
Salam Hari Ke - 11 #Cabaran30Hari.
Kecik kecik dulu yaya agak kak nam empat belas. Mengada sangat. Semua kehendak nak dituruti. Tapi saya anak yang baik. Selalu bantu ibu since jarak dengan angah 7 tahun. Boleh bayangkan manjanya macam mana? Haha. But still tak spoil lagi. Pernah la merasa dapat peksa nombor 1 pastu demand macam macam whoaa heaven.
Apa yang lucu eh. Sebenarnya banyak yang lucu tapi jenuh nak ingat.
Ok cerita yang ni ok lah kot nak kongsi. Tak berapa aib sangat. Haha
Ceritanya, masa kat kampung main masak masak dengan cousin tersayang semua. (Darjah 1 or 2 rasanya)
Rumah tok bak ada pokok cili padi kampung yang pure punya dekat halaman.
Yaya dengan inesen nya, cehh confident potong potong cili padi tu pakai pisau lipat ke pisau mainan tumpul tu tah dan bajet bajet chef wan macam dalam tv siap bagitahu resipi lagi time potong tu.
Lepas tu.. rimas rambut masuk mata.
-
-
-
-
Rasanya korang tahu kan apa jadi.
Yes. Dengan inesennya juga sapu tangan tadi ke arah muka.
Lepas tu.. menjerit meracau racau,
"Ibuuuuu tolonggg buuuu mata kita butaaa buuu... Habislahhh... Butaaa... Ibuuuu tolongggggg... *sambil tangan menggapai gapai macam Kassim Selamat " . Tapi yaya lebih semulajadi dan epic.
Dan selepas berbelas tahun, cerita ini masih diceritakan sebagai kenang kenangan bersama Auntie Chom yaya. Sebab dia yang menyelamatkan yaya time tu. Ibu ayah entah pergi dating mana sampai hati.
Tu la salah satunya. Tapi sebenarnya banyakkk. Malu nak cerita. haha
Walaupun kita dah besar panjang, tetap jiwa keanakan kita tak lari walau sedikit mesti ada. Mengaku jela. hikhik
Terima kasih sudi baca

#Cabaran30Hari
10 # Apa dalam beg tu?