Assalamualaikum semua ![]()
Salam Hari Ke - 6 #Cabaran30Hari.
![]()

Mukadimah dimulakan dengan pertunjukan gambar kabur seorang gadis sedang berlagak dengan air yang paling sedap di alam semesta. Air ini dikatakan sedang berleluasa dijual dengan harga yang paling murah ketika ini di Halal Fiesta yang berlangsung di Mines, Seri Kembangan. Harga promosi 3 botol Rm10 ini boleh didapati disana. Sila pergi cepat sementara stok masih ada.

Gadis berlagak yang dikatakan tadi disamping Air Mangga Jus Pran.
Letak ais banyak banyak untuk merasai pengalaman berharga rasa manis buah mangga tersebut.
-
-
-
Ya ampun maafkanlah perilaku di atas. Haha. By the way, Untuk meneruskan cabaran 30 hari ni, tiada apa yang special dariku melainkan menu kampung orang dulu dulu. Ubi kayu kampung yang sangat sangat manis diambil dari kebun pakcik yaya di Melaka. Kenakan pulak dengan sambal tumis ikan bilis. Memang pedepow! Yaya makan banyak hari ni. Tapi menu Lejen ini juga yaya nak tunjuk bagi korang terliuq (kalau korang tekak kampung macam yaya lah). Minum Air Mangga Jus Pran dan makan ubi kayu kampung yang manis bersama sambal tumis sambil tengok cerita hindustan. *mata bercahaya
2 ketul cuma sekadar hiasan. Kalau letak 5-8 ketul nanti kantoi la korang tahu yaya raksasa pemakan.
#Cabaran30Hari
Terima kasih sudi baca
