Quantcast
Channel: Yaya Natsumi Official Blog
Viewing all 390 articles
Browse latest View live

Gula-Gula Magic | Apa yang Magic?

$
0
0

Gula gula Magic yang tengah laku keras penangan rahsia kecantikan Mawar Rashid. Selalu nampak Mawar post kat IG dia makan Gula gula ni. Yaya pun suka gila dengan Mek Wa tu. Comel gila dia. So terus rasa excited nak cuba Gula gula Magic ni. Hihi

Gula Gula Magic?
Produk makanan berasaskan gabungan khasiat buah-buahan seperti koko, epal, dan buah delima yang digabungkan bersama madu dan juga susu. Diolah dalam bentuk kapsul gula-gula yang sangat sedap serta  mengandungi kolagen yang mampu untuk mencerahkan kulit, melangsingkan badan, anti stress, anti-kanser dan lain-lain. Satu kotak Gula gula Magic mengandungi 30 biji kapsul gula-gula yang boleh dimakan begitu sahaja.


Gula gula Magic keluaran Gah Gemilang Ventures ini sudah berada di pasaran sejak beberapa bulan lepas lagi. Telah terjual lebih dari 1000 unit, Gula gula Magic kini menjadi kegemaran anak muda untuk sentiasa tampil cantik, bertenaga, langsing dan pelbagai lagi khasiat lain.

Gula gula Magic yang merupakan suplemen makanan tambahan ini telah di inovasikan dalam bentuk yang mudah dimakan tanpa perlu dibancuh terlebih dahulu. Senang kan? Hisap dan kunyah sahaja Gula gula Magic ini dan pedepow terus mendapat khasiat keseluruhannya. Yang penting, selalu minum air untuk kekal cantik ;)


Gabungan adik-beradik yang cukup meletop iaitu Sya Rosly dan fashion designer terkenal, Yaya Rosly yang juga merupakan Pengarah Urusan Gah Gemilang Ventures.


Gula gula Magic ini juga sesuai dimakan oleh lelaki mahupun wanita di semua peringkat usia.

Antara kelebihan Gula gula Magic ialah :

✔ Anti stress
✔ Mencerahkan,melicin & menegangkan kulit
✔ Mengecutkan jerawat dan tona kulit lebih sekata
✔ Mengurangkan kulit berminyak
✔ Mengurangkan segugut
✔ Melancarkan kitaran haid
✔ Menegangkan payudara
✔ Menjadikan bentuk badan lebih ramping
✔ Membuang lemak yang berlebihan
✔ Menambahkan susu ibu
✔ Melawaskan pencernaan
✔ Menguatkan ingatan
✔ Melebatkan rambut 


Terdapat 3 perisa yang sangat sedap iaitu :

Epal+Madu 
Coklat+Delima
Susu Kambing+Kurma+Aprikot

Ketiga-tiga perisa diatas terkandung khasiat dan fungsi yang berlainan yang mana ianya memberi khasiat secara menyeluruh untuk sistem dalaman kita. Ianya juga membantu membaik pulih kulit, membantu melancarkan peredaran darah dan juga penghadaman. Susu kambing yang kaya dengan khasiat Vitamin A, B, B2, C, D laktosa, nitrogen, kalsium, zat besi dan juga protein sememangnya baik untuk kesihatan. Susu kambing membantu melancarkan sistem pencernaan, menurunkan berat badan dan menguatkan tulang.

Kandungan epal hijau pula mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, menjaga kesihatan paru-paru, menambah mineral di dalam tulang dan juga membantu kita mendapatkan berat badan yang ideal.


Cara pengambilan Gula gula Magic ialah sebiji sebelum sarapan dan sebiji lagi sebelum tidur. Yaya suka perisa coklat nyum nyum sedapnya. Coklat amat baik untuk tubuh badan yang mana ianya berfungsi untuk menstabilkan tekanan darah, menurunkan kolestrol, anti stress dan juga mengurangkan risiko kanser. Haa Magic ke tidak? Hihi Sedapnya Gula gula Magic ni. Sayang nak habiskan tau! :'D




Gula gula Magic di media cetak! Hebakk~




Harga : RM 39.90 (Semenanjung) RM 49.90 (Sabah & Sarawak) 
(30 biji)


Jom beli Gula gula Magic dan cantik sebelum raya ni. :D

U cantik U sweet! ^_^

Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Gula Gula Magic
Instagram : @gulagulamagic
No Telefon : 012  259 8815



Terima kasih sudi baca

Ephyra Skincare Series | Produk Penjagaan Wajah Terbaik dari Ephyra

$
0
0

Hai semua! Alhamdulillah hampir separuh bulan Ramadhan kita jalani. Lagi separuh pula harus dijalani dan Syawal menanti. Ramai tak sabar nak balik kampung beraya dengan keluarga tercinta sanak saudara ke tu? Masa nilah kita jumpa saudara yang setahun sekali jumpa tu kan? 

Mesti lagi seronok kalau muka bersih glowing gitu bila balik kampung nanti kan? Ehem ehem. Nak bagitahu ni yang sekarang Ephyra sekarang ada produk baru dan juga harga promosi istimewa untuk satu set Ephyra Skincare Series yang mana mengandungi Ephyra Skin Bar, Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum dan juga yang terbaru ialah Ephyra Skin Snow Advanced White Repair Moisturizer Cream.



Ephyra Skin Bar

Yaya percaya ramai dah tahu kebaikan Ephyra Skin Bar ni. Melambak woh testimoni dari pengguna Ephyra Skin Bar ni. Baunya lembut dan wangi sangat. Muka pun rasa fresh dan soft je lepas dicuci dengan Ephyra Skin Bar ni. 

Antara kebaikan Ephyra Skin Bar ialah :
  • Mencerahkan kulit muka
  • Memudarkan jeragat
  • Melicinkan kulit muka
  • Mengecutkan jerawat
  • Memudarkan parut jerawat
  • Merawat lebam di bawah mata
  • Menghilangkan whitehead dan blackhead
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah
  • Memberi kesan glowing selepas basuhan pertama dan seterusnya

Tips jimat : Potongkan sabun kepada 4 bahagian dan simpan baki sabun di tempat yang kering. Boleh tahan lebih sebulan tau kalau pandai jimat. Pakai pada waktu pagi dan sebelum tidur. 



Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

Paling Yaya suka tentang Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ni? Paling suka sangat bila kita apply serum ni sebelum pakai make up! Serius best woo. Make up kita elok je tak kering, tak pecah dan muka terasa lembap sepanjang hari. Suka suka suka! Wajib beli tau! Nak tahu kebaikan yang lain? Yaya senaraikan lagi 10 okay! Hihi

10 Kebaikan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ialah :

1. Mengecutkan jerawat 
2. Menghilangkan parut jerawat & jeragat
3. Menganjalkan & menegangkan kulit wajah yang kendur 
4. Menghilangkan bintik-bintik hitam 
5. Mencerahkan kulit kusam 
6. Memperbaiki tona kulit tidak sekata
7. Mengekalkan kelembapan wajah 
8. Menghilangkan lebam bawah mata 
9. Merawat kulit terbakar ( sunburn ) 
10. Memberikan efek kilauan pada wajah 



Yaya suka tekstur serum ini yang sangat mesra dengan kulit. Tidak melekit, mudah meresap dan memberikan efek lembut kepada kulit muka secara serta-merta tau! Titiskan 2-3 titis dan sapukan ke muka serta buat urutan lembut dari bawah ke atas. Feel je masa sapu serum ni. Lahi pula ianya diperkaya dengan Vitamin E, Vitamin C dan Gluthathione serta menggunakan teknologi Nano dalam penghasilannya. Power ke tidok? 



Banyak ni pun dah cukup dah. Sebotol boleh tahan sehingga ke 2 bulan kalau pandai jimat. Gunakan pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. 

Tips : Pastikan sarung bantal korang ditukar seminggu sekali. Kadang-kala kita tak tahu yang muka bermasalah adalah kerana persekitaran tempat tidur yang berhabuk apatah lagi bantal yang kita alas di muka itu penuh bakteria kalau tak ditukar lebih dari seminggu. Fuhh. Cane nak cantik raya ni kalau malas? No no no. Paling malas pun kalau tak nak tukar sarung bantal, korang boleh standby kain batik untuk buat alas bantal muka masa tidur. Tukar setiap 2 hari. Senang kan? Dan please make sure sentiasa ambil berat tentang persekitaran kita untuk kulit muka yang sihat okay!


Ephyra Skin Snow Advanced White Repair (Day & Night Mousturizer Cream)

Kebaikan Ephyra Skin Snow Advanced White Repair ialah :
  • Menambahkan Lembapan Kulit
  • Menghindari Pigmentasi
  • Menyempurnakan Kecantikan dan Keserian Kulit
  • Memutihkan dan Memberikan Kesan Bersinar
  • Mengurangkan Tompok Hitam
  • Menyamaratakan Tona Kulit
  • Melicinkan kulit wajah
  • Memudarkan Kompleksi Kulit 

Bagi yang belum pernah cuba Ephyra Skin Snow ini, seronok Yaya nak bagitahu yang krim ini sangat best dan ringan di muka selepas disapu. Rasa sejuk je muka lepas pakai krim ni. Paling meletop, sebelum pakai make up please please please sapu Ephyra Skin Snow ni selepas serum. Memang make up tak cepat cair dan lebih tahan lama. Lagi best, Ephyra Skin Snow ini mengandungi Arbutin, Vitamin C, Vitamin E dan Esktrak Buah untuk kebaikan dan kesihatan kulit muka kita. nak lagi best, pakai dua kali sehari pada waktu pagi dan juga sebelum tidur. Nanti bangun pagi keesokannya, korang akan rasa muka glowing woh bila tengok cermin. Suka ke tidok? Kena rajin tau! Hee


Bagi Yaya, Ephyra Skin Snow Advanced White Repair adalah produk yang sangat terbaik. Jujur kata, memang Yaya suka sangat dengan Moisturizer ni. Kulit muka Yaya pun makin lembut, jerawat makin kecut dan kini Yaya tengah pulihkan parut jerawat pula.


Perbezaan antara tangan kanan yang tidak disapu serum Ephyra Skin Nano & Ephyra Skin Snow dan tangan kiri yang telah disapu Ephyra Skin Nano & Ephyra Skin Snow. Fuhh malas nak habaq pepanjang. Korang pun boleh tengok sendiri kan! Tangan kiri yang disapu nampak lebih sihat dan berseri gitu. 




Pastikan belian produk Ephyra yang original sahaja tau! Nak pastikan original tu senang je. Ikuti langkah dibawah :

1-HOLOGRAM 'OC' - korang cuba pandang secara serong pada hologram di setiap kotak produk. Ada nampak huruf OC? Cuba sentuh huruf tu. Boleh rasa 'OC' timbul kan. Yes! Itu adalah OCEANLIFE. 
.
2️- QR CODE - yang ini memerlukan apps utk scan. Alaa macam scan harga kat kedai tu. Korang boleh download Apps QR CODE SCANNER @ apps We Chat pun ada. Cuba korang scan. Secara tak langsung, akan terus keluar PENGESAHAN PRODUK TULEN DARI OCEANLIFE / EPHYRA! 


Jom kita buat revision semula. 
Cukup dengan 3 STEP sahaja terus jadi cantik ^_^

STEP 1 - MENCUCI dengan sabun Ephyra Skin Bar. Formulasi semulajadi Glutathione, Alpha Arbutin dan Kolagen membersihkan wajah daripada sel kulit mati, minyak berlebihan dan kotoran yang hinggap pada wajah setelah seharian terdedah di luar. 


STEP 2 - MERAWAT dengan serum Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum dengan NANO TECHNOLOGY yang dipatenkan di Switzerland menjadikan serum ini sangat mudah menyerap sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam, tidak melekit dan tidak berminyak! 


STEP 3 - MELINDUNGI dengan pelembap Ephyra Skin Snow White Repair. Pelembap muka PERTAMA dengan GENO WHITE TECHNOLOGY ini merupakan pelembap dengan "smart peptide" yang boleh mengawal kadar penghasilan melanin dalam kulit mengikut keperluan kulit kita. Melanin yang terlalu banyak menjadi faktor masalah jeragat dan kulit kusam tau! Pelembap ini juga memberikan kelembapan dan mengekalkannya sehingga 24 jam! 



Testimoni dari Yaya sendiri yang mempunyai masalah jerawat yang agak teruk haritu di bahagian dahi. Gambar After pula baru Yaya ambil pagi tadi hihi malu kita. Yaya kalau pergi kerja memang tak pakai make up yang berat melainkan pencuci, toner, serum, moisturizer dan juga bedak baby! Haa lepas tu pakai lipstik mekah. Tu je rutin penjagaan wajah Yaya sebelum pergi kerja. Kalau pergi event je kita make up tapi still tak tebal. Hihi


Thank you Ephyra Skincare Series! Muahciked :*


Ephyra Skincare Series yang kini semakin mendapat tempat di hati pengguna tegar Ephyra. Jangan lupa dapatkan set Ephyra Skincare Series dengan harga promosi iaitu RM 140(SM) RM 150(SS) sahaja! Kalau beli secara berasingan memang tak dapat la harga ni sayang sayang oii! Antara produk penjagaan wajah yang wajib bagi setiap wanita! Wajib try okay! ^_^


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Oceanlife2u

Instagram : @ephyra2u

Hotline: 019-399 9238 / 03-4141 7889



Terima kasih sudi baca

Berbuka Puasa "Ala Kampung" di Casa Ombak

$
0
0

Hai korang! Rasanya ramai antara pembaca Yaya yang duduk area KL betul tak? Tak pun kot kot ada orang jauh nak datang KL untuk shopping raya terutama sekitar KLCC, bolehlah korang berbuka di Casa Ombak. Nak juadah ala kampung tapi berkonsepkan dalam taman? Memang sesuai sangat kalau nak berbuka di Casa Ombak ni. Terima kasih sis Akma Omar yang sudi menerima baik kedatangan Yaya sekeluarga. Memang seronok lahai dapat berbuka disini bersama keluarga tersayang. Hee


Sekitar pemandangan di Casa Ombak. Memang sungguh cantik dan selesa. Patutlah ramai artis buat event kat sini. Oh pada hari yang sama juga terdapat ramai blogger yang turut hadir memeriahkan lagi sambutan buka puasa di Casa Ombak. Terharunya dengan kemurahhan hati pemilik Casa Ombak ni. Semoga murah rezeki selalu ya! Tak sempat nak bergambar dengan Kak Akma haritu. Busy bebenau dia melayan tetamu sampai diri sendiri tak makan. Ish ish Kak Akma ni >.<


Semua tertarik dengan hiasan pentas di Casa Ombak ni. Bercirikan kampung dan penuh adat kemelayuan. Hee. Kalau nak tahu, kat sini juga disediakan surau dan telekung tau. Memang selesa dan memudahkan tetamu :)

Jom kita usha hidangan buffet ramadhan yang sempat Yaya rakamkan ketika disana. Yang penting, presentation sangat menarik dan menambat hati. Hee












Nampak je macam ni tapi mee goreng dan kuey tiow dekat sini memang sedap betul! Panjang orang beratur tau!



Juga disediakan sudut booth makanan. Bagus tau buat macam ni. Teratur je orang nak beratur dan tidak mengganggu laluan.


Tak boleh lupa rasa ABC kat sini. Masa ambil kali kedua, Yaya sempat puji petugas perempuan yang buat tu. Memang sedap adunan campuran dia. Yaya pernah buat sendiri tapi macam tak sama je macam kat kedai. Maka dengan itu harus kita hargai mereka yang pandai membuatnya. Suka adik tu Yaya puji dia buat ABC. Comel je dia hihi



Antara kuih muih yang sangat menyelerakan. Suka sangat tepung pelita tu dan memang kebanyakan kuih muih yang dihidangkan favorite Yaya. Wee! Sebenarnya banyak lagi hidangan yang disajikan seperti kambing bakar, ikan bakar bersama air asam, roti john, hidangan panas, ayam gorang berempah, ais krim pelbagai perisa dan macam-macam lagilah memang bestlah pergilah berbuka kat sini hoi! Hahaha. Memang seronok okay :D


Selain buffet ramadhan, Casa Ombak juga menyediakan perkhidmatan persediaan majlis untuk mereka yang ingin mengadakan majlis di sekitar KL. Memang best kalau dapat buat majlis kat sini. Lokasi yang sangat santai. Takdelah asyik terperap dalam bangunan je kan :p


Sempat culik anak abam Jamar dan sis Nunu Eera ni. Comel sangat awak ni Danish Hayyan. Cik Yaya rindu dah nak kiss awak. Hee. Tak sempat nak bergambar dengan rakan blogger yang lain. Bateri henpong kita dah nyawa-nyawa ikan. Tapi sempat beramah mesra dengan semua. Ada juga yang baru jumpa first time. Selamat berkenalan! Hihi


Terima kasih sis Akma Omar atas sajian enak yang disajikan. Semoga terus murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin :')
(Maafkan perut ayah kita. Sekarang dah separuh puasa nampak kempis sikit hihi lebiu ayah!)


Wow menarik kan harga untuk setiap pax dewasa dan kanak-kanak? Jangan lupa korang bawa keluarga tersayang berbuka puasa dan menjamu selera hidangan kampung di Casa Ombak. ^_^

Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Ombak Creative 
Instagram : @ombakcreative
Call/whatsapp : 013 6241417 / 012 6621062 / 03 2181 8750



Terima kasih sudi baca

DocLab | Korea's No. 1 Face Ampoule

$
0
0


Pernah dengar jenama DocLab Face Ampoule? Produk kecantikan dari Korea Selatan yang kini telah menembusi pasaran Malaysia dan semakin popular. Walaupun produk ini dari Korea, tapi ianya telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Setiap set kotak mempunyai 5 botol Ampoule yang mana dengan sebotol sahaja sangat mencukupi untuk disapu keseluruh muka dan juga leher. Kalau ada lebih lagi boleh sapu dekat bahagian lengan. Memang rasa fresh sangat dan dalam masa yang sama memberi khasiat untuk kesihatan kulit kita.


Ketika sesi penerangan tentang produk DocLab Face Ampoule.


Kandungan utama DocLab Face Ampoule iaitu Hyaluronic Acid mampu merawat masalah kulit kering dan memberi kelembapan semulajadi untuk jangka masa yang panjang. Kalau nak tahu, ianya juga berfungsi untuk meningkatkan kenajalan kulit muka, anti penuaan, anti kedutan, merawat jerawat dan juga jeragat di tahap sederhana.


Bergambar kenangan bersama blogger yang hadir.
Credit picture : Syafiera



Kelebihan Doclab Face Ampoule adalah seperti berikut :
  • Diperbuat dari bahan semulajadi
  • Tanpa bahan kimia, tanpa alkohol dan bebas dari haiwan
  • Hyaluronic Acid: Membantu masalah kulit kering
  • Ekstrak ginseng: Untuk membantu menangani masalah garis-garis halus dan kedut
  • Ekstrak tumbuhan semulajadi
  • Vitamin E : Anti oksidan semulajadi dan kombinasi formula yang berasaskan dari bahan botanikal
  • Arbutin : Untuk mencerahkan kulit tanpa kesan sampingan
  • Witch Hazel Extract and Aloe Vera Leaf Extract untuk memelihara kelembapan kulit wajah


Simpan DocLab Face Ampoule di tempat yang dingin dan jauhkan dari cahaya matahari untuk menjaga kualitinya. DocLab Face Ampoule yang telah dibuka boleh bertahan selama 24 jam dan hanya untuk sekali penggunaan. Cara nak buka penutup botolnya juga memerlukan tenaga penuh sebab botolnya yang kecil. Pastikan tidak tertumpah tau.  




























Doclab Face Ampoule yang mengandungi bahan utama iaitu Hyaluronic Acid, Ekstrak Ginseng, Kolagen dan ekstrak daun Aloe Vera ini berfungsi untuk :

  • Memelihara lembapan kulit
  • Mengecilkan liang pori
  • Mengurangkan masalah kulit berminyak
  • Memperbaiki sel dan struktur kulit
  • Mengembalikan kolagen pada kulit
  • Menghilangkan jeragat dan bintik hitam di wajah
  • Mengurangkan kedutan, garis-garis haus dan kesan penuaan
  • Mengatasi masalah kulit kering
  • Meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit muka
  • Membuatkan make up tahan lebih lama dan menyerlah

Kandungan yang terdapat dalam sebotok DocLab juga berfungsi untuk meningkatkan sintesis kolagen sekaligus mengunci lembapan semula jadi serta menjadikan wajah muda jelita. Ia dihasilkan oleh pakar untuk mengatasi masalah kulit seperti kekeringan, kulit kusam, initasi, hiperpigmentasi dan penuaan. Paling penting, ianya tiada alkohol, tiada bahan berasaskan haiwan, tiada silikon dan juga tiada paraben. 100% selamat untuk kecantikan kulit wajah kita. Yayy! Tak hairanlah DocLab Face Ampule ini merupakan jenama Nombor 1 di Korea! :D


DocLab Hyaluronic Acid Face Ampoule 
RM 138.00/box/5 ampoules

Nak beli DocLab Face Ampoule dengan potongan diskaun sebanyak RM50? Jangan lupa gunakan promo code dibawah. Cepat tau! Sah sehingga 30 June 2016 ini sahaja dan untuk pembelian secara online! Nak lagi cepat terus hubungi Lim Chih Ling di talian 019-206 2386. Selamat bercantik-cantik di hari raya! Wee~

PROMO CODE : doclabbeauty

Untuk maklumat lanjut :


Facebook : DocLab

Instagram : @doclabkr

Hotline : 019-206 2386

Terima kasih sudi baca

Kiss Me | Heroine Make Volume & Curl Mascara Advanced Film

$
0
0


Hai semua! Siapa kat sini mempunyai bulu mata yang pendek macam Yaya? Kalau bulu mata kita pendek, memang kita geng! Jealousnya Yaya bila tengok orang lain yang ada bulu mata panjang, cantik dan lentik. Makin terserlah kecantikan mata mereka kan? Maka dengan itu, walaupun bulu mata Yaya pendek tambah pula dengan pakej bermata sepet, semua itu boleh ditangani dengan adanya mascara best dari jenama Kiss Me Heroine Make Volume & Curl Mascara Advanced Film! ^_^


Kiss Me Heroine Make Volume & Curl Mascara Advanced Film berfungsi memberikan efek bulu mata yang panjang dan lebih bervolume atau lentik gitu. Menariknya, bulu mata ini mempunyai 2mm fibers yang menjadikan bulu mata kita lebih lembut dan mmberikan kesan lentikan. Fomula yang terdapat dalam Kiss Me Heroine Make Volume & Curl Mascara Advanced Film membuatkan mata kita lebih nampak cantik dan menawan. Hihi

Jom tengok mata Yaya sebelum dan selepas menggunakan Kiss Me Heroine Make Volume & Curl Mascara Advanced Film! :p


SEBELUM : Terserlah keadaan mata Yaya yang agak sepet dan juga bulu mata yang hidup segan mati tak mahu. Macam tak nampak langsung kan? :(




Mana bulu mata saya? >.<


Okay sekarang jom kita try lapisan pertama Kiss Me Heroine Make Volume & Curl Mascara Advanced Film!


SELEPAS : Sekejapnya dah terserlah bulu mata kita yang tersorok :O




Rupanya bulu mata Yaya ni cantik juga. Hihi perasan :p


Nampak tak perbezaan mata kiri dan mata kanan. Gambar bulu mata di bahagian kanan nampak lebih panjang dan tebal. Untuk pengetahuan semua, Yaya tidak menggunakan pelentik bulu mata ya untuk menampakkan kesan efektif berus itu sendiri :)


Kalau rasa nak kesan yang lebih dramatik, boleh sapukan Kiss Me Heroine Make Volume & Curl Mascara Advanced Film ke bulu mata anda secara berulang-kali sehingga mendapatkan hasil yang memuaskan. :)


Kalau nak tahu, kandungan istimewa yang terdapat dalam Kiss Me Heroine Make Volume & Curl Mascara Advanced Film ini ialah camellia oil, ekstrak royal jelly, argan oildan jugawild rose oil. Dengan semua khasiat yang terkandung tanpa bahan kimia yang berbahaya, ia membuatkan bulu mata kita lebih sihat dan selamat. Tak hairanlah jenama Kiss Me ini merupakan jenama No. 1 di Jepun! 


Yang paling best tentang Kiss Me Heroine Make Volume & Curl Mascara Advanced Film ini juga ialah, walaupun bersifat waterproof, ianya masih mudah dibersihkan tau. Takdelah mata kita jadi mata panda nanti. Yayy! :D


 OMG tak boleh stop selfie lepas pakai Kiss Me Heroine Make Volume & Curl Mascara Advanced Film ni! Hahahaha layan jelah ye! :p :p




Kiss Me Heroine Make Volume & Curl Mascara Advanced Film ini boleh didapati di Sasa dan Watsons yang terpilih di seluruh Malaysia dengan harga RM49.90.


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : KissMeMY

Instagram : @kissmemalaysia



Terima kasih sudi baca

HAIRDEPOT loft | Syurga Penjagaan Rambut

$
0
0




Hai semua! Siapa kat sini ada masalah rambut? Tak kiralah rambut gugur ke, kelemumur ke, kering ke bercabang ke dan lain-lain lagi. Tapi nak buat rawatan rambut menggunakan bahan semulajadi yang tidak memudaratkan? Yes! HAIRDEPOT loft lah jawapannya! 


Masa Yaya pertama kali menjejakkan kaki ke HAIRDEPOT loft yang bertempat di LG311G, One Utama Shopping Center (New Wing), memang kagum dan excited sangat! Pelbagai produk penjagaan rambut di bawah satu bumbung HAIRDEPOT loft. Seronok sangat nak membeli belah produk penjagaan rambut kita. Iyalah. Rambut kan mahkota wanita. Nak juga rambut cantik walaupun bertudung. :p



Untuk pengetahuan semua, HAIRDEPOT loft telah mula beroperasi sejak tahun 2009 dan sehingga kini, terdapat 30 cawangan HAIRDEPOT loft yang telah dibuka demi memenuhi permintaan generasi masa kini yang semakin mengambil berat tentang kesihatan dan penjagaan rambut.


Terdapat 13 jenama produk penjagaan yang dijual di HAIRDEPOT loft iaitu Midori, Hair Milk, Herbalogist, HAIRDEPOT, Greenology, Ecru Little Green, Ecru NewYorkStreets, Cab’s, Aurane, Erayba, Phytorelax, Farcom Mea Natura, Farcom B-Style dan Farcom Aler. Yang pastinya, kesemua jenama ini mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri.


Nampak tak botol comel putih + pink + biru tu? Itu ialah Deep Nourishing SPA for Head Spa. Bau dia serius lahai wangi gila. Yaya beli tau sebab bau dia memang sedap! Sampai rasa nak makan rambut sendiri je bila pakai. Haha!


Menariknya, terdapat pelbagai sudut yang memudahkan pelanggan untuk terus mencari produk yang bersesuaian di rak yang disediakan. Kemas dan teratur sungguh. Sambil mencari, kita juga boleh mencuba produk tester yang disediakan. Kebanyakan produk sangat berbau natural dan tidak menyakitkan hidung seperti kebanyakan produk penjagaan rambut yang lain. Jom join Yaya dalam misi mencari produk pilihan! Tak sabar nak guna. Hihi


Sebenarnya, Yaya sangat tertarik dengan produk dari MIDORI. Kebanyakan produk dari MIDORI amat bersesuaian dengan Yaya yang mempunyai masalah rambut gugur. Rambut Yaya panjang tetapi agak nipis. Memang sayanglah nak potong kan? Jadinya, produk dari MIDORI ini mungkin sesuai untuk menyelesaikan permasalahan rambut Yaya. :D






Yang lagi best, korang jangan risau kalau buntu untuk mencari produk yang sesuai. Sebab nanti ada amoi cantik yang bertindak sebagai konsultan dan meneliti produk yang paling sesuai dengan masalah rambut kita. Memang seronok! Hee


Bukan setakat untuk rambut sahaja. Produk penjagaan badan pun terdapat disini. Harga? Memang berbaloi sangat! Yang penting, produk di HAIRDEPOT loft menggunakan bahan semulajadi dan selamat digunakan. Yayy!



Di sini juga turut menjual set peralatan untuk penggayaan rambut. Yaya tertarik dengan sikat tu yang mana ianya menggunakan ion technology dalam pembuatannya dan bertindak untuk mengemas, mengalun dan menyihatkan rambut kita. Power oh!




Sekarang ni sedang berlangsung promosi menarik di HAIRDEPOT loft cawangan One Utama sahaja tau! Nak lagi best? Haa tunggu di akhir entri okay :p





Mana satu kita nak beli ni? Rasa nak grab je semua sebab semua memang best sangat khasiatnya untuk rawatan rambut dan kulit kepala. Kalau nak tahu, HAIRDEPOT loft  juga mempunyai peminatnya yang tersendiri khususnya mereka yang sentiasa menitik beratkan penjagaan rambut samada berhijab mahupun tidak.


Produk penjagaan bayi pun ada disini. Memang sesuai sangat untuk si ibu yang mencari produk penjagaan bayi dan dalam masa yang sama memastikan si manja mendapat rawatan yang terbaik dari bahan-bahan yang terbaik. Semuanya ada di HAIRDEPOT loft ! ;)



Hair Milk? Wow sekarang susu pun sudah diinovasikan untuk penjagaan rambut kita. Bau hair milk ni memang sedap sangat pun Yaya rasa nak makan jugak! Hihi






Ehem ehem. Hair perfume? Selalu kita susah nak cari hair perfume yang best kan? Tapi jangan risau. Di HAIRDEPOT loft, terdapat hair perfume yang memang tersangatlah wangi gila. Yang paling penting, selain berfungsi untuk mewangikan rambut ianya juga memberi perlindungan dari sinaran UV, melembutkan rambut, membuat rambut nampak sihat berkilau serta lain-lain lagi. Memang terbaik boh!


Cantik dan unik sungguh botol set penjagaan rambut di HAIRDEPOT loft :D


Jangan lupa tau korang datang ke HAIRDEPOT loft yang bertempat di LG311G, One Utama Shopping Center (New Wing) okay! Jangan malu-malu okay sebab ada konsultan yang comel-comel dan baik hati sedia membantu. Wee!


Antara produk penjagaan rambut yang sempat Yaya grab demi merawat masalah rambut gugur Yaya.  Memang excited nak cuba tau!


Bergambar kenangan bersama rakan blogger yang turut serta dalam misi pencarian produk penjagaan rambut. Hihi

Jom tengok produk penjagaan rambut pilihan Yaya ^_^


1) Midori Secret Energy Scalp Peeling Gel | RM 66
Gunakan sebelum mencuci rambut. Spray di kulit kepala dan kemudian urut perlahan sehingga semua khasiat itu sebati di kulit kepala kita. Kemudian, tunggu selama 10 minit untuk melembutkan kotoran di kulit kepala sebelum bilas. Digalakkan untuk penggunaan 2 minggu sekali jika mempunyai masalah kelemumur yang teruk. 


2) Midori Secret Energy Hair Growth Shampoo | RM 48
Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah rambut gugur seperti Yaya. Syampu ini berfungsi untuk membersihkan kulit kepala kita secara semulajadi. Lagi best korang pakai Midori Secret Energy Scalp Peeling Gel dulu dan bilas dengan syampu Midori Secret Energy Hair Growth Shampoo ini. Kalau nak syampu hari-hari pun boleh dan lagi cepat masalah rambut gugur dapat diatasi. Rambut takkan gugur dalam kuantiti yang banyak sekiranya kulit kepala kita dalam keadaan sihat.


 3) Midori Secret Energy Power Tonic | RM 85
Haa ni best tau! Yaya suka sangat. Lepas syampu rambut dan agak-agak rambut dalam keadaan lembap tu, spray kulit kepala korang dengan  Midori Secret Energy Power Tonic ni dan kemudian urut perlahan sehingga rata. Sejuk dan segar je rasa kulit kepala bila pakai Midori Secret Energy Power Tonic ni dan kemudian berhijab dengan pelbagai gaya. Tampil yakin dan segar walaupun berhijab! :D


4) Argan Oil Hair Serum | RM 89

Rasanya semua orang dah tahu mengenai khasiat argan oil yang sudah semestinya tidak dapat disangkal lagi. Selepas lalui ketiga-tiga step diatas, last sekali harus kita sapukan Argan Oil Hair Serum ini di hujung rambut kita. Memang best sangat tau. Ianya merawat struktur hujung rambut yang kering dan bercabang. Selalunya kalau lepas mandi bila kita sikat rambut mesti rambut tersekat kan? Tapi dengan menggunakan Argan Oil Hair Serum ni, rambut kita akan sentiasa lembut oh my Yaya suka sangat. 

Korang nak juga tak Argan Oil Serum ni secara percuma? Haa senang je! Baca perenggan seterusnya! 


Argan Oil Hair Serum Percuma!

Untuk 100 TERAWAL, kalian boleh mendapatkan Argan Oil yang bernilai RM89 ini secara PERCUMA di @hairdepot_my One Utama apabila mengikut langkah mudah iaitu :


2. REPOST gambar ini di Instagram [ klik sini untuk link gambar ]


4. TUNJUK gambar yang telah kalian repost di IG kepada staf @hairdepot_my di One Utama

5. Secara automatik kalian akan mendapat Argan Oil secara PERCUMA! Sah dan terhad untuk 100 yang terawal sahaja sebelum 15 Julai 2016. Jangan lupa datang ke Hair Depot Loft yang terletak di LG, New Wing One Utama untuk tebus Argan Oil sehingga stok masih ada! 

#HairDepotMy #HairCare #Hair #HairTreatment #HairDepotLoft #OneUtama #1Utama


Treat Your Hair Right!

Untuk maklumat lanjut dan pembelian secara online :



Instagram : @hairdepot_my

WhatsApp +60122407070

Alamat : LG 311G, 1 Utama Shopping Centre (New Wing) 


Terima kasih sudi baca

Hotel Bangi Putrajaya | Buffet Ramadhan

$
0
0



Mukadimah entri ini dimulakan dengan gambar gadis comel bernama Farissa. Hihi. Farissa ni adik Shawn tau korang. Cantik comel sangat tak macam adik abang dia. Hohoho :p


Kebetulan haritu Yaya dan Farissa berkesempatan untuk berbuka puasa di Hotel Bangi Putrajaya. Ini kali kedua Yaya berkesempatan ke Hotel Bangi-Putrajaya. Hotel yang cantik, bersih, kemas and of course sangat ekslusif uols. Untuk orang jauh yang teringin menginap di sekitar Bangi, molek sangatlah korang bermalam disini okay! :D


Memang selesa sangat persekitaran untuk berbuka puasa di sini bersama ahli keluarga, rakan kerja dan juga pasanagan . Tengok macam ni pun dah seronok kan? Yang penting, kena buat reservation dulu tau.


Sejenis Yaya pula, bila pergi food review je mesti nak usha bahagian dessert dulu. Seronok la tengok makanan manis-manis ni. Automatik terasa adrenalin kita meluncur gembira. Kita suka tengok dessert cantik-cantik! Wee!




ABC dan Cendol pun ada! Bestnya boleh main-main buat ABC sendiri. Tapi jangan sampai membazir tau! Babap karang.


Sebagai pencinta buah, dengan melihat susunan begini pun dah rasa gembira. Buah-buahan disini semuanya segar dan manis belaka. 


Aiskrim Gelato ala-ala Istanbul Aku Datang pun ada disini. Nyums!

Menariknya, dengan keluasan yang ada, pihak Hotel Bangi-Putrajaya bijak mengendalikan ruang. Terdapat dua bahagian dimana pelanggan boleh mengambil masa mereka meninjau kesemua makanan yang ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam tanpa berebut atau beratur panjang (kecuali bahagian kambing bakar lah kan wajib beratur hihi) 


Bersama para chef yang mesra dan sporting bila suruh pose. Hihi. Stesen ini menghidangkan pelbagai jenis sup. Self-services dan ambil ikut selera kita. Ada orang tak mahu kacang, ada orang nak daun sup sikit. So terpulang kepada pelanggan. ;)







Kambing bakar yang sangat awesome! Sedap sangat woih!


Ikan bakar pun ada! Semua ada kat sini. Ada stesen goreng-goreng, Indian Corner (kari kepala ikan yang power), Nasi Kerabu, Pulut Durian Serawa, Char Kuey Yiow, BBQ Mongolian dan pelbagai lauk-pauk nasi putih yang amat menyelerakan. So far, in adalah buffet ramadhan terbaik yang Yaya pernah pergi. Yayy!


Tetamu juga turut didendangkan dengan irama klasik yang sangat menghiburkan.




Paling win dan paling terbaik! Pepper Butter Prawn. Yaya sampai teringat-ingat rasa dia yang sangat sedap. Fuhh. Memang puas hati sangat. Farissa pun suka. ^_^


Nampak menyelerakan betul. Kemain kilat habis kuali dia tu takde comot-comot.


Dim Sum pun ada!


Jangan lupa datang sini tau korang! :D

Harga untuk buffet Citarasa Ramadan di Hotel Bangi Putrajaya adalah seperti dibawah :


Menarik kan? Yang penting memang sedap dan sangat berbaloi-baloi. Jangan lupa pergi okay! :)


Untuk maklumat lanjut :

Telefon : 03-8210 2222 
Email : fb_reservations@hotelbangi-putrajaya.com



Terima kasih sudi baca


Keunikan Citarasa Thai di Mr. Tuk Tuk, Sunway Pyramid

$
0
0



Hai korang! Siapa kat sini peminat makanan Thailand? Haa ni Yaya nak perkenalkan kat semua antara makanan Thai yang sangat-sangat unik yang disajikan di Mr Tuk Tuk. Yang Yaya pergi ni di cawangan Sunway Pyramid. Baru sangat dibuka dan sudah mula beroperasi dari Jun 2016. 



Menariknya, dekorasi dan hiasan dalaman Mr. Tuk Tuk ni memang tersangatlah cantik dan membuatkan pengunjung lebih berselera gitu. Mana taknya, kesemua susun atur sangat sesuai untuk mereka yang suka bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan dalam jumlah yang ramai. Memang syok ah! Meh Yaya tunjuk kat korang hiasan dalaman Mr. Tuk Tuk ini ya! ^_^














Cantik sangat kan?


Ok sekarang jom kita berkenalan dengan pelbagai sajian top yang menjadi pilihan pelanggan yang datang ke Mr. Tuk Tuk ini. Yang penting, memang sungguh sangat menyelerakan!


Set Menu 2 | RM 17.80 
Set Menu 2 ini dihidangkan bersama Ayam Pandan yang sangat wangi , Kerabu Mangga Thai, Fish Fillet yang rangup digabungkan bersama nasi dan sos Thai. Memang terangkat beb!


Tom Yam Fried Rice | RM 8.80
Ini memang favorite semua orang! Memang sedap sungguh tau Nasi Goreng Tom Yam ni. Portion pun banyak boleh makan untuk 2 orang. Rasa keaslian Nasi Goreng Tom Yam ni memang membuatkan kita rasa seperti berada di Thailand. Memang kaw.


Fried Chicken Wings | RM 8.80
Nampak seperti ayam goreng biasa tapi siapa sangka rakan Yaya siap request plate yang kedua. Kepak ayam goreng ini memang sangat garing dan terasa rempah asli masakan Thailand. Hee


Chicken Tom Yam | RM 8.80
Sesungguhnya Yaya memang seorang peminat Tom Yam. Kalau demam ke, takde selera makan ke, beli je tom yam kat Yaya. Confirm akan terus berselera. Begitu juga dengan Tom Yam Ayam di Mr. Tuk Tuk, memang sangat sesuai untuk peminat Tom Yam merasai sendiri Tom Yam resepi asli dari Thailand. Penuh isi dalam tu, memang ada umphh!


Thai BBQ Lamb | RM 11.80
Hoyeah. My favorite ever! Thai BBQ Lamb ini membuatkan Yaya tak sabar nak datang lagi. Kalau pergi Sunway Pyramid memang nak order lagi Thai BBQ Lamb ni. Diperap denagn sos istimewa, rasa kambingnya memang sangat enak, daging pun lembut dan empuk sangat. Rasa manis-manis perapan tu yang buat Yaya suka sangat. Very recommended untuk peminat kambing macam Yaya. Hehe 


 Thai Special Platter | RM 23.80
Kalau tak minat kambing tak apa sebab ada hidangan ayam! Hihi. Untuk Thai Special Platter, ianya termasuk Kerabu Betik, Sate Thai, Keropok udang dan juga Ayam Madu dan spring yang sangat sedap bila dicicah dengan kuah sate tu. 


Tom Kha Chicken | RM 8.80
Yaya first time cuba Tom Kha Chicken ni yang rasanya ala-ala Green Curry gitu. Boleh pilih samada nak Ayam ataupun Seafood. Yang pasti, memang unik rasanya. Ada rasa santan dan manis-manis pedas. Hehe


Fried Glass Noodles | RM 8.80
Pencinta suhoon atau suka makanan yang tak pedas? Haa korang boleh cuba Fried Glass Noodles ni. Tak payah kunyah lama-lama boleh terus telan. Unik sangat ni apabila dihidangkan panas-panas. Tapi hati-hati tau jangan terpegang besi dia. Melecur nanti macam Yaya. Tak perasan masa terpegang tu. Hahaha


Thai Crispy Fried Kangkung | RM 9.80
Fuhh layan tau makan Kangkung goreng crispy ni. Memang rangup dan layan sangat. Macam makan keropok tapi sebenarnya sayur. Untuk yang tak suka sayur kalau korang makan ni mesti terus suka sayur. Hehe


Phat Thai | RM 8.80
Howaaa. Ni memang favorite Yaya juga. Rasa nak bungkus bawa balik sebab sedap sangat la. Memang citarasa Yaya. Kueytiow halus digoreng kering sedikit which is memang my favorite yang goreng kering ni lepas tu digaul bersama serbuk pedas dan bahan-bahan lain disekelilingnya. Memang recommended sangat ni. Aaa nak makan lagi!


Thai Pomelo Salad | RM 11.80
Dah lama tak makan buah bali. Siapa sangka buah bali juga boleh dijadikan salad. Memang unik betul makanan dan resepi dan Thailand ni. Buah bali itu digaul dengan kacang, udang kering, bawang, daun bawang, daun sup, sos istimewa dan lain-lain.


Lab Khai | RM 9.80
Kebanyakan hidangan hidangan Thailand berasaskan sayur-sayuran. Nak rasa ulam-ulaman versi Thailand yang dimakan bersama kerabu ayam? Memang unik dan menarik. Yang bestnya, Kesemua ulam dan sayur-sayuran sangat segar dan rangup!


Fresh Whole Coconut | RM 9.80
Menu minuman yang wajib untuk semua restoran Thai. Air kelapa fresh! Hee macam-macam menu minuman di Mr. Tuk Tuk ni. Ada juga jus tembikai yang sangat sedap tau. Tapi paling legend mestilah Teh Ais Thailand. Susah nak dapat kat gerai biasa. Hee


Tako | RM 6.90 dan Mango with sticky rice| RM 7.90
Kalau teringin nak kuih tako yang ala-ala tepung pelita dan Pulut Mangga Thailand, tak payah susah-susah nak tunggu bulan puasa atau hari tertentu. Hari-hari ada hidangan ini di Mr. Tuk Tuk tau! Sedapnya!



Water Chesnut (Red Ruby) in Coconut Cream | RM 7.90
Yaya tak sempat nak rasa hidangan ini sebab lari pergi surau kejap. Yang pastinya semua kata sedap sangat. In sya Allah nanti bila pergi Mr. Tuk Tuk lagi Yaya akan order ni dua mangkuk! Hihihi



Nak kelainan yang lain yang lagi unik? Haa korang kena cuba Green Curry Ice Cream, Tom Yam Ice Cream dan Thai Ice Tea Cream yang mana rasanya sangat unik tetapi dalam versi sejuk. Fuhh kalau datang sini, Jangan lupa cabar diri sendiri untuk cuba ketiga-tiga aiskrim ni okay! ^_^


Antara menu lain yang dihidangkan di Mr. Tuk Tuk. Memang sangat pelbagai untuk mereka yang suka nak cuba macam-macam menu makanan Thailand. Yang pastinya, harga untuk setiap hidangan adalah sangat berbaloi tau!





Jangan lupa datang ke Mr. Tuk Tuk di Sunway Pyramid tau korang! ^_^


Mr. Tuk Tuk
Alamat: LG2.27 Sunway Pyramid
(opposite Cold Storage)
Telefon: 03-5612 5738

Facebook: www.facebook.com/mrtuktuk
Instagram: @mrtuktuk_my



Terima kasih sudi baca

Western Murah di The Humble Chef, Bukit Damansara

$
0
0


Mesti pernah dengar restoran The Humble Chef ni kan? Famous molek dah dengan western dia yang murah, sedap dan unik! Bertempat di Bukit Damansara, The Humble Chef menyajikan hidangan dengan harga bermula dari serendah RM2.50!


Amboi kedai cantik cenggini takkan murah sangat? Tak percaya? Depa dah lekat elok menu dan harga kat cermin pintu masuk okay. So tak payah ragu-ragu nak cuba makanan kat sini. Hihi


Antara menu berhantu yang disajikan dengan harga terendah :) 
*harga mungkin berubah mengikut pasaran harga semasa


Sekitar pemandangan di The Humble Chef. Sangat selesa untuk bersantai bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Nak sambut birthday kat sini pun boleh! Hee





Hello! Jom kita cuba antara menu menarik yang mendapat banyak permintaan dari pelanggan. Hehe


Mushroom Soup - RM5.00

Rasa sup cendawan yang lain dari yang lain dengan campuran herba istimewa. Untuk mereka yang suka kelainan, boleh cuba mushroom sup disini. 


Laksa Goreng - RM6.00

Omagosh! Favorite! First time dalam hidup cuba laksa goreng. Kenyal-kenyal yang sangat mengasyikkan. Yang penting, rencah semua memang cukup dan sedap! Wajib cuba!


The Humble Chef Sandwich - RM3.00

Pun wajib cuba! Daging lembu / daging ayam yang dicincang diolah bersama cendawan, daun salad dan juga telur dan kemudiannya di apit oleh roti bakar rangup panas-panas masuk mulut nyum nyum serius sedap!



Spaghetti Bolognese - RM5.00

Bagi peminat spaghetti, pernah dapat tak harga cenggini dalam kedai cantik? Confirm memang takkan dapat melainkan di The Humble Chef! 


Lamb Chop - RM20.00

Masterpiece! Serius sedap sangat sangat dan Yaya sangat rekomen kat korang untuk cuba Lamb Chop Spaghetti ni. Dapat dua keping daging kambing lepas tu makan bersama sos istimewa yang seriously sedap. Berbaloi dengan harga. Kenyang sampai esok. Hihi


Maka tak hairanlah orang ramai sanggup beratur menanti hidangan mereka kerana sesungguhnya dengan portion yang banyak dan dengan harga yang murah, Yaya pun sanggup beratur lama sebab memang confirm sedap seperti kebanyakan orang bagitahu. Nak dating secara bajet tapi engko takmo kalah nak juga makan western? Jemput datang ke The Humble Chef dan bahagiakan pasangan korang. Hihi


Untuk maklumat lanjut :

RESTORAN HUMBLE CHEF
54, Jalan Medan Setia 2, Plaza Damansara
Bukit Damansara, 50490, Kuala Lumpur

Waktu Perniagaan :
Dibuka setiap hari bermula jam
10 pagi - 10 malam (weekdays)
11 pagi - 11 malam (weekend)

Instagram: @mrhumble

Telefon:
014-229 6854 (Rosman)

Kredit foto : Yanty | Uzu

Terima kasih sudi baca

Ceriakan hari anda dengan wangian Mary Kay Upbeat for Her Eau de Toilette

$
0
0

Hai semua. Siapa kat sini pencinta minyak wangi? Yaya sendiri salah seorang pencinta minyak wangi tau! Rasa tak lengkap kalau keluar rumah tak pakai perfume. Hihi. Sekurang-kurangnya ia memberikan keyakinan kepada diri kita untuk berhadapan dengan masyarakat. Tapi please jangan pakai wangian yang kuat dan memeningkan kepala mereka yang berada di sekitar kita ye ^^'


Yaya nak suggest kat semua perfume best dari Mary Kay iaitu Upbeat for Her Eau de Toilette. Kenapa Yaya suka perfume ni? Bau dia sangat lembut dan wangi serta boleh bertahan untuk tempoh setengah hari walaupun kita banyak melakukan aktiviti harian. Selain itu, yang paling penting sekali, kalau kita tengah tiada mood, bila pakai perfume ni confirm mood akan ceria semula tau! Wee!


Kalau nak tahu, tagline untuk Mary Kay Upbeat for Her Eau de Toilette ialah "Fragrance For The Music". Uniknya, ia diinsprisikan untuk mereka yang gemarkan muzik dan untuk mereka yang sentiasa ceria dan bersemangat untuk menjalani aktiviti harian. Tengok sahaja pada botol kacanya yang comel dan juga warna kotaknya yang ceria ini.


Mary Kay Upbeat for Her Eau de Toilette

Nak dapat bayangan bagaimana bau Upbeat ni? Yaya akan bagi 3 jenis notes yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk semua ;)

Opening Notes   
Gabungan bauan beri merah, epal segar dan juga aprikot yang mana memberi sensasi bauan yang lembut dan sangat unik.

Middle Notes 
Juga dipanggil sebagai backbeat, gabungan jasmine rose, muguet dan wild honeysuckle menghasilkan bau bungaan lembut dan memberi efek ceria kepada si pemakai. Kalau dengan muzik dalam kereta, bahu kita pun boleh bergoyang tau! Hihi 

End Notes
Boleh juga dipanggil sebagai finishing, gabungan patchouli, skin musk, amber dan juga agarwood memberikan mood yang positif kepada si pemakai. Walaupun ia wangian khusus untuk perempuan, Yaya percaya kebanyakan lelaki juga akan sukakannya kerana terdapat aroma kayu-kayuan. Kalau nak tahu kan, Shawn pun suka tau bau ni. Sibuk juga dia nak pakai perfume kita ni. XD


Yang pastinya, Yaya sangat suka dengan perfume Upbeat ni. Sangat membangkitkan mood pada setiap pagi apabila Yaya sembur di titik utama nadi. Bila rasa boring je, mesti rasa nak cium pergelangan tangan sendiri untuk menikmat bauannya yang sangat segar dan menceriakan. 


Mary Kay Upbeat for Her Eau de Toilette kini boleh didapati mulai 1hb Julai 2016 pada harga RM89 sahaja untuk 60ml. Untuk perfume yang sangat wangi ini, Yaya rasa sangat berbaloi okay! 


Untuk maklumat lanjut, boleh terus hubungi Perunding kecantikan bebas Mary Kay di talian 03-77117500 dan layari www.marykay.com.my untuk pembelian secara atas talian. Paling penting sekali, jangan lupa LIKE facebook page Mary Kay untuk mengetahui info terbaru! https://www.facebook.com/MaryKay.com.my/



Terima kasih sudi baca

Ignius Luban - Makanan Sunnah Tambahan Untuk Anak Anda

$
0
0

Pelancaran produk I G-Nius



I G-Nius luban telah dilancarkan pada 15 ogos 2016 buat julung kalinya di sebuah Madrasah tahfiz di Klang, Selangor. Produk ini yang dikenali sebagai I G-Nius yang berasaskan makanan sunnah iaitu Luban. Ini adalah satu-satunya herba makanan sunnah di malaysia yang diformulasikan dalam bentuk jus.





MHS Mahakarya Resource selaku pengeluar produk ini telah melakukan pembangunan dan penyelidikan (r&d) bagi produk selama setahun sebelum ianya dikormersialkan di pasaran tempatan. Ianya bermula daripada salah seorang ahli keluarganya yang bekerja di Jordan yang menyedari tentang khasiat yang ada dalam Luban dan mempengaruhi syarikat ini untuk membantu dan menyedarkan masyarakat Malaysia bahawa makanan sunnah dari Luban ini amat memberikan seribu kejayaan.






Inilah rahsia bagaimana ahli tahfiz di Jordan sangat kuat ingatannya dlm mempelajari quran, begitu jua kehebatan I G-Nius Luban. ini mahu ditunjukkan oleh pengasas yang lebih dikenali sebagai hamka kepada anak anak dan ibu yang mengandung di Malaysia.



(Pohon Luban yang banyak di kawasan-kawasan beriklim panas seperti Oman, Yaman, Mesir, Egypt dan sebagainya.)


Apakah keistimewaan luban?

  •  Salah satu makanan sunnah yang menjadi warisan sejak turun temurun.
  •  Meningkatkan keyakinan diri.
  •  Meningkatkan tahaptumpuan pada pembelajaran.
  •  Menyuburkan niat anak-anak dalam mnghafal semua subject dan al-quran
  •  Meninggikan kecergasan dan ketajaman akal.
  •  Merawat saraf lidah untuk memudahkan masalah pertuturan.
  •  Amat sesuai pada anak yang lemah daya ingatan dan hafalan.
  •  Dapat mngelakkan daripada serangan kanser.



(Ini adalah sebahagian daripada Luban atau dikenali sebagai Boswellia Thurifera)

Kandungan I G-Nius telah disahkan oleh pihak KKM. Antara bahan yang digunakan ialah ekstrak dari kurma, buah delima, buah tin, gam arab, badam, habatus sauda, madu dan kismis.


Pencarian ejen dan stokis I G-Nius Luban

Adakah anda mencari peluang bisnes yang boleh menjana pendapatan yang lumayan dan berterusan? Rebutlah peluang menjadi pengedar dan stokis produk I G-Nius yang sah sekarang dengan modal permulaan yang sangat rendah.


Promosi & tawaran berganda.
 1. Hadiah menanti bagi stokis yang berjaya mengandakan jualan.
 2. Berpeluang menikmati aktiviti menarik seperti melancong, beriadah
 3. Pelbagai lagi peluang yang menarik serta ekslusif menanti.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Website: www.Ig-nius.Com

Facebook rasmi:  I G-Nius HQ

Instagram : @igniushq #igniushq

Email: mhsmahakarya@gmail.Com

Tempat Makan Best di Ampang | Owlery Cafe

$
0
0



Dah bersedia nak tengok hujan gambar makanan sedap-yang-tersangat? Tarik nafas lepas tu decide nak bawa orang tersayang korang makan yang mana okeh! 


Izinkan saya throwback kembali sebuah cafe comel tetapi gah dengan pelbagai menu yang disajikan. Bila Yaya mention "pelbagai menu", korang kena set dalam kepala menu yang ada di Owlery cafe bukanlah setakat 5, 10, ataupun lapan belas. Masa belek-belek menu, dengan tidak semena-mena Yaya jaw drop. Menu di Owlery Cafe ada lebih 40 jenis menu okay! :O :O :O (Bersama kakak sayang Diya Nadia dan Ida Baharum)


Mohon bersabar. Yaya nak bawa korang jalan-jalan dulu sekitar cafe comel ni. Bertemakan karakter burung hantu "Owl" yang sangat comel, maka sesiapa sahaja yang melangkah ke cafe ini pasti merasa teruja untuk menikmati hidangan yang disajikan.








Disini, turut terdapat ruang untuk kanak-kanak bermain tau. Bagi Yaya, pemilik ni memang sangat kreatif dan bertimbang rasa. Yelah, budak-budak mana nak duduk diam setempat dalam tempoh yang lama. Lepas je depa kat sini, ibu bapa terus boleh makan dengan tenang sambil perhati mereka. Yaya pulak yang geram dengan set permainan dapur tu. Rasa nak join je. Hihi


Nak buat gathering kawan kelas sekolah menengah pun boleh! Yang penting buat reservation dulu. 



Tak sabar ke bang. Sat lagi makanan sampai :p 


Soup of the day. Masa Yaya datang, kami dihidangkan dengan pumpkin soup. Fuhh memang terangkat dengan kepekatan sup dia.


Prime Starter - RM 22

Nak cuba big breakfast ala omputih? Memang terbaik Prime Starter ni. Portion dia besar dan banyak pula tu! Kenyang dari breakfast sampai Hi Tea ^^'


Owl Pillow - RM13


Owl Garden Salad - RM16


Tuna Classic Cold Sandwich - RM14

Mempunyai pilihan samada korang nak Tuna, Ayam mahupun Telur. Yang pastinya memang sedap, segar dan mengenyangkan. 


Grilled Beef Steak - RM20


Shredded Lamb - RM20

Sumpah memang terbaik! Ni merupakan favorite Yaya. Gila engko besar gila kot sekeping tu. Apa lagi pulak 2 keping penuh inti daging kambing bersama roti luar dia yang panas rangup tu. Tak habis boleh bungkus pastu panaskan kat rumah perghh memang kalau tak cuba korang tak awesome. Hahaha *nampak nau Yaya ni peminat kambing


Cheesy Crispy Nachos - RM13

Sangat rekomen kalau korang nak chill chill lepak lepak kat sini. Layan gila weh makan ni. Limpahan cheese dia macam nak bergaduh. Banyak betul! Puas hati! :D


Chicken Buritos - RM10


Owlery Fish N Chips - RM20

Kalau datang lagi memang akan order yang ni lagi. Memang sedap gila. Tak tipu sedap gila. Fresh betul isi ikan tu. Berebut makan dengan Shawn. Hee


Cheezy Spring Chicken - RM28

Antara steak yang menjadi dambaan pengunjung. Power power steak kat sini. 


Tiger Prawn Fried Noodle - RM18

Gemuk gemuk udang dia. Memang puas hati makan mee goreng ni. Selain menu hidangan barat, Owlery Cafe juga menghidangkan menu citarasa Asia tau. 


Spicy Chicken Wing - RM18


Macaroni and Cheese - RM15

Nyum nyum sedap gila macaroni and cheese ni weh. Apehal murah sangat. Geram betullah. Kalau kat tempat lain mana nak dapat harga macam ni. Banyak kot cheese dia.


Asian Lamb Penne - RM20


King Prawn Pesto - RM24


Spicy Seafood Pescatora - RM28


Mushroom Medley Alfredo - RM18

Malas nak cakap banyak. 18 bintang Yaya bagi. Favorite weh. Sedap gila makan  sampai rasa taknak share dengan orang lain. Hahah


Beefy Madness - RM25


Chicken Supreme - RM25 


 Ceasar Salad Smoked Salmon - RM19


Asian Smoked Chicken with Mango Salad - RM16


Ceasar Salad Grilled Chicken - RM18


Owl & Roll - RM14


Pan Crispy Norwegian Salmon - RM25


Aussie Rib Eye Steak - RM38


 Grilled Lamb Company - RM38

Huwaaa sedap! Kerana Yaya sememangnya penggemar hidangan kambing, memang Yaya sangat puji kesemua hidangan kambing disini. Memang sangat sedap. Sos dia pun win!


Steam Mackerel Fried Rice - RM18

Buat penggemar nasi jangan risau kat sini juga menyajikan nasi. Yaya faham kalau tak dapat nasi sehari tu rasa nak pedih perut lepas tu rasa tak puas je kan? Yaya tahu la sebab Yaya ni pun hantu nasi perut kampung. Mesti nak kena makan nasi juga dalam satu hari. Hihi. So boleh cuba Steam Mackerel Fried Rice ni okay!


Iklan kejap. Fuhh banyak betul menu kat Owlery Cafe ni. Dahla semua sedap-sedap. Senak perut kita awaa~ ^_^


 Egg Florentine - RM14


Bread Bruchetta - RM10

Penat scroll? Kalau nak tahu menu diatas ni cuma sebahagian sahaja okay. Ini sahaja yang Yaya sempat makan ketika berada disana. Banyak lagi menu sebenarnya tapi diatas ni boleh dikira antara yang top la. Hihi. Dah jom kita tengok menu dessert yang comel comel buat orang sayang nak makan. Haishh


Owlayaki With Red Bean - RM10


English Pancakes - RM12


 Brownies with Ice Cream - RM12


Bread Butter Pudding With Ice Cream - RM10

Selain dari menu dessert yang comel, sedap dan kreatif, hidangan minuman di Owlery Cafe ni juga tak kalah dengan pelbagai jenis minuman dari sebiasa-biasa air sehinggalah ada menu Mocktail (memang unik sebab ada garam di bibir gelas dan harus diminum bersama supaya terasa kesedapan air itu), ice blended, milkshake, coffee dan macam-macam lagi! Kena datang cuba sendiri okay!


Maka dengan itu sekianlah sahaja entri yang melaparkan Yaya semula ini. Wajib bagi korang untuk pergi dan rasa sendiri menu dan hidangan di Owlery Cafe. Serius cakap memang best, unik dan kreatif para tenaga kerja dia dari ruang depan sehinggalah ke ruang dapur. Siapalah chef yang masak tu kita rasa nak bagi dia hugs je (kalau dia perempuanlah haha). Yang pastinya pemilik Owlery cafe ni perempuan tau cantik sangat orangnya kecil molek dan diusahakan bersama ahli keluarga beliau juga. Semoga terus maju jaya kaya berjaya Owlery Cafe! Dengarnya dah mendapat liputan sampai ke TV3! Weewit! Tahniah! :D


Owlery Cafe
Alamat: No. G-6 Jalan Dagang Avenue Ampang (Sebelah Kedai Baju BMO, 7E)

Telefon: 03-4287 9639

Buka Setiap Hari 12PM - 12AM kecuali hari Isnin


Instagram: @owlerycafe /  #owlerymenu



Terima kasih sudi baca

Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick

$
0
0




Perkenalkan dari kiri Always Apricot, Powerful Pink, Rich Truffle dan juga Poppy Please. 'Mereka' semua ialah barisan lipstik hebat dari Mary Kay iaitu Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick yang sangat best dan kini menjadi kegemaran Yaya. ^_~


Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick baharu ini mempunyai 8 jenis warna yang semuanya tersangatlah cantik. Rambang mata sungguh kalau korang tengok lagi-lagi buat pengumpul lipstik termasuklah Yaya sendiri. Siapa kata lipstik tak penting? Sekurang-kurangnya ia membantu menaikkan lagi warna pada wajah kita bagi nampak bermaya. Tak adalah pucat lesi kan. ;)


8 Jenis Warna Menarik Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick

Cantik sangat kan semua warna ni? Kalau kita tengok kebanyakannya bermain dengan warna nude. Sekarang pun memang tengah trend lipstik dengan warna nude. Nampak sweet dan elegan gitu. Hee


Korang ada masalah bibir kering walaupun dah minum segelen air? Jangan risau sebab lepas ni korang boleh pakai lipstik tanpa membuatkan bibir menjadi kering kerana Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick ini bersifat "Cushion Matrix Technology" yang mana ia menggunakan formula dan teknologi yang halus untuk memastikan warna lipstik di bibir kekal untuk jangka masa yang lama. Ianya juga bersifat ringan supaya warna lipstik sentiasa kelihatan cantik dan kekal menarik.


Nak tahu apa lagi best? Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick ini juga mengandungi khasiat minyak bunga matahari dan jojoba yang mana ianya bertindak untuk mengekalkan kelembapan bibir apabila kita memakai lipstik. Jujur kata, memang selepas memakai Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick ini, bibir Yaya dah tak kering macam selalu. Excited gila! :D


Jom tengok apa hasilnya apabila Yaya mencuba 4 daripada 8 koleksi Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick. 





Always Apricot ni memang cantik dan sesuai untuk digayakan ke majlis santai pada siang hari. Nampak manis dan ceria dengan warna nude bercampur oren lembut.


Powerful Pink. Fuhh memang power betul warna pink dia. Mula-mula pakai rasa macam berubah karakter Yaya. Haha! Maklumlah Yaya tak biasa dan tak berani pakai warna pink terang macam ni. Tapi bila dah pakai, eh cantik pulak. Lagi cantik kalau kita pandai mix kan dengan warna lain. Lagi kebabom jadinya. Hee


Rich Truffle. Omg suka gila warna ni. Warna nude dia cantik sangat! Nampak seperti warna coklat gelap tapi bila pakai di bibir memang sangat cantik hasilnya. Humble dalam masa yang sama nampak manis. Gituhh :p


Poppy Please. Kalau orang Melayu panggil warna merah Mak Ngah. Memang berdebar masa pakai ni takut tak sesuai je dengan Yaya. Masa dah pakai tu stuck 2 saat jap. Hahaha cantik okay warna merah dia! Kalau ada dinner memang sesuai pakai Poppy Please. Nampak seksi dan berani. Awrrr


So korang rasa yang mana satu warna pilihan Yaya? Semuanya memang cantik dan jujurnya Yaya akan pilih warna Always Apricot dan Rich Truffle untuk dipakai selalu kerana karakter Yaya pun memang nude begitu. Haha. Yaya memang suka warna lembut dan warna pastel. Hee


Tapi apa salahnya cuba lain daripada yang lain kan? 


Poppy Please maybe? :p


Mary Kay Gel Semi- Matte Lipstick kini telah dijual mulai 1 Ogos 2016 lalu dengan harga RM55. Boleh terus berhubung dengan perunding kecantikan Mary Kay di 03-7711 7500 atau layari www.marykay.com.my untuk maklumat lanjut. Koleksi wajib untuk semua wanita okay! :D



MARY KAY 2016 DREAM BEAUTIFUL CONTEST



Pertandingan Mary Kay 2016 Dream Beautiful kini telah bermula dari 1 Julai 2016 lepas sehingga Mac 2017 tahun hadapan. Pertandingan ini dijangka menarik ribuan pasangan (model/talent dan perunding kecantikan bebas Mary Kay) dari sembilan buah negara di Asia Pasifik, termasuk Australia , China, Hong Kong , Korea, Malaysia, New Zealand , Filipina , Singapura, dan Taiwan. Mereka yang layak ke pusingan akhir berpeluang mendapat tajaan penuh ke Hong Kong dan berjumpa dengan mereka yang ternama. Tahniah kepada pemenang akhir Mary Kay Dream Beautiful Contest 2015 iaitu Corvina Chong yang merupakan wakil dari Malaysia. Yaya ada bercerita mengenai kemenangan beliau pada bulan Mac lalu. Jemput baca DISINI


Bagi mereka yang ingin mengambil bahagian dalam pertandingan ini, jangan lupa untuk melayari www.mkdreambeautiful.com dan berhubung dengan perunding kecantikan Mary Kay anda di talian  03-7711 7500 . 



Untuk maklumat lanjut :

Website : 

Facebook :


No Telefon :
 03-7711 7500 


Terima kasih sudi baca

NIVEA Skin Delight Oil in Body Milk. Untuk kulit lembut berseri, haruman berpanjangan

$
0
0


Berita baik untuk peminat produk jenama NIVEA, kini terdapat produk terbaru dari NIVEA iaitu NIVEA Skin Delight Oil in Body Milk. Didatangkan dalam dua jenis wangian lembut iaitu bunga mawar dan juga lavender, formula "Oil in Body Milk" berfungsi untuk menyuburkan, melicinkan dan menjadikan kulit kita lembut berseri serta meninggalkan wangian yang berpanjangan.


Bukan mudah untuk mendapatkan kulit cantik tanpa kerajinan yang berterusan. Betul tak? Dah tu kalau malas macam mana nak dapat kulit cantik? :p Tapi jangan risau, dengan adanya produk penjagaan kulit NIVEA Skin Delight ini, mesti korang semua akan menikmati sesi memanjakan diri yang mana akan menaikkann lagi "mood" korang. Nak tahu sebab apa? Sebab NIVEA Skin Delight ini direka dengan satu tujuan utama iaitu memberikan kenikmatan deria kita dengan sentuhan, penglihatan dan wangian yang membuatkan kulit kita terasa lembap dan wangi sepanjang hari. Tak pakai perfume pun takpe! Wee~


Dari pengalaman Yaya sendiri yang merupakan pengguna produk NIVEA dari zaman sekolah, wajib bagi Yaya untuk menggunakan losyen dan deodoran NIVEA selepas mandi. Bila dah keluar losyen baharu dari NIVEA ni, lagilah Yaya teruja ^_^ Selain dari harga yang mampu milik, ia membuatkan kulit Yaya kekal lembut dan wangi apabila menggunakan losyen NIVEA Skin Delight walaupun jadual event penuh seharian. Kalau nak tahu, NIVEA Skin Delight kini merupakan losyen kegemaran Yaya terutamanya untuk dipakai sebelum tidur. Nak dapat kualiti tidur yang superb? Jangan lupa pakai losyen NIVEA Skin Delight Oil in Body Milk! :D


NIVEA Skin Delight Oil in Body Milk ( Glowing Rose & Relaxing Lavender )

Diperkayakan dengam losyen susu yang menyuburkan, korang boleh pilih NIVEA Skin Delight yang berharuman bunga mawar mahupun lavender. Yelah, ada orang suka bau bunga mawar dan ada sesetengah pula sukakan haruman lavender. Kalau nak tahu, wanita zaman Yunani kuno dan Rom menggunakan kelopak segar dari bunga mawar untuk mewangikan air mandian mereka. Pada masa yang sama, pati minyak yang terkandung dalam bunga mawar mampu mengekalkan kelembapan semulajadi kulit. Bagi lavender pula, ianya telah digunakan secara meluas di kebanyakan negara sebagai bahan untuk menenangkan stress, kelesuan dan juga mampu meredakan iritasi serta kekeringan pada kulit. Wahh hebat betul khasiat bunga mawar dan lavender ni kan? Lepas ni tak payah susah-susah nak petik bunga. Guna je NIVEA Skin Delight untuk mendapatkan kulit yang cantik! Bukan sahaja wangi, dengan menggunakan losyen ini juga ia akan melembutkan kulit korang dan mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari! ^_^


Kalau korang tanya yang mana haruman kegemaran Yaya, mestilah Yaya akan pilih Glowing Rose! OMG sedap gila bau dia tau! Wangi sampai rasa nak makan diri sendiri. Kikiki. Kalau korang nak cuba NIVEA Skin Delight ni, Yaya suggest untuk korang beli Glowing Rose okay! 

Selain dari kerana harumannya yang memikat hati, tekstur NIVEA Skin Delight juga sangat lembut dan mesra dengan kulit Yaya. Paling best, bila menggunakan losyen ini, kita tak akan rasa melekit kerana ianya meresap terus ke dalam kulit.

Yang paling penting, lepas gunakan NIVEA Skin Delight, kita akan terasa kulit kita menjadi sangat lembut dan harum. Tidak seperti kebanyakan losyen di pasaran, kulit kita akan merasa melekit, kesat dan keharuman cuma bertahan untuk tempoh yang sekejap. Oleh itu, korang wajib gunakan NIVEA Skin Delight okay! ^_^ 


Wanginya NIVEA Skin Delight Oil in Body Milk Glowing Rose! Btw, Yaya percaya semua orang mesti ada "ME TIME" dengan produk penjagaan masing-masing kan? Untuk Yaya sendiri, pengalaman menggunakan losyen ni memang best. Sambil-sambil menulis blog setelah memakai NIVEA Skin Delight, membuatkan Yaya berasa lebih tenang dan kurang stress walaupun dateline semakin hampir! Hihi. Lagi best, jangan lupa sapu losyen NIVEA Skin Delight sebelum tidur. Mesti korang akan rasa lebih selesa, berbau harum dan juga mendapat tidur yang lebih nyenyak. Bangun pagi pun kulit terasa wangi, lembut dan mulus okay! Jangan lupa dapatkan NIVEA Skin Delight tau! Yaya beli kat Watsons je hehe



NIVEA Skin Delight Oil in Body Milk terdapat dalam dua saiz dan dijual pada harga pengenalan :

a) 250ml -> RM 16.50 (harga pengenalan : RM 11.90)
b) 400ml -> RM 21.90 (harga pengenalan : RM 17.50)


Amboi murahnya! Jangan lupa dapatkan NIVEA Skin Delight dengan harga pengenalan okay! Beli banyak-banyak buat stok. Hihi


Jangan lupa klik LIKE dihttps://www.facebook.com/mynivea untuk maklumat dan info menarik disana! #NIVEASkinDelight #OilinBodyMilk



Terima kasih sudi baca

Deeja Cosmetic : Keayuan Semula Jadi Dalam 5 Hari

$
0
0


Izinkan hakak Yaya korang mulakan entri dengan selfie bersama Set Deeja Cosmetic 5 dalam 1 yang comel tetapi kecil kecil cili padi ini.


Ber'trademark'kan Keayuan Semula Jadi dalam 5 Hari membuatkan Yaya dan juga gadis (amboi gadis sangat tak sedo diri dah kahwin pun kahkah) mahupun para isteri teruja dengan janji manis tapi pasti dari Deeja Cosmetic ni. Korang tahu tak Deeja Cosmetic ni dah jadi buah mulut sealam semesta? Dengan duta produk Deeja Cosmetic sendiri yang cantik jelita iaitu Sherry Ibrahim, membuatkan Yaya semakin teguh pendirian nak cuba set kecantikan ini. Mana taknya, kalau korang perasan kat IG Sherry, beliau selalu promote dan tunjuk sekali cara penggunaan Deeja Cosmetic ni. Memang cara marketing yang sangat soft dan berkesan. 


Oleh yang demikian, Yaya sendiri tidak melepaskan peluang untuk mencuba set Deeja Cosmetic 5 dalam 1 ini. Set 5 dalam 1 ini terdiri daripada Sabun Pembersih Muka, Toner Nano, Krim Siang, Krim Malam dan juga Krim Nano. Setiap dari 'mereka' memainkan peranan penting bagi membantu para wanita mendapatkan kulit wajah yang ayu. Jom scroll. 


SABUN PEMBERSIH MUKA DEEJA COSMETIC ini mengandungi khasiat Air Mawar, Susu dan juga Beras. Ianya membantu untuk membersihkan kulit wajah dengan mendalam dan menyingkirkan sel-sel kulit mati. Kalau korang ada berus cuci muka lembut yang tengah trend tu kan, lagi best. Selain ianya mampu membersihkan kulit sehingga ke dalam dengan partikel nano, ianya mampu mengatasi masalah jerawat, jeragat, kulit gelap dan berminyak. Sabun ni juga berbau wangi dan tidak merengsakan kulit korang. Tak rasa kesat pun. Lembut je lepas pakai. 


TONER NANO DEEJA COSMETIC ini pula dipakai selepas mencuci muka. Ambil kapas bersih dan titiskan 2-3 titis dan tepuk atau sapukan dikawasan wajah secara lembut. Ianya berfungsi untuk melembabkan kulit sepanjang hari , mengecilkan liang pori yang besar dan juga menjadikan kulit lebih segar dan terasa bersih untuk melakukan aktiviti harian. Toner Nano ini juga dapat mengimbangi pH kulit kita. Kandungan utamanya ialah Aloe Vera dan Air Mawar. 


KRIM SIANG DEEJA COSMETIC pula mempunyai kandungan Minyak Biji Anggur dan Serbuk Mutiara serta memberi perlindungan secara optimun dengan kandungan SPF nya yang tinggi untuk memberi perlindungan dari sinar UV. Yang bestnya, kalau setakat nak bermake-up nipis mahupun untuk urusan harian biasa seperti ke pejabat atau bayar bil kat kaunter, pakai je krim siang ni. Confirm korang tetap rasa confident gitu. Rasa macam pakai foundation tapi dengan sekadarnya sahaja. Muka tetap nampak bermaya kerana efek dari tona kulit yang sekata dari krim siang ni.


Tekstur krim siang ini mudah mesra dengan semua jenis warna kulit. Jangan risau okay. Senang je dia nak blend. Lagi cantik bila muka mula berpeluh, lagi glowing tau.


KRIM MALAM DEEJA COSMETIC ini pula untuk dipakai pada malam hari sebelum tidur. Jangan excited nak cantik korang pakai masa duduk rumah pulak. Ini untuk memudahkan daya serapan krim ini ketika wajah kita sedang tidur dan berehat. Ianya membantu untuk merawat kulit yang rosak, mencegah jerawat dan memudarkan jeragat. Dalam masa yang sama, ianya juga berfungsi untuk memulihkan cela pada kulit agar kulit kembali berseri. Serius kata, bila Yaya bangun pagi memang terasa muka cerah dan flawless hihi tak tau la perasaan sendiri ke apa rasa cantik pula bila bangun pagi tu :p . Ramuan utama ialah minyak Jojoba. Korang tahu kan minyak Jojoba ni bagus? Malas nak explain pi Google sendiri. Yang pastinya minyak Jojoba memang sangat bagus untuk kulit.


Tekstur Krim Malam ini seperti gel lembut yang mudah disapu dan tidak memedihkan muka seperti kebanyakan krim malam lain yang mempunyai merkuri. Yaya juga perasan terdapat pengelupasan kulit mati yang berlaku secara lembut di wajah. Jangan risau, memang langsung tak sakit.


KRIM NANO DEEJA COSMETIC ini juga dipakai pada waktu malam sebelum tidur selepas pemakaian Krim Malam tadi. Bagi Yaya yang panggil krim kunyit ni, Yaya suka pakai bila ada jerawat timbul je cepat-cepat Yaya sapu krim kunyit. Memang best sebab bila bangun pagi je tengok jerawat dah kecut dan tak jadi naik. Muahaha kesian jerawat. Okay, krim ini berfungsi untuk memberi nutrisi dan memulihkan struktur kulit pada waktu malam selepas seharian kulit terdedah dengan sinaran matahari dan juga kotoran. Ianya juga membantu untuk mengembalikan keanjalan kulit, memberi kelembapan kulit dan juga menjadikan kulit sehalus kulit bayi. 


Tekstur Krim Nano ini juga berlainan dari krim kunyit biasa. Warnanya lebih lembut dan mudah meresap.


So bagi Yaya antara penguat utama dalam Set Deeja Cosmetic 5 dalam 1 ini adalah Krim Malam, Krim Siang dan Krim Nano. 'Mereka' inilah yang berkerja keras bagi membantu memulihkan masalah kulit wajah kebanyakan lelaki atau wanita yang murung dan tidak mempunyai keyakinan diri kerana masalah kulit wajah. Tak percaya? Moh kita lihat testimoni pengguna yang telah mencuba set ini.

Antara testimoni pengguna Deeja Cosmetic yang memang awesome :

 
  





Amacam? Power tak? Jangan lupa dapatkan Set Deeja Cosmetic 5 dalam 1 sekarang kalau korang pun nak flawless macam kakak kakak kat atas ni hihi ;)


SET DEEJA COSMETIC 5 dalam 1 dijual dengan harga
RM 85.00 (SM) RM 90.00 (SS)


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Deeja Cosmetic HQ

Intagram : @deeja_cosmetic_hq

Call /Whatsapp Hotline  : +60196945950



Terima kasih sudi baca






Althea Korea | Syurga Kecantikan Wanita

$
0
0



Hai Korang! Suka shopping barang kecantikan Korea? Kagum dengan teknologi Korea dalam penghasilan barang penjagaan dan kecantikan? Samalah kita! Tapi Yaya beli online je tanpa terbang ke Korea. ^^v


Woot woot! Sampai depan rumah dah! Teruja betul bila tengok alamat penghantar dari Seoul Korea. Termasuk ni, dah dua kali Yaya buat pembelian barang kecantikan dari Korea secara online. 


Istimewanya kali ni, Yaya beli dari laman sesawang produk kecantikan yang sangat terkenal iaitu Althea Korea. Jom tengok isi kandungan kotak comel ni.


Tadda!~~~ Seronok gila bila tengok bungkusan yang comel-comel ni! Sayang kita nak pakai! >.< Meh Yaya kenalkan satu-satu produk yang Yaya beli di Althea Korea ;)


Innisfree (No-Sebum Blur Primer)
RM 59 now RM 34 only!

Ianya berfungsi untuk menjadikan kulit muka lebih licin dan cerah serta menutup kesan cela dan liang pori yang terbuka sebelum mengenakan sebarang alat solek. Yang bestnya, ianya juga boleh menutup dan meratakan tekstur kulit serta kedutan halus supaya solekan kita tak pecah. Very recommended! 


Ruby & Bulgarian Rose Eye Patch
RM69 now RM35 only!

OMG ni memang best gila korang kena try! Ada gel dan eye patched untuk korang pakai dibahagian bawah mata. Tekstur hidrogel yang sejuk dan berbau bunga ros membantu menenangkan kulit yang letih dan mengurangkan eye bag di kawasan bawah mata. Yang bestnya, ia memberi kelembapan dalam jangka masa yang lama (30-40 minit) dari eye patched yang selalu ada di pasaran. Wajib cuba! :p


Premium Metal Snow Mask 
RM18 now RM7 only!

Mask yang macam robocop ini sangat berkesan untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering, kulit yang kusam serta keletihan. Pakai sebelum tidur confirm esok pagi bangun muka rasa segar dan glowing! Hihi. Ramai bagi feedback yang bagus untuk mask ni. So korang pun kena cuba okay! 


Black Block Set 
Harga untuk set Black Block + Pore Brush ini ialah RM37

Tahu tak sabun warna hitam dari Korea ni bagus? Dia macam magic juga. Boleh buat jerawat di muka surut dalam beberapa hari je. Dulu famous sabun ni lepas tu dah tak tahu mana nak cari. Punyalah Yaya seronok sebab ada jual kat Althea Korea! Sabun ni best sebab ianya berasaskan Charcoal atau arang tapi dalam versi yang lebih lembut. Bau dia pun best je takdelah busuk ke apa sebab menggunakan bahan semulajadi. Memang suka sangat siap potong kecil-kecil sebab takut habis cepat. Hahaha. Paling best lepas cuci muka kita akan rasa bersih sangat, lembut, segar dan langsung tidak mengeringkan kulit muka. Wee


Nampak tak Pore Brush tu? Punya halus bulu dia sampai lebih halus dari rambut sebab ianya berukuran 0.045mm! Berfungsi untuk membersihkan kulit mati yang tidak boleh dicapai oleh jari kita sendiri. So memang totally dia akan bersihkan kulit muka kita secara mendalam. Yang bestnya, bulu berus ni tersangatlah halus dan sangat lembut untuk kulit muka kita.


Angel Factory Under-Arm Perfume Peeling Pads
RM16 now RM6.50 only!

Yaya pun tak tahu kenapa Yaya ambil ni sebenarnya hahaha. Mungkin sebab pek dia comel lepas tu ada promosi beli 4 pek dengan harga RM26. Tapi sekarang lagi best ada promosi untuk setiap satu pek dengan harga RM6.50 je huhu. Okay kalau nak tahu, ianya berfungsi untuk mencerahkan bawah lengan, membuang sisa daki yang terlekat di bawah lengan, menyahkan bau yang kurang enak serta melembutkan kulit bawah lengan korang. Ada 3 step tau masa nak guna, mula-mula korang lap dulu dengan Mesh Pad untuk membuang sisa daki, lepas tu lapkan pula dengan Soft Pad untuk melembutkan kulit dan kemudian sapukan krim White Cream di bawah lengan korang. Siap!


Elizavecca Pore Solution Super Elastic Mask Pack
RM9 now RM5 only!

Merawat wajah dalam 3 langkah iaitu Melembabkan, Menutrisi dan juga Mencerahkan. Cuma ikut 3 langkah mudah yang diberikan dan pakai selama 15 minit. Hasilnya, kebabom! Muka akan rasa lebih segar dan bermaya.

Unik kan? Nak tengok cara nak pakai? Rujuk gambar di bawah ya ;) 


Sumber : Althea Korea


Bestnya shopping di Althea Korea! Tak payah susah-susah naik flight nak pi Korea semata-mata nak beli barang penjagaan diri disana. Online lagi senang! Yayy! ^_^


Yang bestnya, penghantaran pun percuma tau!


Nak dapatkan rebat RM30 apabila mendaftar untuk kali pertama? Klik link https://my.althea.kr/customer/account/create ini dan selamat bercantik-cantik! Wee ^_^


I love Althea Korea! Sayang awak sangat! Happy Birthday okay! Muahh! Sorry kita lambat wish kita busy kahwin. Sob sob.


Jangan lupa layari Facebook Althea Malaysia dan website Althea di http://my.althea.kr/ tau korang! Memang meroyanlah kalau dah buka website dia. Happy shopping! 



Terima kasih sudi baca

THE FACE SHOP | The Therapy First Serum & The Therapy Moisture Blending Formula Cream

$
0
0



Hai semua! Siapa peminat THE FACE SHOP? Haa sekarang mereka dah keluarkan produk baharu mereka iaitu The Therapy First Serum dan juga The Therapy Moisture Blending Formula Cream. Produk The Therapy kali ini berunsurkan lautan tau. Tengok botol dia. Cantik gila kan! Suka kita! :D


Kotak untuk produk THE THERAPY ni pun kemas dan eksklusif. Berbunga hati nak cuba hihik. Produk ini diformulasikan untuk mereka yang berumur 25 tahun dan keatas yang mana ia berfungsi untuk mencegah kedutan dan garis halus di wajah, membantu mengatasi kekeringan kulit dan juga memberi kelembapan untuk kulit wajah sepanjang hari. 

Maklumlah, kaum wanita hari ini ramai yang dah berkerjaya. Selain dari masalah penghawa dingin yang boleh mengeringkan kulit kita, cuaca dan iklim di Malaysia yang agak panas juga memberi kesan kepada kulit untuk jangka masa panjang. Oleh itu, kita haruslah menjaga kelembapan kulit wajah kita agar nampak muda sentiasa walaupun tak mengenakan make up. Ewahh


See? Tak payah make up pun confident. Orang ingat kita ber-naked face. Tapi sebetulnya sebagai perempuan, kita perlu juga memakai produk asas untuk melindungi kulit muka. Kalau malas sangat, pakai dua benda ni pun cukup dah. Pakai apa? Pakailah  The Therapy First Serum dan juga The Therapy Moisture Blending Formula Cream .


The Therapy First Serum

Btw, korang tahu tak pemakaian serum tu penting? Bagi Yaya sendiri, pemakaian serum sangat penting lebih-lebih lagi lepas cuci muka kerana masa tu kita akan terasa muka segar sekejap je. Tapi sebenarnya kulit muka kita memerlukan lembapan yang berpanjangan. The Face Shop kini hadir dengan serum baharu iaitu The Therapy First Serum yang mempunyai formula anti-penuaan dan juga penuh dengan khasiat semulajadi Minyak Essential bersama campuran French Water Sea.


The-first-step serum anti-penuaan ini mempunyai banyak manfaat seperti memberi kelembapan kepada kulit, membuang sel kulit mati, menghalang garis halus dan kedutan di muka serta meransang pertumbuhan kulit baru di wajah kita. Selain daripada mengandungi minyak pati semulajadi, serum ini juga kelihatan berkilau seperti zarah kristal tau. Memang best masa nak sapu kat muka tu. Rasa macam ada efek glowing. Hihi


Cara guna : 

Tuangkan terus ke tapak tangan dan terus sapukan ke muka. Tapi paling penting kena pastikan yang tangan korang bersih tau. Kalau rasa was-was dengan kebersihan tangan, boleh letakkan di kapas dahulu dan terus sapukan di muka secara lembut. Pastikan sapuan korang rata ke seluruh wajah. Kalau ada balance tu, boleh sapu di leher juga. Apa korang ingat leher tak boleh berkedut? 


Review dari Yaya :

Jujur kata memang serum ni best tau! Sebab apa best? Haa dia berbau laut gitu. Kalau pejam mata sambil sapu kat muka korang akan rasa macam dekat dengan laut. Wee. Selain dari botol kacanya yang cantik dan ekslusif, Yaya memang serasi dengan The Therapy First Serum kerana ia tidak mempunyai alkohol yang kuat seperti kebanyakan serum dan juga mesra dengan keadaan kulit muka Yaya yang sensitif. Selalunya Yaya memang jarang bersolek kalau setakat keluar nak beli barang. Tapi wajib bagi Yaya untuk pakai penjagaan asas seperti toner, serum dan krim pelembab. Barulah muka nampak umur enam belas selalu. Hihi. 


The Therapy Moisture Blending Formula Cream

Krim pelembab ini mempunyai kandungan yang lebih kurang sama dengan The Therapy First Serum iaitu Minyak Essential bersama campuran French Water Sea tetapi The Therapy Moisture Blending Formula Cream ini pula dalam bentuk krim yang memberi khasiat yang maksimun kepada kesihatan kulit muka selepas memakai serum.

The Therapy Moisture Blending Formula Cream yang terdiri daripada gel pelembab dan lapisan minyak semulajadi ini menggunakan teknik The Fresh Hydro-Oil Carrier bagi memberi keseimbangan khasiat yang terkandung di dalamnya.

The Therapy Moisture Blending Formula Cream yang unik ini mempunyai dua lapisan iaitu, lapisan atas dirumus dengan essential oil yang ringan (berwarna lutsinar), manakala lapisan bawah pula dirumus dengan krim pelembap. Gabungan rumusan ini membuatkan muka kita terasa lembut apabila krim tadi mula meresap jauh ke dalam kulit untuk kelembapan semulajadi. 


Cara guna :

Kacau The Therapy Moisture Blending Formula Cream menggunakan spatula yang digunakan selama 10 saat dalam gerakan membulat (untuk pemakaian kali pertama sahaja) dan ambil sedikit krim dan kemudian sapukan di kulit wajah korang dengan urutan lembut dan ratakan diseluruh muka. Gunakan pada waktu pagi dan malam selepas menggunakan The Therapy First Serum. Untuk kesan yang lebih efektif, korang boleh menekup muka selama 2-3 untuk penyerapan yang optimun.


Review dari Yaya : 

Oleh kerana kulit Yaya memang manja mengada dan sensitif, Yaya terasa muka Yaya sedikit panas tetapi reda selepas beberapa saat kemudian. Mungkin Yaya ambil krim terlalu banyak atau sapu dan urut terlalu lama hihi. Tapi yang pastinya, kalau gunakan The Therapy First Serum dan The Therapy Moisture Blending Formula Cream sebelum make up, kita akan terasa solekan kita lebih licin dan tidak kelihatan tebal. Yang penting, kulit wajah kita masih sihat walaupun menggunakan solekan. Kalau tak percaya, cuba sendiri okay! ;D


The Therapy First Serum berharga RM148.29 untuk 130ml manakala The Therapy Moisture Blending Formula Cream pula berharga RM174.90 untuk 50ml.


Untuk maklumat lanjut :





#thefaceshopmalaysia #thetherapyfirstserum #FIRSTmakesbeauty



Terima kasih sudi baca

Eau Thermale Avène | Meredakan Masalah Eczema

$
0
0



Psst psst! Rasanya mesti ramai dah familiar dengan produk yang popular ni kan? Tapi kebanyakan dari kita masih tak tahu apakah fungsi dan kebaikannya. Kalau ada antara pembaca yang mempuyai anak, isteri, suami atau diri sendiri mempunyai masalah alahan kulit atau eczema, Yaya mohon semua baca sehingga habis okay!  


Antara produk Eau Thermale Avène yang berada dipasaran.

Sebelum tu, jom baca sejarah dan asal usul Avène  ! ^_^


Secara ringkasnya, penemuan air ajaib ini terjadi apabila ada seekor kuda yang mempunyai masalah kulit telah meminum air tersebut dan tuan kepada kuda itu terkejut kerana masalah kulit yang dihadapi kuda beliau telah pulih. Beliau mencari punca air minuman kuda tersebut dan akhirnya membawa kepada pembukaan Avène Hydrotheraphy Centre. Pusat ini telah merawat beribu pesakit setiap tahun untuk mereka yang mengalami masalah kulit dengan menggunakan rawatan semula jadi. Sehingga kini, pusat ini masih beroperasi di daerah Avène yang terletak di Perancis.


Inilah air ajaib yang pertama sekali dikomersialkan untuk membantu pesakit yang mempunyai masalah kulit iaitu Avène Thermale Spring Water.


Formula baharu Avène Extremely Gentle Cleanser Lotion Eau Thermale Avène dan Skin Recovery Cream Eau Thermale Avène ini pula telah dirumus dengan paten terkini iaitu Parcerine® . Kedua-duanya berfungsi untuk menenangkan kerengsaan kulit dengan serta-merta serta memberi perlindungan yang berpanjangan.


Tahu tak? Ramai lelaki dan wanita mempunyai kulit yang sensitif. Terdapat banyak jenis sensitiviti yang berbeza mengikut tahap masing-masing. Intolerant / hypersensitive dalam kebanyakan kes lebih memberi kesan trauma kepada pesakit akibat dari penggunaan produk yang tidak sesuai dengan kulit mereka. Oleh itu ,  kita harus menggunakan produk yang sesuai serta kandungan yang minimun dan semula jadi.



Produk Avène yang bakal Yaya review ialah Eau Thermale Avène Extremely Gentle Cleanser LotionEau Thermale Avène Thermale Spring Water dan Eau Thermale Avène Skin Recovery Cream. Ketiga-tiga produk ini sangat bersesuaian untuk meredakan kulit mereka yang mempunyai masalah Allergic dan juga Hypersensitive Skin.


Extremely Gentle Cleanser Lotion
Bagi Yaya, pembersih-tanpa-bilas ini sangat sesuai digunakan pada waktu pagi kalau korang nak dapatan kesan efektif apabila mencuci muka kerana teksturnya yang ringan berfungsi untuk membersihkan wajah yang bebas make up sekaligus melembutkan kulit wajah kita. Kita akan merasa kulit muka kita lebih segar dan bersih selepas menggunakan Extremely Gentle Cleanser Lotion ini. Ianya di khaskan untuk membersihkan kulit wajah dan juga kulit dikawasan mata.

Cara guna :
Titiskan Extremely Gentle Cleanser Lotion di cotton pad, kemudian sapukan di kawasan kulit yang anda mahu sehingga rata dan bersih.

Review dari Yaya :
Pastikan wajah bebas dari make up sebelum menggunakan Extremely Gentle Cleanser Lotion ini. Risau nanti tak bersih pula kesan dari sisa make up yang korang pakai. Sebab tu bagi Yaya kalau nak jadikan sebagai pencuci muka, utamakan penggunaannya pada waktu pagi sebab sah sah muka kita tengah bersih dan bebas dari make up kan? Paling kuat pun korang pakai krim malam je hihi. Btw memang best! Kulit muka kita akan rasa lembut sangat dan dalam masa yang sama mendapat khasiat semula jadi yang terkandung di dalamnya. ^_^


 Avène Thermale Spring Water


Yang paling best dan terpaling glamour dalam produk Avène haruslah Avène Thermale Spring Water hihi. Sebenarnya Yaya memang pakai Avène Thermale Spring Water ni tapi tak tahu pula fungsinya lebih dari sekadar bagi muka kita fresh. Haha noob betul Yaya ni kan. Sebab tu bila tahu khasiat dan fungsinya, habis satu badan Yaya nak spray. :p Mana taknya, ia boleh disembur selepas make up untuk membuatkan make up lebih fresh, mengurangkan kemerahan kulit akibat sunburn, melegakan luka, melegakan ruam bayi, membantu mengatasi kulit yang sangat kering, alahan, kulit sensitif, eczema dan lain-lain lagi.

Cara guna :
Korang bebas nak semburkan dimana-mana anggota badan yang korang mahu terutama di kawasan kulit yang sensitif dan mempunyai masalah eczema. Yang penting, jangan goncang Avène Thermale Spring Water ni sebab ianya memang bersifat alam semula jadi takut nanti bila goncang akan mengurangkan kualitinya dan merosakkkan pemacu spray tu. Hihi

Review dari Yaya :
Betapa Yaya amaze dengan Avène Thermale Spring Water ni, ceritanya jerawat kat dahi Yaya tumbuh 4-5 ketul mungkin kerana belum terbiasa dengan suasana di tempat baru ini. Mungkin juga jerawat tumbuh sebab hormon Yaya yang kurang stabil dan juga asyik terdedah dengan persekitaran yang berdebu di luar rumah dan asap masakan. Yaya memang alah dengan debu dan habuk cepat je muka ni gatal. Magic nya, lepas sembur Avène Thermale Spring Water ni sebelum tidur, bangun pagi keesokannya tengok jerawat dah kecut dah! Memang syukur sangat! Yaya juga ada masalah eczema yang tak serius (seperti gegata) bila kena habuk memang miang dan naik bintik macam kena gigit nyamuk. Sembur je terus rasa lega dan surut. So far, memang Yaya recommend kat suami dan juga ayah sebab mereka juga ada alahan gatal di bahagian keting kaki. Yang bestnya, alahan suami juga semakin mengecut dan pulih. Tak sabar nak tengok hasilnya dalam masa jangka panjang nanti. Yang penting kena konsisten ;)


Skin Recovery Cream 
Betapa Avène sangat menitik-beratkan kualiti produk mereka, Skin Recovery Cream ini telah di steril mengikut piawaian D.E.F.I (Device for Exclusive Formula Integrity) yang mana ianya berfungsi sebagai pengedap udara untuk menjaga kualiti produk dari tercemar. Skin Recovery Cream ini juga diperkaya dengan Parcerine yang pantas melegakan kerengsaan pada kulit dan memberi perlindungan yang berpanjangan kepada kulit sensitif. Ianya juga bebas dari bahan pewangi mahupun pewarna. 

Cara guna :
Oleh kerana ia telah di sterile, pastikan korang memicit Skin Recovery Cream ini dari arah belakang dan kemudiannya ke depan. Ini bagi memastikan kualiti dan kandungan Skin Recovery Cream ini terjaga dan sentiasa dalam keadaan baik. Sapukan di kawasan kulit yang sensitif dan biarkan ianya meresap kedalam kulit seketika.

Review dari Yaya :
Teksturnya yang sangat ringan dan lembut membuatkan daya serapan Skin Recovery Cream ini menjadi lebih cepat serta tidak melekit. Ianya juga memberi kesan lembapan, melegakan dan melembutkan bahagian kulit sensitif. Menariknya, selepas disapu dengan Skin Recovery Cream ini, bahagian kulit yang disapu itu akan menjadi lebih licin dan tidak mudah diserap oleh air melainkan bahagian itu dicuci. Dengan penggunaan yang konsisten, ianya akan terus membantu, menyihat dan memberi pertahanan semula jadi kepada kulit.


I Love Eau Thermale Avène dan akan terus menjadi pengguna setia produk Avène ! ^_^


Untuk maklumat lanjut : 



No Tel : 03-5569 4588

#MoreThanJustWater #UnderstandYourSkin #AveneMalaysia #AveneMY


Terima kasih sudi baca

Pelancaran EyePCL yang Pertama di Malaysia | OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam

$
0
0


Pada 8 Oktober 2016 lalu, Yaya berkesempatan menghadiri majlis pelancaran EyePCL yang pertama di Malaysia yang berlangsung di OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam. Majlis yang sederhana tetapi meriah ini bermula seawal 10 pagi dengan ketibaan para tetamu. Yaya hadir bersama dengan BFF Yaya, Echa (dia tolong drive untuk Yaya sebab Yaya tak boleh pakai spec atau contact lens demi untuk mempersiapkan keadaan mata Yaya untuk Eye Examination hihi). Memang meriah bila nampak kelibat belon berwarna biru dan maskot yang sangat comel! Excited kita tengok dari jauh! Hehe


Tadaa! Selfie dulu dengan maskot OPTIMAX yang comel ni! :p

Kalau nak tahu, senang sangat nak cari OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam ni. Memang strategik sungguh kawasannya dan senang nampak. Lagi senang, korang guna je Waze. Terus sampai depan bangunan. Kalau dari Cheras dalam 28minit je ikut laluan Federal Highway ;)


Sementara menunggu majlis bermula, Yaya tertarik dengan maklumat yang diletakkan di sekeliling khemah. Sambil menunggu, kita boleh membaca tentang info, pengenalan dan servis yang ditawarkan di OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam.


Pengenalan Optimax Eye Specialist Sdn Bhd

Optimax Eye Specialist Centre Sdn Bhd adalah perintis terulung di Malaysia yang di iktiraf dalam industri penjagaan mata serta pembedahan laser refraktif. Sejak tahun 1995, Optimax telah merawat lebih 100,000 pesakit yang ingin mempunyai kebebasan visual atau melihat tanpa memakai kaca mata. Optimax juga mempunyai rangkaian yang sangat luas di bawah satu bumbung seperti Surface Advance Ablation (ASA), disesuaikan Femto-LASIK, Relex SMILE, Diimplan Phakic Contact Lens (EyePCL), Biasan Lens Extraction (RLE), Ortho-k dan RGP.

Oleh kerana sentiasa konsisten dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, Optimax kini menjadi Pusat Pakar Mata yang terunggul selepas dianugerahkan ISO 9001:2008 Certificate for Refractive Surgery in July 2008. Optimax adalah Pusat Pakar Mata yang pertama menjalankan Clinical Performance Audit by an independent auditor (HPMRS). Ini mengukuhkan lagi komitmen mereka untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi untuk semua. Akhir sekali, Pakar Bedah Optimax juga telah diaudit dan mencapai keputusan 99% dalam ketajaman fungsi penglihatan dan 100% dalam keselamatan.

Didorong oleh komitmen untuk menyampaikan perkhidmatan di seluruh negara, Optimax Eye Specialist Centre Sdn Bhd kini telah berkembang baik di Malaysia dalam tempoh hanya beberapa tahun. Optimax mempunyai rangkaian terbesar di Malaysia dengan meliputi bandar yang paling utama dengan hampir 100 kakitangan di Malaysia. Optimax juga mempunyai pasukan yang berdedikasi terdiri daripada doktor, optometris, perunding visual dan jururawat di 9 cawangan seluruh Malaysia. Selain berkemahiran tinggi, mereka juga dilatih dengan pengalaman bertahun-tahun dan komited untuk menyampaikan standard yang paling tinggi untuk penjagaan mata pesakit mereka.


Pengenalan Excimed Sdn Bhd

Excimed Sdn Bhd adalah pembekal khusus untuk produk penyelesaian yang berinovatif untuk diagnostik dan teknologi pembedahan untuk rawatan ophthalmology di Malaysia. Dengan pengalaman secara kompleks menggunakan kaedah ophthalmology selama bertahun-tahun, Excimed telah mempunyai rangkaian yang luas, pengetahuan yang tinggi dan kepakaran yang teknikal dari pengasasnya.

Excimed cemerlang dalam menongkah arus teknologi dan mencari penyelesaian yang tidak terdapat sebelum ini. Sama ada dalam bidang pemeriksaan, diagnosis atau pembedahan, Excimed mempunyai hasrat yang mendalam untuk menyumbang kepada objektif tertinggi ophthalmology iaitu menyelamatkan dan memulihkan penglihatan.


Jom baca mengenai servis top terbaharu yang ditawarkan di OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam selain daripada rawatan lasik.

Pengenalan EyePCL

The Implantable Phakic Contact Lens yang lebih dikenali sebagai EyePCL adalah sekeping kanta lembut yang diletakkan di dalam ruang mata yang mana ianya berfungsi untuk memberikan penglihatan yang jelas buat mereka yang mempunyai masalah rabun mata. EyePCL langsung tidak mengubah keadaan dan fisiologi mata si pemakai malahan memberikan keselesaan yang maksima selepas beberapa hari pemakaian. EyePCL adalah seperti kanta sentuh lembut, yang boleh dimasukkan ke dalam mata melalui sub 2.8mm untuk membetulkan penglihatan mata. Mampu menangani masalah mereka yang rabun sehingga +15D to -30D with cyl up to 8D, ianya di perbuat daripada bahan akrilik Hibrid untuk memastikan prestasi penglihatan sentiasa di tahap yang terbaik dalam jangka panjang. 

EyePCL akan diimplan di dalam mata iaitu di antara Iris dan kanta semula jadi. Ianya juga boleh dimasukkan ke dalam mata melalui sub 2,8 mm bagi membetulkan sfera, silinder atau masalah mata yang lain di dalam sistem optik mata. Apabila ia ditanam ke dalam mata, EyePCL akan kekal selama-lamanya tanpa memberi kesan negatif kepada si pemakai. EyePCL juga boleh dikeluarkan atau diganti dengan EyePCL yang lain jika penglihatan si pemakai berubah dalam suatu tempoh masa. Contohnya, power si pemakai makin bertambah dan hendak diganti dengan lensa yang baru.

Lensa yang digunakan juga akan disesuaikan mengikut bentuk dan saiz setiap mata. Tidak perlu menunggu lama, lensa si pemakai akan siap dalam tempoh 2-3 minggu dari tarikh tempahan. Menariknya, proses mengimplan EyePCL kedalam mata ini tidak mengambil masa lebih dari 15 minit. Memang terbaik! 


Breakdown / Kejayaan disebalik Teknologi EyePCL

-EYEPCL adalah seperti kanta sentuh lembut, yang menggunakan posterior chamber phakic IOL, yang boleh dimasukkan ke dalam mata melalui sub 2.8mm.

-Diperbuat dari Reinforced Hybrid Acrylic Material untuk memastikan prestasi jangka masa panjang.

-Keluasan power range dari + 15D to -30D with cyl up to 8D

-Setiap kanta lensa disesuaikan mengikut bentuk dan saiz setiap mata pesakit

-Phakic IOL yang digunakan mempunyai banyak kelebihan termasuk pembetulan keluasan Myopia, Hypermetropia, Astigmatism dan Presbyopia di dalam mata.

-Menggunakan bahan yang selamat dan Halal.

-Dijamin tidak mempunyai komplikasi yang berbahaya dan lensa boleh dibuang pada bila-bila masa mengikut kemahuan si pemakai.

Menarik kan?

Lepas ni tak payah susah-susah pakai spec atau contact lens . Dengan teknologi EyePCL, si pemakai akan merasai penglihatan yang menakjubkan seperti memakai dua alat tersebut! Jom kumpul duit dari sekarang! Hihihi


Disekitar Majlis Pelancaran EyePCL yang bertempat di OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam


Ucapan dari Dr Nor Zainura Zainal dari OPTIMAX


Ucapan dari Mr. Wolfgang Bloss dari ExciMed


Sesi soal jawab dan perkongsian dari pesakit yang telah menggunakan teknologi EyePCL. Kini beliau tidak lagi berkaca mata dan bebas melakukan aktiviti lasak yang beliau cintai. Tahniah awak! :D


Majlis pelancaran yang meriah ketika di OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam


Bersama orang kuat dan kakitangan OPTIMAX 


Jom jalan-jalan di bangunan OPTIMAX Eye Specialist Shah Alam. 





Terdapat bahan bacaan yang disediakan sementara menanti keterangan dari pakar mata anda.



Yaya dah bersedia untuk membuat pemeriksaan mata. Wehuu!


Ini adalah Encik Izwan yang merupakan pegawai optometrist yang akan memeriksa keadaan mata Yaya. Beliau memang peramah dan sentiasa menjawab soalan Yaya dengan tenang dan lancar. Terbaik! Hehe


Ini adalah bilik pertama untuk pemeriksaan mata. Seperti biasa, pemeriksaan ini diambil untuk menguji sejauh mata ketajaman mata pesakit. 


Sama juga dengan alat pemeriksaan mata yang seterusnya, Yaya cuma ikut je arahan Encik Izwan bagi memudahkan beliau melakukan ujian kepada mata Yaya. Hee



Masa ini mata Yaya dititiskan dengan tiga jenis cecair yang berlainan. Cecair ini berfungsi untuk memberikan gambaran jelas terhadap mata Yaya untuk pemeriksaan yang seterusnya. Sementara menunggu cecair itu meresap sepenuhnya kedalam mata, Yaya harus menunggu selama beberapa minit.


Inilah mesin yang terakhir yang memberi gambaran jelas tentang keadaan mata Yaya yang sebenar. Silau dia jangan kata. Tapi kena tahan sebab kita nak dapatkan keputusan yang tepat untuk mata kita. Uzu pun ada masa ni. Menjerit dia tahan silau. Hihi

Ini adalah keputusan akhir bagi keadaan mata Yaya. Risau juga bila power semakin bertambah ni. Lepas tu Yaya di beritahu terdapat sedikit pendarahan di dalam mata Yaya tetapi ianya tidak mengganggu penglihatan. Yaya yang risau, terus stop kejap pemakaian contact lens. Hahaha! Apa-apapun, Yaya sarankan kepada korang semua untuk buat Eye Examination Test ni sebab ia akan berikan keputusan yang tepat! Lepas tu boleh decide untuk sentiasa menjaga kesihatan mata okay? Lagi best kalau dapat buat lasik atau EyePCL. Fuhh!


Bersama orang kuat dan kakitangan OPTIMAX yang sporting! ^_^



Untuk maklumat lanjut :

Email: shahalam@OPTIMAX.com.my
Tel: +603-5510 2535
Fax: +603-5512 0092 

Address:
50G & 52G, Blok 3, 
Jalan Pahat G15/G,
Dataran Otomobil, Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor.

Waktu Berkerja:
9.00am - 6.00pm
Selasa hingga Sabtu




Terima kasih sudi baca

Minimalace | Aira Kebarung Untuk Si Cantik Manis

$
0
0




Hai korang :) Tengah cari baju nak pakai pergi kenduri ke tu? Tak pun nak cari baju sesuai untuk pergi berjumpa mak mertua kali pertama? Haa Yaya tak sabar nak tunjuk kat korang Aira Kebarung yang tersangatlah sopan, cantik dan manis bila dipakai oleh mana-mana wanita pun! ;)


Tapi sebelum tu jom kita jalan-jalan dulu di Butik Minimalace yang kian bertambah cantik dan ekslusif ni. Rasanya ramai dah tahu lokasi butik yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam ni kan? Dekat sangat dengan UiTM Shah Alam kecintaanku. Hahaha. Ok kalau dari KL dan lalu federal highway, turun je simpang nak ke UiTM tu uols terus belok kiri ke Padang Jawa okay! Lepas tu dalam 2-3 minit dah jumpa. Hihi



Cantiknya butik baru mereka! Teruja Yaya tengok tau! Kali terakhir Yaya pergi hiasan dia lain tapi masih ekslusif. Yang baru ni lagi cerah, nampak luas, susun atur yang menarik dan sedap mata memandang. Keep it up Minimalace! So lepas ni, makin seronok la bila datang ke butik. Luas dan selesa!



Tapi yang paling best, ada ruang untuk kanak-kanak bermain. Yela takut mereka boring pula tunggu lama mommy yang rambang mata nak pilih kan. Mana taknya semua baju cantik-cantik haruslah pilih dan teliti betul-betul. Hihi. Apa-apapun ini adalah satu keunikan yang kini berada di butik Minimalace. Yaya pulak rasa nak join sekali main kat sini. Eh :p


Jom Yaya kenalkan korang dengan persalinan kebarung yang kini mula menjadi trend dan pilihan wanita dari semua usia. Yang penting, boleh pakai lama tau! Aira Kebarung dari Minimalace ini mempunyai cutting yang cantik, longgar tetapi nampak kemas serta terletak elok di badan si pemakai. Ini membuatkan bakal mak mertua pun sejuk je hati tengok kita sebab memang nampak sopan dan manis sangat. Tak percaya trylah. Hee


 Nak dapatkan harga promosi? Scroll sehingga habis tau! ;) Selain itu, dengan setiap pembelian Aira Kebarung, korang akan mendapat 2 dokoh ekslusif daripada Minimalace secara percuma! (limited pieces only). 


Aira Kebarung Greenish


Aira Kebarung Turqoise


Aira Kebarung Silver Grey


Aira Kebarung Maroon


Aira Kebarung Cream


Aira Kebarung Purple


Aira Kebarung Blue


Aira Kebarung Dusty Purple


Ini adalah size dan measurement untuk rujukan korang. Senang kan? Size petite iaitu XS untuk mereka yang bertubuh badan kecil pun ada. Menariknya, Aira Kebarung ini juga boleh disesuaikan dengan pemakaian seluar tau. Memang nampak cantik dan ranggi tapi tetap sopan. Hee. Lepas ni boleh bagitahu kawan-kawan kot mana-mana yang cari persalinan bridesmaid ke untuk majlis pertunangan ke dan lain-lain, Yaya sangat recommend kepada korang untuk cuba cipta kelainan dengan memakai Aira Kebarung pula di majlis bahagia. Serius cantik sangat! :D 


Jangan lupa gunakan kod istimewa iaitu "blogger" untuk mendapatkan Kebarung Aira dengan harga promosi iaitu RM150 sahaja! Woww jimat RM20 dari harga asal iaitu RM170. Best tersangattttt~~


Untuk maklumat lanjut :

Alamat : No. 33A & 35A, Jalan Plumbum P/7P, Shah Alam, Selangor.
Facebook : MinimaLace (ML)
Instagram : @minimalace
Waktu Operasi : Selasa - Ahad (11am - 7.00pm)
Tutup pada hari Isnin 



Terima kasih sudi baca
Viewing all 390 articles
Browse latest View live