Quantcast
Channel: Yaya Natsumi Official Blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 390

KAY KAY Greens - All Plant Protein Powder

$
0
0


Pernah dengar susu protein yang berasaskan 100% tumbuhan semulajadi tanpa penggunaan bahan perasa dan juga gula? KAY KAY Greens - All Plant Protein Powder yang semakin mendapat tempat dihati mereka yang mementingkan gaya hidup sihat ini memberi sepenuh khasiat amino asid yang lengkap yang mana sangat diperlukan oleh tubuh badan tetapi tidak dapat dihasilkan dengan sendirinya.


KAY KAY Greens - All Plant Protein Powder merupakan protein berkualiti tinggi hasil gabungan istimewa soya, kale dan protein kacang pis yang 100% berasaskan tumbuhan untuk membekalkan keperluan protein harian kita. Ianya juga ditambah dengan inulin prebiotik yang amat bermanfaat untuk kesihatan sistem penghadaman.


Nak tahu apa lagi best? Oleh kerana KAY KAY Greens - All Plant Protein Powder menggunakan sumber protein yang bersih dan lengkap, ianya sangat sesuai untuk ibu yang sedang mengandung dan juga ibu yang sedang menyusukan anak mereka. Yaya sendiri dah mula minum pada akhir trimester kedua. Selain penyediaan yang mudah, dengan secawan sahaja dah boleh buat kenyang sampai tengah hari kalau Yaya mula minum pada waktu pagi. 


Rasanya semua tahu pengambilan protein bagi ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak mereka lebih penting bagi mereka yang tidak mengandung ataupun tidak menyusukan anak mereka. Ini kerana si ibu berkongsi khasiat dengan bayi di dalam kandungan dan juga bayi yang mendapatkan sepenuh khasiat untuk tumbesaran dari susu ibu. Oleh itu, sangat penting bagi ibu untuk sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak mereka.


Berikut ialah kajian bersama oleh WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), tentang saranan pengambilan harian untuk ibu hamil dan menyusukan bayi : 


Nampak tak betapa pentingnya pengambilan protein bagi ibu hamil dan juga yang menyusukan bayi mereka? Ini kerana ianya sangat penting untuk pertumbuhan sel dan tumbesaran bayi dan juga untuk meningkatkan bekalan susu badan semasa menyusu. 


KAY KAY Greens - All Plant Protein Powder

100% berasaskan tumbuhan, tri-campuran yang unik
Protein Soya + Kale + Protein Kacang Pis = Kuasa protein daripada tumbuhan. Satu hidangan memberikan lebih daripada 7g protein setiap hari dan sememangnya kita mendapat protein lengkap dan asid amino secara on-the-go.

Gabungan lengkap & kombinasi asid amino yang ideal
Ia direka untuk memberi sinergi semua sembilan asid amino penting yang diperlukan oleh badan tetapi tidak boleh dihasilkan dengan sendirinya.

Rendah lemak, bebas kolestrol, tanpa gula dan juga tidak mengandungi lemak trans
Sihat dengan semua faedah dan tiada kesan sampingan.

Prebiotik
Prebiotik (inulin) membantu ibu menyusu menjana bakteria usus yang baik (probiotik) supaya ianya berkembang dan disalurkan kepada bayi walaupun secara penyusuan untuk kesihatan pencernaan bayi yang lebih baik.


Dengan setiap satu 10g hidangan, kita akan mendapat lebih daripada 7g protein.


Terdapat pelbagai cara penggunaan dan penyediaan KAY KAY Greens - All Plant Protein Powder antaranya :

*Tambah 1 scoop Plant Protein ke dalam segelas air suam 200 ml, jus buah-buahan, jus sayur-sayuran, atau apa-apa minuman lain. Andai kata korang jenis yang suka rasa manis, boleh tambah pemanis seperti madu.

*Selain itu, boleh juga taburkan serbuk Plant Protein pada buah-buahan segar atau sejuk beku kegemaran korang untuk campuran di dalam pengisar.

*Taburkan pada bijirin, oat, salad atau sup.

*Sebagai tambahan di dalam masakan.

Sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak (6 tahun ke atas) 


Kacau sehingga rata dan sedia untuk diminum! ^_^


Untuk pengetahuan korang, KAY KAY Greens - All Plant Protein Powder merupakan pilihan yang sihat selain dari sumber protein lain seperti daging merah, susu dan telur.


Yaya dah mula amalkan sejak dari Dahlia Safiya dalam kandungan lagi tau dan sekarang Yaya teruskan untuk dapatkan khasiatnya untuk penyusuan ibu secara sihat. Kalau korang tanya macam mana rasanya, jangan expect ianya sedap macam buah-buahan ye. Kena ingat ianya berasaskan 100% tumbuhan dan sayuran semulajadi tanpa menggunakan bahan perasa mahupun gula. Teksturnya yang mudah larut dalam air panas bagi Yaya memang boleh diminum oleh tekak jika suhunya masih panas suam. Set dalam minda ianya air untuk kesihatan okay. Hihi. Yaya juga suka packaging botolnya yang berwarna hijau segar dan disediakan scoop di dalamnya bagi memudahkan sukatan dan pengambilannya.

KAY KAY Greens - All Plant Protein Powder merupakan makanan semulajadi untuk membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik dan 100% serbuk Kale semulajadi pula memberikan pelbagai khasiat pemakanan, vitamin dan mineral semulajadi kepada sistem tubuh badan.


Dijual dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM79.90 sahaja untuk setiap pek 400g.

Untuk maklumat lanjut :





Terima kasih sudi baca

Viewing all articles
Browse latest Browse all 390

Trending Articles


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Girasoles para colorear


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Sapos para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


Tropa Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear