu yang sentiasa mencuba untuk melakukan yang terbaik buat anak mereka :')


Selain menyediakan kelengkapan seharian Dahlia ke rumah pengasuh, Yaya juga sentiasa memastikan rutin mencuci botol dan kelengkapan menyusu Dahlia sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat. Jangan pernah cuba guna pencuci pinggan mangkuk pula ya kalau hendak mencuci kelengkapan asas anak kita. Ingat tu!


Salah satu produk Sleek Baby selain dari Laundry Detergent yang Yaya gunakan, Yaya juga pengguna Sleek Baby Bottle, Nipple and Accessories Cleanser. Ianya merupakan sabun untuk mencuci botol, puting susu, peralatan makan, kelengkapan dan aksesori bayi. Paling penting ianya sangat selamat digunakan kerana mempunyai fungsi 100% Food Grade.


Kerana formulanya menggunakan bahan dari gred makanan, ia semestinya sangat selamat untuk bayi kita. Diperkaya dengan formulasi penyingkir kotoran bagi menghilangkan kerak susu dari botol bayi, tekstur tebal pembersih ini juga mencuci dengan mudah dan berkesan. Pembersih ini juga selamat digunakan untuk mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran untuk memastikan ia bebas daripada racun perosak.



Bentuk botol Sleek Baby Bottle, Nipple and Accessories Cleanser yang selamat dan tidak mudah bocor.


Gosok dicelah-celah botol.


Gosok di bahagian dalam botol.


Gosok dan cuci bahagian puting botol sehingga bersih.


Antara kebaikan Sleek Baby Bottle, Nipple, and Accessories Cleanser:
  • Efektif membunuh kuman dan bakteria menggunakan Anti Bacterial semulajadi.
  • Memiliki Formula Stain Removal yang mana untuk menghilangkan sisa lemak susu/ kerak susu pada botol.
  • Tidak menimbulkan iritasi kepada bayi.
  • Bebas Paraben
  • Boleh digunakan untuk mencuci sayuran dan buah-buahan

Kalau nak tahu, Yaya juga menggunakan Sleek Baby Bottle, Nipple and Accessories Cleanser untuk mencuci sayur, dan buah-buahan Dahlia terutama sayur brokoli dan buah anggur hitam tanpa biji kegemaran Dahlia. Excited tengok bila buah anggur tu bersih berkilat bila cuci dengan Sleek Baby Bottle, Nipple and Accessories Cleanser.


Bagi Yaya yang sememangnya pengguna produk rangkaian Sleek Baby, Yaya sangat recommend kepada ibu muda atau ibu yang sedang mencari barangan keperluan dan kelengkapan bayi mereka untuk mencuba Sleek Baby Bottle, Nipple and Accessories Cleanser dan juga rangkaian produk Sleek Baby yang lain. Anak ceria, Ibu pun happy! ^_^

Untuk maklumat lanjut dan pembelian :



Terima kasih sudi baca




Promosi Ramadhan 2019 | Lebih 40 Menu Istimewa di Me'nate Steak Hub

$
0
0


Setiap tahun paling tak sabar menunggu kehadiran bulan Ramadhan. Kurang seminggu lagi Ramadhan akan tiba. Korang dah ready ke belum tu? Puasa dah habis ganti? Yaya dah settle semua Alhamdulillah (maklumlah bersalin 1 Ramadhan memang mencabar sikit nak cukupkan puasa sebulan ^^'). 


Terngiang-ngiang kesedapan kesemua menu istimewa di Me'nate Steak Hub tempoh hari. Menariknya pada tahun ini, Me'nate Steak Hub menyediakan lebih 40 hidangan buffet yang merangkumi makanan barat dan juga hidangan mengikut citarasa rakyat Malaysia.


Yaya ni memang sukaaaaa sangat menu western food! Siapa geng dengan Yaya? Ya Allah heaven sangat okay menu western disini! Semua memang tiptop dengan kualiti makanan yang premium dan bertaraf hotel :') . Bagi tahun ini, Me'nate Steak Hub memilih Elly Mazlien a.k.a Kak Lina Pom Pom dan juga Syuk Raja Lawak sebagai Ikon Me'nate 2019. Memang meriah dengan gelagat mereka yang tak kering gusi semasa majlis preview promosi ramadhan buffet kali ni ;)


Kak lina dan Syuk bersama wakil Chef dari Me'nate membuat demo masakan.


Yaya bersama menu Ramadan Family Platter yang boleh dimakan untuk 5-6 orang. Ianya menggunakan daging premium sahaja tau :)


Jom kita tengok hidangan Ramadan Buffet Special bagi menu Western dan juga Malay Cuisine.



Tak sah la Ramadan buffet kalau takde kambing golek kan? Wuu sedap gila gravy dia! I love!



Ayam bakar


Ribs ni sumpah sedap gilaaaaaaa~!


Baked potato dan brokoli


Laksa Penang


Makanan panas yang terdiri dari mee goreng dan juga kuetiow goreng


Mee kari


Potato salad



Rojak buah



Pelbagai jenis pizza


Bagi mereka yang perut tu pedih kalau tak makan nasi jangan risau sebab terdapat menu nasi tomato yang sangat sedap tau!


Ayam masak merah


Gulai Kambing


Acar timun dan papadom


Kuih muih tempatan yang pelbagai juga turut disajikan disini




Aneka buah-buahan



Sudut minuman




Wait wait... Ingat tu je ke? Ada lagi tau! :p


Chillean Black Mussel with Tomato Sauce


Lamb Shabu


BBQ Chicken Wing


Beef Meatball in Creamy Pepper Sauce


Fettuchini and Mushroom Carbonara


Deep Fried Chicken Drummet 


Spaghetti Beef Aglio and Olio


Spaghetti Arabiata


Penne Creamy Chicken Pesto

Memang tersangat NYUMSS sekali semua menu diatas kan? :p


Harga bagi set Family Platter ni terbahagi kepada dua ya. 

Premium Family Platter : RM450
 Super Premium Family Platter (Termasuk Daging Wagyu) - RM 650

Sangat berbaloi kerana ianya boleh dimakan dari 5 ke 6 orang bagi Family Platter ni dan bagi Set Super Premium tu ada daging wagyu tau! Pakej makanan barat yang premium ini menggunakan daging yang berkualiti tinggi sahaja. Memang seronok kalau dapat makan bersama yang tersayang ;) Bagi mereka yang mengambil pakej ni korang boleh mendapat akses percuma untuk buffet pemanis mulut yeayy hihi


Buffet Western & Local Cuisine

RM79.90 untuk dewasa 

RM39.90 untuk kanak-kanak

*Bagi kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah tidak dikenakan bayaran


Jom ajak orang tersayang berbuka puasa di Me'nate Steak Hub!

Promosi ini berlangsung di kesemua cawangan Me'nate Steak Hub diseluruh Malaysia bermula dari 6hb Mei sehingga 4hb Jun 2019  :)


Setapak
C-01-01 & C-01-03, Starparc Point, Jalan Taman Ibu Kota, Off Jalan Genting Klang, 53300 Danau Kota, Kuala Lumpur, Malaysia

Ampang Jaya
16, Jalan Kerja Air Lama Satu, Taman Shuet Liang, Ampang Selangor

Bangi
25, Jln Medan Pusat 2D
3B Curve Business Park
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Shah Alam
Lot F-36, Vista Alam
Jalan Ikthisas 14/1 off Persiaran Damai
Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Johor Bahru
No. 113 & 115, Jalan Glasiar, 
Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi :
11am-11pm (Mon-Thu, Sat-Sun)
3pm-11pm (Fri)


Untuk maklumat lanjut dan tempahan :

Instagram : @menatesteakhub
Terima kasih sudi baca

Kurta Slimfit 5 Waktu Kini Dibuka di Bangi

$
0
0



Pernah dengar jenama 5 Waktu? Mesti ramai dah aware mengenai jenama 5 Waktu yang terkenal dengan konsep slimfit yang diketengahkan. Bila pakaian terletak elok di badan si pemakai, fuhh dari tak hensem jadi hensem baq ang! (tapi husband I paling hensem la :p ) Bagi Yaya, handsome tu subjektif. Tapi kalau kena dengan gaya si pemakai, memang boleh naik zupp terus confident level tau sebab jenama 5 Waktu ini sendiri memang menitikberatkan kualiti design mereka.


Yaya berkesempatan untuk hadir ke Grand Opening 5 Waktu tempoh hari di HQ mereka yang bertempat di Seri Bangi Seksyen 8 pada 27 April lepas. Grand Opening yang bermula dari 10 pagi hingga 6 petang ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari peminat jenama 5 Waktu yang sebelum ini hanya dijual secara online. Lepas ni tak payah susah-susah nak teka saiz sendiri kerana mereka dah pun ada butik fizikal yeayy!!


Ada peminat jenama 5 Waktu ini yang mula hadir seawal 7 pagi kerana ada hadiah istimewa bagi 100 pelanggan pertama. Memang meriah sangat sebab pada hari pembukaan ini juga mereka mengadakan jualan promosi bagi menghargai pelanggan setia mereka. Dari kurta sehingga jubah, semuanya dijual dengan harga istimewa :D


Yaya memang respect dengan krew mereka yang sentiasa mengawal keadaan dan suasana ketika pelanggan ramai bagi memastikan keselesaan semua. 



Ada fitting room disediakan bagi kemudahan pengguna yang ingin mencuba pakaian disini.

Jom kita tengok antara design jubah dan kurta di 5 Waktu HQ 

















Bagi Yaya, memang cantik sangat kesemua design kurta mereka. Paling istimewa, setiap jubah dan kurta mempunyai identiti dan design sendiri. Yaya berkenan sangat dengan Kurta Jabar dan juga Kurta Faliqh. Design kurta mereka memang sangat unik dan moden. Paling best sebab kualiti kain tu sendiri. Memang tahap premium dan sangat recommended! Memang dok bayang la Shawn pakai time hari raya nanti confirm cem gila husband kita :p


Ketika Grand Opening ini juga disediakan khemah untuk keselesaan pelanggan. Makanan dan minuman juga disediakan. Siap ada kambing golek okay! Semoga owner butik murah rezeki ;)


Majlis dirasmikan oleh Aeril Zafrel selaku wajah jenama 5 Waktu disamping Chazynash dan juga Jofliam (Jofliam tak dapat hadir time ni sebab cik epal bersalin pagi tu hihi tahniah korang).


Chazynash menggayakan Kurta Jabar berwarna ungu violet pada grand opening.


Yaya bersama Anne PenMerah ^_^
Jangan lupa bergaya dengan Kurta 5 Waktu di hari raya nanti! 

Untuk maklumat lanjut :

Instagram : @limawaktuhq
Alamat : BUTIK 5 WAKTU (Bersebelahan RMSY Bangi)
(Seri Bangi) G10, Jalan 8/35, Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
0122828907




Terima kasih sudi baca

Kedai Spek Mata Viral & Murah di Eye Pro Vision, Sungei Wang

$
0
0



Hai korang! Macam mana puasa? Hopefully semua dapat menahan lapar dan sabar ye. Kemain cuaca sekarang panas lit lit fuhh! Saja nak share dengan korang, lepas Yaya balik dari Surabaya bulan lepas, dah sampai rumah dok cari-cari mana spek mata Yaya ni. Cari semua beg tak jumpa aduhh pusing guwe. Sepanjang Yaya kat Surabaya, Yaya pakai contact lens je tapi memang standby spek mata tu untuk dipakai masa dah buka contact lens. Dah la tu spek mata baru kita T_T baru awal tahun hari tu Yaya buat dengan Shawn. Terpaksa pakai spec mata duduk rumah punya yang dah senget and guna power lama :(


Lepas fed up cari tak jumpa, Yaya terus ajak Shawn pergi lagi kedai spek mata viral yang famous kat Sungei Wang tu. Sebelum ni memang Yaya buat kat kedai yang sama. So memang dah tahu lokasi kedai ni hehe. Nama kedai tu Eye Pro Vision. Terus je tekan lif Aras G hee senang je nak cari warna lampu kedai dia menyerlah ok ^_^


Kenapa Yaya suka kedai ni? Sebab harganya cuma RM65 untuk bingkai dan cermin multicoated + power sehingga 400. Wow bukan? Design nya juga semua trending dan up to date! Ala korea ada, ala Jepun ada, ala nerd ada, ala pah bedah pun ada wakk! Pilih je nak yang mana sebab ada lebih 2000 pilihan disini.




Tekun memilih :p


Lepas dah jumpa spek mata yang berkenan dihati, mata uols akan diuji terlebih dahalu. Next tu, lagi sekali mata uols akan diuji di dalam bilik dengan huruf-huruf dari kecil hingga besar untuk mendapatkan power mata yang tepat.


Ingat logo dan papan tanda Eye Pro Vision ini okay! :)


Berdebar jumpa Jae Suk Malaysia kat sini :p



Kalau nak tahu, terdapat perbezaan antara spek mata biasa dan juga spec mata yang mempunyai fungsi Alpha Blue 420. Wow apa tu?

LENS ALPHA BLUE 420 IS THE BEST!

Yaya sendiri memang terpukau dengan fungsi Alpha Blue 420 yang di install di spec mata Yaya sebelum ni. Spec mata Yaya yang hilang sebelum ni juga menggunakan fungsi Alpha Blue 420 tau. Apa yang best? Haa sebab dia boleh menangkis cahaya yang terlalu terang dari menembusi mata korang. Yaya memang kerja menghadap pc di ofis dan kadang-kadang kena stayback dan balik malam, Yaya memang tak tahan silau lampu kereta bila malam. Tapi lepas guna lens Alpha Blue 420 ni, mata Yaya tak silau pun even Yaya merenung lampu kereta di lorong bertentangan! Ianya juga akan block segala sinaran dari terkena mata kita secara direct, termasuk pancaran dari lampu led, cahaya dari smart phone, laptop, komputer dan sebagainya. Magic sangat  sebab ianya 100% menghalang sinar UV dari menembusi mata korang tau hihi

Tak percaya? Jom tengok contoh perbezaan spek menggunakan lens biasa dan juga lens Alpha Blue 420 yang disuluh dengan cahaya laser :


Spek mata biasa


Spek mata yang menggunakan fungsi lens Alpha Blue 420

Adakah kalian terpukau? Hahaha tulah orang cakap tak percaya. Shawn pun buat spek mata dengan lens yang sama tau. So kitorang sehati sejiwa wakaka :p Untuk Lens Alpha Blue 420 ni korang hanya perlu tambah RM60 je, so total nya RM125 dari harga asal RM250 , jimat banyak dah tu kat luar memang tak dapat la harga camni dengan lens Alpha Blue 420 lagi. Kalau nak tahu, lens Alpha Blue 420 ni telah berdaftar dibawah company Eye Pro Vision tau. So memang sangat berbaloi kalau korang terus beli lens ni untuk kesejahteraan mata korang. Ianya juga kalis air , tahan calar  , mudah di cuci walaupun test dengan permanent marker sebab cermin di kedai ni memang berkualiti ^_^


Yang bestnya spek mata ni siap dalam masa sejam je! Lepak makan KFC jap tetiba spek mata baru dah siap wee~


Bersama Mr William a.k.a Jae Suk Malaysia. Handsome kan dia. Baik sangat adui cair hahaha so leng chai ;) (Shawn please jangan jeles haha)


Yeay spec mata baru kita. Fuhh cerohh mata! 

Lokasi : 
EYE PRO VISION 
Lot G1111, Ground Floor, Sungei Wang Plaza
Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur



Terima kasih sudi baca

Koleksi Raya Jakel 2019 dan Pelancaran jakelstore.my

$
0
0


Dah mula buat persiapan raya? Ada yang sebelum puasa lagi dah buat persiapan awal sebab taknak bersesak time bulan puasa. Betul tak? Yaya ingat lagi time Yaya pregnant time tu memang awal sungguh la Yaya buat persiapan sebab tahu memang tak dan nak cari baju raya time berpantang (Dahlia lahir 1 Ramadhan). So korang dah buat keputusan nak beli baju raya kat mana?


Haa tak payah pening-pening dah sebab korang boleh terus ke Jakel untuk mencari baju raya buat seluruh keluarga. Dari sekecil-kecil usia sehingga sebesar saiz, Jakel menyediakan semuanya dibawah satu bumbung! Dari kurta, baju melayu, baju kurung, baju kanak-kanak perempuan mahupun lelaki, semuanya ada di Jakel. Tinggal pilih sahaja ;)


Yaya berkesempatan menghadiri majlis Pelancaran Koleksi Baju Raya 2019 Bersama Duta Jakel & juga Pelancaran https://www.jakelstore.my/ di Jakel Mall KL tempoh hari. Barisan duta Jakel pada tahun in terdiri dari Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Lara Alana, Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Yusuf Iskandar, Nabil Ahmad, Aaron Aziz,  Ayda Jebat, Abam dan juga Upin Ipin. Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel yang merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel juga menggayakan koleksi baju melayu terbaharu ketika majlis pelancaran. Nampak segak sangat!


Jom kita tengok antara Koleksi Baju Raya 2019 ekslusif dari Jakel yang digayakan oleh duta Jakel ketika di majlis Pelancaran 


Baju Melayu Aaron Aziz X Jakel

Untuk abang-abang sado dan mereka yang berbadan besar memang sesuai menggayakan koleksi Aaron Aziz ni. 


Baju Kurung Ayda Jebat X Jakel

Ramai antara kita yang mempunyai saiz kecil molek atau petite susah nak cari baju kurung yang sedap dipakai ngam ngam cantik gitu. Sekarang korang takyah risau dah sebab Jakel dah ada baju kurung saiz XS yeay! :)


Baju Melayu Nabil Ahmad X Jakel

Selain pembaharuan fungsi wuduk friendly, design bagi koleksi baju melayu Nabil ini juga nampak segak kerana potongannya yang slim fit.  


Baju Kurung Scha Al-Yahya X Jakel, Baju Melayu Awal Ashaari X Jakel dan Baju Kurung Lara Alana. Cantik sangat bila boleh pakai sedondon satu family! 


Hairul Azreen mengenakan Kurta jenis slim fit yang mempunyai poket bagi memudahkan kaum adam dan boleh digayakan kasual pada hari-hari biasa. Baju Kurung Hanis Zalikha X Jakel yang digayakan Hanis juga nampak sangat ekslusif dan boleh dipakai oleh ibu mengandung.



Mengambil berkat ketibaan bulan ramadhan, Jakel turut menjemput golongan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang dan juga golongan OKU penglihatan. Ini merupakan salah satu inisiatif dari pihak Jakel untuk mendekati golongan yang kurang berkemampuan sekaligus meraikan mereka.




Jakel memang terkenal dengan aktiviti CSR mereka. Sebelum ni Jakel pernah menaja 200 orang pelanggan Jakel yang bertuah untuk menunaikan umrah secara percuma. Kali ni, Jakel menaja golongan ini sepasang baju raya setiap seorang bagi sambutan hari raya nanti. Tak cukup dengan itu, Jakel turut menyumbangkan sumbangan duit raya kepada mereka. Seronoknya tengok! Thank you Jakel :)



Yaya bersama koleksi baju kurung Hanis Zalikha. Material kain dia memang best dan tak panas. 



Mempunyai fungsi wuduk friendly bagi memudahkan kaum muslimah melaksanakan ibadah solat.


Selain menggunakan kain yang berkualiti tinggi, material dan perincian hiasan di baju kurung ini juga memang sangat teliti dan kemas.



Sesi lelongan "Happy Hour" bagi koleksi kesemua Duta Jakel turut dijalankan pada hari pelancaran. Memang ramai orang masa ni. Bertuah diorang yang tengah mencari baju raya tu. Rezeki dapat beli dengan harga runtuh dan potongan harga yang amat berbaloi!



Jakel kini boleh dibeli secara atas talian!


Koleksi Jakel juga kini boleh dibeli secara online di https://www.jakelstore.my/ bagi mereka yang tak punya masa nak pergi ke cawangan Jakel. Sekarang ni semuanya dah mudah. Di hujung jari je :p




Cantiknya karpet kat sini. Tumpang gambar sat! :p


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Jakel Textile
Instagram : @jakeltextile
Website : https://www.jakelstore.my/

#jakelbarulahraya
#ingatrayaingatjakel
#seronoknyarayajakel



Terima kasih sudi baca

Buffet Ramadhan 2019 | Bangi Golf Resort

$
0
0

Bestnya kalau dapat berbuka puasa dengan orang tersayang kan? Kalau korang tengah mencari tempat berbuka puasa yang menghidangkan pelbagai makanan dengan harga yang berbaloi, boleh sangat kalau nak consider berbuka di Bangi Golf Resort (BGR)  ^_^


Berkonsepkan ‘Kebun Dalam Bandar’, Restoran BGR menanam sendiri sayur-sayuran khususnya ulam-ulaman bagi penyediaan masakan Melayu dan tradisional. Nasi Kerabu yang dimakan bersama ulam organik yang dipetik sendiri oleh chef disini tidak harus dilepaskan, apatah lagi jika dimakan bersama serunding kelapa ikan, kuah sambal tumis, keropok ikan, ayam goreng berempah dan gabungan ulam-ulaman seperti bunga kantan, kubis bulat,ulam raja, daun selom, kacang panjang, selain budu berserta hirisan limau nipis dan cili sebagai penyedap rasa. Malah bunga Telang di gunakan untuk nasi Kerabu,


Menariknya bagi tahun ini, tarikan terbaharu daripada BGR adalah menyediakan ruang bermain untuk kanak-kanak sementara ahli keluarga yang lain boleh berbuka puasa dengan aman hihi seronoknya rasa nak join sekali :p

Jom kita lihat di sekitar suasana Buffet Ramadhan di sini.




Ruang makan di dalam dewan.


Ruang mengambil makanan



Durian yang ditanam sendiri oleh pihak BGR turut disediakan disini.



Ruang pemanis mulut yang menjadi pilihan pengunjung



Jom kita tengok menu hidangan yang disediakan di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort :)


















Macam mana? Terliur tak? Yaya yang tengah menaip ni pun nak menjejes air liur hahaha! Mana taknya, tahun ini mereka menyajikan lebih 200 hidangan mewah dari dapur Melayu, Barat dan Timur.

Antara lain yang menarik disini  ialah :
  • Ruang solat yang luas dan selesa untuk tetamu
  • Lebih 800 ruang parkir disediakan
  • 1% dari keuntungan akan disumbangkan kepada Islamic Relief Malaysia untuk memperkasakan komunti dan memberi bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik.
  • Berkerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan lebihan makanan kepada mereka yang memerlukan.
Restoran BGR dengan kerjasama portal F8Buzz.com juga akan mewujudkan Kotak Sumbangan Iftar Sesama untuk orang ramai yang ingin menyumbangkan makanan dan pakaian kepada yang kurang bernasib baik yang man tidak pernah dilakukan oleh mana-mana restoran sebelum ini.


Harga untuk tempahan dalam talian 



Harga :
Dewasa : RM59.00
Kanak-kanak : RM29.50 

Website :

Alamat :
No1, Persiaran Bandar, 
Bandar Baru Bangi,

43650 Selangor

Facebook :

Instagram : 

#iftarBGR #ramadhanBGR #BGRbuffetramadhan #bukapuasa



Terima kasih sudi baca

Buffet Ramadhan 2019 | #Bismillah Dorsett Putrajaya

$
0
0

One of my favourite buffet ramadhan ialah kat Dorsett Putrajaya! Masing terngiang-ngiang kesedapan menu mereka tahun lepas, maka tahun ni memang Yaya tak lepaskan peluang untuk mencuba menu dan tarikan terbaharu mereka hihi excited!


Mengambil keberkatan bulan ramadan dengan tagline #Bismillah Barokah Ramadan, terdapat pelbagai pilihan menu yang sangat lazat, korang boleh berbuka puasa bersama yang tersayang sambil melihat sunset berlatar belakangkan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau orang Putrajaya panggil Masjid Besi :)


Alunan merdu dari kumpulan penghibur ketika di #Bismillah Barokah Ramadan






Ruang makan yang selesa bagi pengunjung yang ingin datang bersama keluarga.


Tulang belakang yang menyediakan pelbagai menu menarik kali ini.


Boleh request taknak sayur yeayy special untuk kita sahaja! :p




Lebih 300 masakan yang di hidangkan oleh Restoran Citra Rasa seperti Pek Nga Kelapa dengan Kari Ikan, Laksam Kelantan, Nasi Kerabu, Nasi Lemak Delima with Sambal Hijau, Lempeng Pisang, Sup Gear Box, Bubur Lambuk Istimewa, Lemang, Nasi Impit, Rendang Daging, Chicken atau Lamb Shawarma with Pita Bread, Warung ABC, Aneka Cucur, Warung Apan Balik Viral dan banyak lagi! Jom kita layan gambar menu di bawah ;)













Sedapnya air tebu!!


Hai encik kambing! Yaya memang suka kambing bakar disini sebab pilihan gravy dia semua sedap sangat!



Bagi mereka yang tak sabar tunggu raya, korang dah boleh makan hidangan raya di sini! Ada ketupat, nasi himpit, rendang ayam dan juga rendang daging yang sangat sedap seperti feeling makan kat kampung dah! ^_^





Sudut apam balik. Ni budak-budak mesti suka. Yaya pun suka hihi



Memang win oii udang galah percik mek ayu ni!


Istimewa bagi penggemar nasi kerabu, korang boleh dapatkan nasi kerabu yang mana bagi Yaya antara yang tersedap di Putrajaya, di Buffet Ramadhan Dorsett! Memang serius sangat sedap nasi kerabu kat sini dengan pelbagai pilihan lauk yang dihidangkan bersama ;)



Aiyoo kecur air liur teringat kesedapan Laksam Kelantan ni. Terangkat wakk!


Paling win diantara semua menu lauk haruslah sup gear box! Wuuuuu memang layan sungguh! Yaya dengan Shawn memang sampai nak terpejam mata la makan sup gear box kat sini. Sedap sangatttt 10 bintang!! 


Durian pun ada :p


Antara menu pemanis mulut yang dihidangkan disini





Yaya tak tahu la kalau Yaya tak reti main permainan acah-acah aiskrim ni tapi Yaya senang je jaga aiskrim Yaya! Hahaha boleh la nak feeling ada kat Istanbul :p



Ala comelnya ^_^


Persembahan dari staff Hotel Dorsett Putrajaya 

So korang jangan lepaskan peluang berbuka disini tau! Memang berbaloi sangat berbuka puasa di #Bismillah Dorsett Putrajaya. Jangan lupa cuba kesemua menu yang ada disini ;)


Harga Buffet Ramadhan 2018 Hotel Dorsett Putrajaya

RM138 nett (Dewasa) 
RM78 nett (Warga emas dan kanak-kanak)

Tarikh buffet ramadhan : 8 May - 2 June 2018 (Dari 6.30pm-10.00pm)

Alamat : 
Lot 3 (Lot 3C5) ,
Precinct 3 Wilayah Persekutuan Bandar,
 62000 Putrajaya

Untuk tempahan boleh hubungi : 03-8892 8388 atau email fnb.putrajaya@dorsetthotels.com

Facebook : 

Website: 



Terima kasih sudi baca

Promosi 2 Set Cuma RM10 di The Chicken Rice Shop Sempena Pembukaan Outlet ke-100

$
0
0



Hai korang! Siapa suka makan nasi ayam? Yaya memang favourite sangat nasi ayam tau! Menurun sampai ke Dahlia pun suka nasi ayam hihi. Kebetulan haritu Yaya nak lunch kat IOI City Mall Putrajaya tetiba nampak ramai orang beratur. Aikk ada apa ni entah-entah ada promosi terbaru dari The Chicken Rice Shop. Yaya pun dengan tak malu saja la tanya staff dia yang peramah kat situ. Memang betul pun ada promosi! :O


Rupanya promosi ini diadakan sempena pembukaan outlet mereka yang ke-100! Wah tahniah The Chicken Rice Shop! Semua pengunjung bertuah yang beratur awal dapat menikmati 2 Single Combo Meal Set dengan harga RM10 sahaja! Wowwieee~


Memang tak rugi beratur hee! Lagi best TCRS akan bagi Free Giveaway untuk mereka yang bertuah seperti Cooler Bag, Meal Voucher dan juga T-shirt istimewa sempena pembukaan outlet mereka yang ke-100 :D


10 Outlet yang mengambil bahagian dalam promosi ini ialah :

1. IOI City Mall
2. Mid Valley
3. Sunway Pyramid
4. Central i-City
5. Aeon Mall Shah Alam 6. KL Gateway
7. One Utama
8. Melawati Mall
9. SubangParade 
10. Sunway Putra Mall

Kalau korang ada di sekitar outlet yang Yaya senaraikan diatas ni, jangan ketinggalan untuk rebut peluang makan The Chicken Rice Shop okay! Jom ajak family dan orang tersayang sama-sama beratur bermula dari 12.30 tengah hari sehingga 1.30pm di outlet TCRS yang terdekat :p


Set Chicken Roasted memang sentiasa menjadi pilihan Yaya. Dalam set ni Yaya tambah ayam lagi sebab memang suka makan ayam roasted TCRS. Rangup-rangup kulit ayam dia fuhh hihi


Sambil-sambil makan tu sempat curi masa buat origami ayam comel TCRS ni. Terus rasa nak nyanyi The Chicken Rice Shopppppp .. Bukan Sekadar Nasi Ayam... Kok Kok Kok kok kok.... :p


Untuk maklumat lanjut :

#JomSamaSamaMakan
#100TCRSOutlets
#TheChickenRiceShop 


Peraduan Ceria Raya Tampil Bergaya Bersama Pacific West

$
0
0


Maafkan muka Dahlia yang tak tahu nak express keterujaan pertama kali ke KL Tower :p



Hai Korang! Siapa pernah makan di Restaurant Atmosphere 360? Yaya berangan tau nak pi makan candle light dinner kat sana dan kebetulan haritu berpeluang mencuba menu mewah menggunakan produk berasaskan Pacific West. Sebelum ni memang Yaya pengguna produk Pacific West dan memang tidak asing lagi jenama ini dalam kehidupan Yaya hihi so bila dapat mencuba produk baharu dari mereka, memang Yaya excited la :p


Produk Pacific West menawarkan produk makanan sejuk beku yang boleh dimasak segera yang mana memang sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk dan mahukan sesuatu yang cepat dan sedap untuk dimakan. Untuk makluman, produk Pacific West menggunakan sumber laut seperti ikan, udang dan sotong yang segar dan berkualiti dalam penghasilan produk mereka.


Pacific West ini berasal dari Australia dan sudah berada di pasaran sejak tahun 1995 lagi fuhh time ni Yaya baru 5 tahun hihi. Produk Pacific West kini boleh didapati di 20 negara termasuk Malaysia dan pada tahun 2019, Pacific West telah memenangi kategori anugerah istimewa iaitu Convenience in Seafood Excellence Global 2019 yang diadili oleh Chef Professional dan Culinary Expert yang berasal dari Belgium, Perancis, Itali, Czeh Republik dan Hong Kong. Hebat sungguh! 




Jom kita tengok antara produk Pacific West yang berada di pasaran. Yang pastinya memang sangat sedap!






Menariknya produk Pacific West ini, korang tak perlu difrozekan sebelum masak, ianya boleh terus dimasak samada menggunakan minyak gorengan ataupun air fryer. Untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat, korang bolehlah guna air fryer hihi. Yang penting sangat mudah penyediaannya ;)













Kalau nak lebih kreatif, korang boleh cuba mempelbagaikan produk Pacific West dengan resepi dan citarasa tersendiri. Macam hidangan kami yang disediakan oleh chef dari Atmosphere tempoh hari. Memang sangat menarik dan sedap dimakan!


Amuse Bouche: Toast Salmon Nigiri, Salt and Pepper Squid dengan Mentai Aioli


Appetizer : Popcorn Fish Satay dengan Peanut Sauce, Vietnamese Spring Roll dengan Breaded Torpedo Prawn dan Nuoc Cham


Kudapan yang sangat enak!



Soup : Dusted Baby Squid dengan Creamy Prawns Bisque. 


Sedap sangat sup ni!


MAIN COURSE : Cod Fish Fingers dengan Honey Tomato Sauce, Tempura Prawns dan Tempura Natural Calamari Rings dihidangkan dengan Vegetables Bouquet dan Parslied Crushed Potato








Untuk pengetahuan korang, Pacific West mengadakan Kempen Ceria Raya Tampil Bergaya 2019. Nak tahu apa yang best? Korang semua berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah sehingga RM40,000!  


KEMPEN CERIA RAYA TAMPIL BERGAYA

Kempen Ceria Raya Tampil Bergaya yang masih berlangsung sehingga 15 Julai 2019 ini menggalakkan kita dari pelbagai budaya untuk bersama-sama menyambut perayaan dengan gembira disamping berkongsi makanan yang menarik untuk dihidangkan kepada yang tersayang. Menerusi kempen ini juga, setiap masyarakat dapat memupuk hubungan yang erat dari setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

Syarat nak join kempen ni senang je!

1. Beli mana-mana produk makanan laut Pacific West dalam satu resit dimana-mana outlet di seluruh Malaysia

2. Hantarkan bukti pembelian di nombor Whatsapp, 013-737 0176 berserta Tajuk Contest , “KEMPEN CERIA RAYA TAMPIL BERGAYA” , Nama, No IC, No Tel, Email dan Nama Outlet Pembelian.


Mudah kan? Mana tahu ada rezeki boleh menang Motor! Woww! :D


Yaya dikelilingi amoi yang sangat cantik memakai baju tradisional melayu. I'm so in love!!

Korang boleh dapatkan produk Pacific West ini di mana-mana Cold Storage, Sam's Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Village Grocer, Pasaraya Hero dan di mana-mana hyper atau supermarket yang menjual produk Pacific West.


Produk Pacific West telah melepasi piawaian keselamatan dan proses ujian makanan antarabangsa iaitu BRC, IFS, HACCP dan YUM. Paling penting, produk Pacific West telah mendapat pengiktirafan HALAL dan selamat untuk dimakan. Memang memudahkan bila ada makanan yang mudah dimasak dalam peti ais rumah. Bila-bila nak sesuatu yang mudah, cepat dan sedap dimakan, kita capai je Pacific West dalam peti yeayy! Jangan lupa join contest! J


Website:

Facebook:

Contact Number:
1800 888 389




Terima kasih sudi baca




Review : NUViT MoistLoc Hydrating Skincare Series Untuk Keremajaan Kulit

$
0
0


Hai korang! Siapa tengah struggle dengan masalah kulit muka yang kering? Samalah kita! Even Yaya dah minum air segelen pun, rasa macam tak puas hati kenapa still macam ada kulit mengelupas hmm rasanya mungkin sebab perubahan cuaca dan seharian duduk kat ofis dengan air cond yang sejuk, muka pun jadi kering. Kalau minum air sahaja tak cukup, kita kenalah ambil inisiatif rawat dari luar pulak kan?


Sebelum ni Yaya pernah guna rangkaian NUViT Anti-Acne yang tersangatlah bagus gila terutama Acne Purifying Gel yang mana meredakan keradangan dan mengecutkan jerawat kita dalam 24jam sahaja! Sekarang Yaya teruja nak try NUViT MoistLoc Hydrating Skincare Seriesmereka yang baharu pulak. Rangkaian kali ini pula memberi fokus kepada penghidratan kulit dan rawatan dari dalam kulit untuk menambah baik skin-barrier pada kesihatan kulit muka kita.


Jenama NUViT adalah produk penjagaan kulit dari Taiwan yang mengkhususkan kepada penjagaan kulit dengan elemen bahan yang berkualiti tinggi dan berkesan yang mana ianya menggunakan teknologi klinikal dengan ekstrak berasaskan tumbuhan semulajadi. Rangkaian NUViT MoistLoc menggunakan rumusan ekstrak tumbuhan semulajadi, bebas alkohol dan tidak menyebabkan alergik.


Untuk mendapatkan kulit yang sihat, lembap dan hidrat lebih lama, NUViT MoistLoc Hydrating Skincare Series menggunakan 3 prinsip iaitu, 'Repair, Rejuvenate and Revitalize' . Berikut adalah produk yang terdapat dalam rangkaian NUViT MoistLoc Hydrating Skincare :
  1. MoistLoc Hydrating Double Action Cleansing Milk
  2. MoistLoc Hydrating Toner
  3. MoistLoc Hydrating Crystal Serum
  4. MoistLoc Hydrating Active Gel

Menyasarkan kulit yang letih dan kering, bahan utama CeraHA + ™ yang merupakan gabungan unik Ceramide, Viola Tricolor Extract dan Hyalusphere® PF berkesan membantu:

  • Merawat dan memulih skin-barrier yang rosak 
  • Mengaktifkan peredaran lembapan kulit secara mendalam
  • Mengekalkan kelembapan secara optimum untuk penghidratan yang tahan lama
  • Membuatkan kulit lebih anjal
  • Menyegar dan melembutkan kulit muka



MoistLoc Hydrating Double Action Cleansing Milk
RM 27.90
Bahan-bahan: Camamides, POLLUSHIELD ™, Licorice


Pencuci muka yang lembut ini sesuai untuk semua jenis kulit dan berfungsi secara 2 dalam 1 yang mana ianya boleh menanggalkan make up harian dan mencuci dari dalam. Selain itu, pencuci muka ini juga boleh melembutkan, membaiki, menghidrat dan melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan habuk disekeliling kita.


Cara guna : Sapukan ke kulit yang basah dan urut secara perlahan, bilas dengan teliti dan keringkan tanpa menggosok kulit muka. Gunakan sebagai pencuci muka setiap hari pagi dan petang untuk kulit kering.  Berfungsi untuk menanggalkan make up harian, kotoran pada kulit dan menghidrat kulit.



Review dari Yaya : Best! Sangat lembut bila kita gunakan pada kulit muka. Mungkin kerana formulasinya yang berasaskan susu, membuatkan kulit muka terus rasa soothe gitu tanpa membuatkan muka rasa kesat selepas mencuci. Walaupun function dia 2 dalam 1 sebagai penanggal make up, tak sesuai untuk mereka yang ber-makeup tebal ya. Yang tu memang kena buat double cleansing ;) So far kalau setakat make up pergi ofis tu memang okay. Ianya tidak berbuih dan juga tak ada bau wangi. Berbau natural sahaja :)



MoistLoc Hydrating Toner
RM33.90
Bahan-bahan : Botanical extract complex, Vitamin B5, HA Complex



Siapa yang suka tak pakai toner tu, lepas ni kena disiplin pakai toner tau sebab ini juga merupakan basic skincare yang paling utama. Terutama untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering, penggunaan toner sangat penting untuk membaiki skin-barrier kita yang rosak akibat penggunaan bahan kimia yang bahaya pada kulit muka (produk timbang kilo sebelum ni), suka tonyoh muka kuat-kuat time pakai skrub dan macam-macam lagi. So dengan penggunaan MoistLoc Hydrating Toner, ianya akan elokkan semula skin-barrier, menghidrat, mengekalkan keseimbangan pada kulit, melembutkan kulit dan menggalakkan rangsangan kulit yang sihat.


Cara guna : Selepas menggunakan cleanser, tekapkan secara lembut kapas bertoner pada seluruh bahagian wajah. 


Review dari Yaya : Ianya berbau natural sahaja. Tidak memedihkan muka dan membuatkan muka kita terus segar selepas pakai! 



MoistLoc Hydrating Crystal Serum
RM60.90
Bahan-bahan : Licorice, Vitamin B3, HA Complex



MoistLoc Hydrating Crystal Serum berfungsi sebagai pelembab yang sangat mendalam bagi meningkatkan keanjalan kulit dan pemulihan kulit wajah kita. Selain menambah keserian wajah, ianya juga mengaktifkan peredaran dan keseimbangan air pada kulit bagi melicin dan melembabkan kulit muka.


Cara gunaSelepas memakai toner, ratakan serum ke seluruh bahagian wajah dengan urutan dan boleh tekan secara perlahan-lahan kulit wajah kita bagi memastikan serum menyerap dnegan baik. Gunakan pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.


Review dari Yaya : Super best! Tekstur yang ringan tetapi padu. Sangat cepat menyerap kedalam kulit. Ianya tak berbau dan tidak meninggalkan kesan lekit pada wajah. Yaya memang pencinta serum so MoistLoc Hydrating Crystal Serum akan jadi one of my favourite serum lepas ni hihi. Memang syok pakai serum ni lagi-lagi sebelum tidur. Bangun pagi nampak muka fresh je dan lebih soft dari semalam :p


MoistLoc Hydrating Active Gel
RM50.90
Bahan-bahan : Plantal extract complex, PatcH20™, Sacrum Algae, SymCalmin


Pelembab yang memberi ketahanan lebih lama pada kulit wajah dengan tekstur gel yang sangat menyegarkan. Memberi jaminan dengan mengekalkan kelembapan di tahap optimun, Hydrating Active Gel ini menjadikan kulit lebih kenyal dan anjal. Gel krim ini juga boleh digunakan secara ringan pada waktu siang dan digunakan sebagai mask pada waktu malam sebelum tidur. 


Ia berfungsi untuk memperbaharui sel kulit wajah dan memberikan penghidratan yang lebih tahan lama pada wajah secara mendalam. Selain mengekalkan kelembapan, wajah juga akan menjadi lebih berseri kerana formulasi bahan-bahannya yang baik untuk kulit. 

Cara guna : Sapu pada kulit muka yang telah dibersihkan selepas penggunaan utama seperti step sebelumnya. Ratakan pada keseluruhan wajah dan leher dengan urutan lembut.


Review dari Yaya : Sangat best! Gel dia walaupun nampak tebal tapi langsung tak membuatkan kulit kita rasa melekit atau tak selesa. Ianya sangat watery dan mudah menyerap kedalam kulit. Masalah kulit muka Yaya yang kering pun dah makin pulih. Lepas ni kena lebih berdisiplin kalau nak maintain muka yang moist! Yaya ada masalah kulit kombinasi yang mana berminyak di Zon T dan kering di kawasan lain. So masalah kulit berminyak di Zon T pun nampak makin okay. Mungkin gel ni dia balancekan keadaan kulit muka Yaya dan kawal minyak muka dari terlebih keluar hihi. Recomended!


Bagi mereka yang tercari-cari produk yang sesuai untuk merawat kulit muka yang kering, korang boleh cuba rangkaian NUViT MoistLoc Hydrating Skincare ni dahulu. Selain memberi kelembapan yang optimun, masalah jerawat pada kulit wajah Yaya pun dah berkurang. Kalau time datang bulan tu memang tak dapat den nak tolong sebab tu dari perubahan hormon hihi tapi yang penting cepat je muka elok balik lepas tu ;)




My most two favourite is MoistLoc Hydrating Crystal Serum and MoistLoc Hydrating Active Gel ❥


Untuk maklumat lanjut tentang produk NUViT:

Facebook: @Nuvit.Malaysia
Instagram: @nuvitmy
Product Info Line: 1800-88-3679



Terima kasih sudi baca
Viewing all 390 articles
Browse latest View live