Quantcast
Channel: Yaya Natsumi Official Blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 390

Senaman Cara Orang Lama Untuk Kecantikan Dalaman Gaya Sarina's Secret

$
0
0
Hi semua! Ingat tak bila kali terakhir korang bersenam? Yaya last sekali join senamrobik kat Lake Valley, Bandar Tun Hussein Onn. Tapi gap sebelum hari senamrobik tu serius dah lama gila aduhai tu yang badan rasa lemau je sebab peluh tak keluar. Yaya paling tak suka jogging sebab rasa penat berlari kosong macam tu. Yaya suka senaman setempat dan kalau boleh gunakan muzik macam senamrobik atau zumba. Yaya tahu ramai yang suka zumba kan? Lagi-lagi kaum wanita. Orang panggil senaman moden gitu hihi syok kan menari sambil keluarkan peluh.


Pernah tak terfikir macam mana orang lama bersenam dan menjaga kesihatan selain dari pemakanan yang sihat? Yaya pun tak pernah tahu sampailah Yaya pergi ke sidang media untuk program terbaru dari Sarina's Secret.


Sidang Media Program Sarina's Secret yang diadakan di Palm Garden Hotel IOI City Resort

Program Senaman Tradisional Gaya Sarina's Secret ini ialah tentang perkongsian tips dan petua menjaga kecantikan dalaman dan luaran istimewa untuk wanita. Pengasas Sarina's Secret iaitu Hajah Sarina Hashim atau lebih mesra dipanggil Kak Tam, akan berkongsi tips beliau untuk kekal sihat melalui pemakanan, senaman, pantang larang dan juga rutin penjagaan dalam kehidupan seharian.


Kak Tam yang sudah berusia 54 tahun ini berkongsi pengalaman beliau dari seorang yang mempunyai berat obesiti sehingga mendapat berat badan yang ideal.


Transformasi Kak Tam dari usia beliau 48 tahun sehingga umurnya sekarang iaitu 54 tahun. Letops bukan?


Kak Tam percaya setiap wanita harus menjaga kecantikan dalaman mereka demi kesejahteraan diri sendiri untuk beribadah ketika umur makin meningkat. Hmm Yaya setuju tang ni. Segan pula nak susahkan ahli keluarga kalau kita ditimpa sakit huhu nauzubillah. 


Antara senaman tradisional gaya Sarina's Secret yang akan dikongsikan oleh Kak Tam ialah :
  1. Senaman Teratai Menguntum
  2. Senaman Kucing Mengawan
  3. Senaman Mencantikkan Payudara
  4. Senaman Unta
  5. Senaman Ular Senduk
  6. Senaman Susuk Belangkas
  7. Senaman Buaya Betina
Dan pelbagai jenis senaman lagi. Mula-mula Yaya terkedu dengar antara nama senaman ni hahaha seriuslahhh! Tapi lepas tu macam curious dan excited nak cuba hehe :p



Mensasarkan lebih 10,000 penyertaan hingga akhir tahun 2018, program Sarina's Secret akan menjelajah ke 10 destinasi pilihan diseluruh Malaysia yang akan bermula pada pertengahan Ogos nanti.

Menurut Ketua Pegawai Operasi SSDJ iaitu Dr. Hairi Hashim, seramai 300 penyertaan layak mengikuti program ini bagi setiap lokasi dengan yuran pendaftaran sebanyak RM25 sahaja. Murah gila kau orang weii :O


Wujudnya Program Sarina's Secret ini adalah dari hasrat murni Kak Tam sendiri yang ingin berkongsi tentang tips penjagaan kesihatan yang diamalkan oleh beliau kepada wanita yang semakin meningkat usia. Semuanya bermula dari satu kisah beliau yang akhirnya menyedarkan beliau tentang pentingnya menjaga berat badan dan juga kesihatan diri.


Malu dengan pertanyaan doktor kepada suami beliau iaitu, "Berapa usia ibu kamu?", Kak Tam nekad untuk mengubah cara pemakanan dan juga mendapatkan berat badan yang ideal (berat asal 90kg). Beliau mengamalkan petua, senaman dan pantang larang yang turut diamalkan oleh ibunya sendiri iaitu Cik Puteh.


Kak Tam yang merupakan bekas guru dan telah terlibat dalam perniagaan produk kesihatan dan kecantikan selama 23 tahun ini juga berharap agar ramai wanita Malaysia sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan. Dengan adanya Program Sarina's Secret, beliau ingin membantu wanita dari seluruh negara dengan menyertai program ini bagi mengekalkan gaya hidup yang sihat, cergas, awet muda dan sentiasa bertenaga walaupun telah berusia.


Sesi pertama bagi program Sarina's Secret ini akan bermula di Pahang mulai bulan Ogos 2018 dan diikuti negeri terpilih seterusnya. Bezanya jelajah Program Sarina's Secret kali ini menyasarkan lebih ramai perserta bagi meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan, kecantikan luaran dan dalaman, gaya hidup sihat supaya kekal sihat, cantik, cergas walaupun telah meningkat usia.

Jom kita tengok antara gambar semasa Program Sarina's Secret yang diadakan sebelum ini ^_^









Jadual Program Sarina Secret

11hb Ogos : Kuantan (Sabtu)
Grand Darul Makmur
10.00 am - 12.00 am

31hb Ogos : Kota Bahru (Jumaat)
3.00 pm - 5.00pm

1hb Sept : Kuala Lumpur (Sabtu)
10.00 am - 12.00 am

Seremban
Allson Klana Hotel
2.00 pm - 4.00 pm

2hb Sept : Shah Alam (Ahad)
10.00 am - 12.00 am

7hb Sept : Johor Bahru (Jumaat)
3.00 pm - 5.00 pm

8hb Sept : Batu Pahat (Sabtu)
10.00 am - 12.00 am

15hb Sept : Free (Sabtu)
16hb Sept : Free (AHAD)

22hb Sept : Ipoh (Sabtu)
10.00 am - 12.00 am

29 Sept : Alor Setar (Sabtu)
12.00 am - 3.00 pm

30 Sept : Penang (Ahad)
12.00 am - 3.00 pm


Dengan yuran pendaftaran berharga RM25 sahaja, bagi Yaya memang sangat murah dan berbaloi! Seronoknya dapat belajar senaman tradisional tok moyang kita dan dalam masa yang sama boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai dan mempelajari senaman tradisional gaya Sarina's Secret di salah satu lokasi yang diadakan, korang boleh terus buat pendaftaran secara online di laman Facebook Sarina's Secret . Save the date! ^_^



Terima kasih sudi baca

Viewing all articles
Browse latest Browse all 390

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes